Nuffnang Ads

Wednesday, March 9, 2011

Penjawat awam ramai yang muflis??

Hi,/hihi
Betul ke penjawat awam ramai yang muflis? Kalau ikutkan akhbar berita harian dan statistik di Malaysia ni, betul la kenyataan tu. Kenapa la jadi macam ni. Sekarang ni ketua jabatan diminta untuk pantau pekerja-pekerja dibawahnya supaya tidak berlaku keadaan muflis ni.



Kenapa muflis?



Muflis ni banyak faktor yang menjadi penyebabnya.Antaranya:

  • Penjawat awam ni menjadi penjamin kepada orang lain dan bila orang yang meminjam tak dapat nak pulang / bayar pinjaman yang dibuat..Of coz la pihak bank akan cari sampai lubang cacing penjaminnya.. Jadi, penjamin ni kena la tanggung hutang orang lain dan hutang yang dia buat sendiri. Dah la gaji sikit..Hutangnya banyak la pula..Mana tak muflis?

  • Nak bergaya lebih. Ni biasanya penjawat awam yang muda la. Yang baru kerja. Tak sedar, yang gaji dia dapat tu tak le banyak mana..Ada hati nak beli kereta besar. Sebulan dah la nak kena bayar RM800..Mana cukup dik ooiiii.. Nak nak kalau duduk kat KL atau bandar-bandar besar.. Kena sedar diri sikit lah. Janganlah sampai biar papa asal bergaya..

  • Penggunaan kad kredit yang melampau-lampau.. Janganlah ikutkan hati kalau rasa tak mampu nak bayar balik hutang yang dah dibuat. Bank ni pandai..Kau pulak jangan jadi bodoh.. Kena tengok poket sendiri..

Mengikut Akta Pencen 1980, mana-mana penjawat awam tidak boleh menerima pencen, ganjaran dan lain-lain faedah pada tarikh ia bersara daripada perkhidmatan awam jika dihukum bankrap atau diisytiharkan tidak berkemampuan oleh mahkamah sama ada di Malaysia atau lain-lain negara, sehinggalah mereka mendapat pelepasan daripada hukuman itu.

Janganlah sampai muflis..Takut tau..Kita kena ukur baju dibadan sendiri bukan kat orang lain..
/bye 

10 idea dari anda:

SyedGraphiX said...

btul2..ramai yg blanje di luar kemampuan...

leyzajamil said...

ouh org keje gomen ni ku sangkakan hidup mewah, rupanya ramai yang jatuh muflis pulak??

betul tu nani, sengkek macamna pon jangan sampai kita diisytiharkan muflis. tq nani..

header baru nampak..cantik!

Nur Hanani said...

SyedGraphix> Betulkan..ramai belanja ikut nafsu..
leyzajamil> Tak semua org keje gomen ni bankrup. Sebilangannya..Keje gomen ni mana hidup mewah sangat.. Sederhana aje. Cukuplah untuk tabungan. Yang tak cukup tu hanya pada orang yang suka buat hutang, tambah hutang,alih-alih tak mampu nak bayar.. :) Header baru buat..TQ puji. :)

mamayiyen said...

hi hanani!
ok mulai hari ini kena berjimat.hmmm..

apisv2 said...

mari berjimat

- GC - said...

gaji penjawat awam takkan 800 je? ni tengok ramai je tentera2 kat sini beli apartment, ada keta, wife tak keja.

Nur Hanani said...

GC> saya tak kata gaji penjawat awam 800 je.Salah tu.. Saya kata beli keter nak kena bayar 800 sebulan..cuba baca elok-elok..dan bukan semuanya.. :)

Alyza said...

rasenye bukan penjawat awam je cenggitu...yg swasta pn ade...huhuh...

KiD said...

haaaaa.. kad kredit memang antara satu punca!!! kid pun takde kad kredit.. huhuhu

Nur Hanani said...

Alyza> memang tak kira la org tu keje swasta atau gomen.Yang penting..jangan ikut nafsu. Duit kalau melambak-lambak..hari-hari pakai..makin susut la kan..
KID> bagus la kalau tak guna kad kredit. Guna cash je. Tak yah pening pk hutang. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...