Nuffnang Ads

Monday, March 7, 2011

Penjaga pelajar terkunci dalam toilet..Haru-biru...

Hi,/hihi. Hari Sabtu lepas, sekolah aku ada mengadakan Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar Sidang 1 dan juga Mesyuarat PIBG untuk tahun 2011 ni. Semua cikgu diminta untuk memakai baju Batik..Aduh..memang bila kata pakai baju batik ni rasa malas je. Bukannya apa, malas nak menggosok.. /wahaha


Ramai juga penjaga yang datang. Almaklumlah, bilangan pelajar kat sini je dah nak dekat 2 ribu lebih pelajarnya. Ada 2 sessi. Pagi dan petang..Ramai sangat,mana la muat nak buat 1 sessi persekolahan kan..



Dah la nak menunggu Yang Berhormat datang, bukan main lama. Dia ada event lain kat Ulu Bendul rasanya.. Janji pukul 9.00 pagi, pukul 9.35 pagi baru sampai. Penuh la dewan sekolah dengan penjaga. 500 buah kerusi yang disediakan tak cukuplah..Cikgu-cikgu je dah dekat 110 orang.Memanglah tak muat. So, ramai yang duduk dekat luar dewan je. Tak masuk langsung..Bila time Mesyuarat Agung PIBG je cikgu memang wajib masuk dalam la kan..

Memula sorang je yang try..
Ok,berbalik pada tajuk entri ni. Masa pemberian hadiah untuk pelajar yang cemerlang..adalah,seorang penjaga ni ke toilet dekat dewan sekolah..Dia tak perasan dan tidak tahu yang toilet tu punya tombol tak boleh nak lock..Kalau lock, memang tersekat la.Tak boleh nak buka langsung. Walaupun dari dalam atau pun dari luar .. Bergendanglah dia dari dalam toilet tu..Kitorang yang kat luar tu dah mula nak suspen dah..
Puas la gak panggil orang, pelajar lelaki untuk try buka pintu tu..Siap suh penjaga tu ketepi sebab nak tendang..Tak boleh gak..Lastly..cuba godek-godek pintu tu guna kunci..lama gak tu tau...Lastly terbuka la gak../wahaha Kalau aku yang dalam tu dah berpeluh-peluh dah. Kalau tak de orang kat situ lagi parah..

Lepas tu, ramai yang nak tolong..
Bila dah buka je pintu tu, penjaga tu keluar terus tanpa pandang kiri kanan..Malu kot..Melaju je dia jalan..

Pintu dah terbuka, cek tombol dan sendal dengan batu..Ni kena baiki ni. kalau tak, ramai lagi yang terkunci..
Korang penah tak terkunci dalam toilet ke bilik ke...Aku, so far alhamdulillah..belum lagi lah..
/bye


4 idea dari anda:

AYIE said...

waa..
agak menakutkan terkunci dlm toilet..
nasib baik taim tu siang n rmai org.. kalo x..................

Nur Hanani said...

ayie>yer la.Nasib baik la dengar dia bergendang..Kalau tak tido dalam toilet la nampaknya.. :)

belogpaydoot said...

terkunci dlm toilet x penah..
tertinggal dlm movie penah la..
penyudah nye.. tengok movie free 2 kali

Nur Hanani said...

@belogpaydoot
OIC..Ok gak la.Kalau movie yang best. Tengok banyak kali pun tak pe. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...