Nuffnang Ads

Saturday, March 12, 2011

Peserta Turki, Malaysia juara pidato PABM 2011

Hi,/hihi


Peserta Turki, Halil Ibrahim dinobatkan sebagai juara Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu (PABM) Piala Perdana Menteri 2011 bagi kategori antarabangsa yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini malam ini.


Peserta dari Malaysia, Amirrudin Abd. Rahman pula muncul juara kategori nusantara pada pertandingan peringkat akhir yang melibatkan lapan peserta dengan membawa pidato bertajuk ‘Bangsa Berilmu Bangsa Bertamadun’..

Kedua-dua johan pertandingan peringkat akhir itu membawa pulang hadiah wang tunai RM15,200; piala pusingan; piala iringan; hadiah dan sijil.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan, bahasa Melayu yang telah sekian lama menjadi bahasa pertuturan rasmi dan juga bahasa kebangsaan Malaysia akan terus terpelihara, diperkemas dan diperkembangkan di dalam dan luar negara.

Dalam aspek ini, beliau turut mengumumkan bahawa kerajaan akan mempertimbangkan untuk memberi peruntukan khas kepada Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM) bagi tujuan menggalak dan merangsang aktiviti terjemahan.

Alangkah indahnya Bahasa Melayu.. Kenapa la kita nak agung-agungkan bahasa lain. Cuba tengok, pemidato dari Turki dan negara-negara lain sanggup untuk  mempelajari Bahasa Melayu. Tapi, orang Malaysia ni, ada yang cakap pun tak pandai. Inikan pula nak menulis atau berpidato. Renung-renungkanlah..
Untuk berita yang lebih lanjut, klik SINI.
/bye




4 idea dari anda:

kiterkitikitu (xDer) said...

sempat tgk sikit peserta turki ni berpidato semalam.. memang sokong la dia yg menang. susah nak tgk org berpidato sambil audience boleh ketawa2 & suka2
tanganku gatal kuikui - meletak link pd comment blogger.com

Addam Juhari said...

aku pon pegi semalam...semua contestent bukan senusantara sangat kelakar..kiki

Nur Hanani said...

kadang-kadang slang masa dia cakap tu yang tak tahan nak gelak.. :) Anyway, memang baguslah..Ada gak org malaysia yang cakap terabur kan...

SyedGraphiX said...

waaa..teringin nak join lahh.tunggu msuk U lu lah. ahhaa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...