Nuffnang Ads

Monday, March 21, 2011

Produk HPA untuk rambutku..

Hi,/hihi


Baru-baru ni aku beli produk HPA untuk kesihatan rambutku.. HPA ni produk orang melayu..Apa salahnya mencuba ubatan herba ni kan..Jadinya, aku cuba la beli dua produk ni...Harganya tersangat murah. Disebabkan aku beli dengan harga ahli, harganya cuma RM10 untuk tonik rambut pandan dan RM9 untuk Syampu Pandan. Murah kan..


Produk pertama, Pandan tonik rambut. Rambut pun nak kena pakai tonik gak..Nak bagi kuatkan lagi.. Apa kelebihan herba ni?
  1. Mengatasi rambut gugur
  2. Mengelakkan rambut pecah dan bercabang
  3. Menumbuhkan rambut
  4. Mewarna secara asli agar kelihatan hitam dan berseri.
Rambut aku ni boleh dikategorikan sebagai berminyak..Rambut gugur..Jadinya, aku try la guna herba tonik rambut ni. Best gak..Aku gunakan masa hari minggu je..hasilnya, aku nampak..rambut nampak tambah hitam dan semasa mencuci rambut..rambut aku kurang gugur..Alhamdulillah, permulaan yang baik juga.


Aku gunakan syampu Pandan HPA ni untuk mencuci rambut aku selepas aku lumurkan tonik rambut HPA..Berbuih juga syampu ni. Best juga..Aku nak tengok dalam masa sebulan ni..ada tak kebaikan aku menggunakan produk rambut dari HPA ni..Kedua-dua herba ni menggunakan pandan sebagai asasnya..Baunya best juga..tak delah bau herba je..Nama pun untuk kesihatankan.. Kita cuba cara tradisional pula..

Jika korang ada yang berminat, bolehlah layari website HPA Industries Sdn Bhd. Banyak produk herba yang dikeluarkan oleh HPA ni..

Korang ada masalah tak dengan rambut korang? Apa yang korang buat?

/bye





12 idea dari anda:

Drunbella Khoo said...

dah lama cari syampoo pandan kasturi tu.
tapi kat sini payah nak dapat.
selalu takda stok.
huhuhu.
=_='

MrS. F!zA said...

kita stokis HPA... :D

Nur Hanani said...

@Drunbella Khoo
ye ke..saya senang pula nak dapatkan. Memang best gak kan syampu ni.. :)

Nur Hanani said...

@MrS. F!zA
OIC..u stokis HPA ke? Bestnya..Saya selalu nak beli kopi Radix..sentiasa sold out..tak de stok.

Lulu Rahman said...

nak try jugakkkkkkk :)

Nur Hanani said...

@Lulu Rahman
jom kita try..saya rasa ok gak syampu n tonik rambut ni. :)

- GC - said...

my cousin jadi stokis HPA ni. not bad la bisnes dia

Alin Marlini said...

produk bagus ni mesti cuba

Nur Hanani said...

alin>yer..produk yang bagus mesti try..sharing is caring. :)

Nur Hanani said...

-GC-> produk bagus, bisnes pun senang nak buat. orang datang cari kita nak beli barang.. :)

Ummi Hanie said...

salam,

yer marilah kite sama2 support produk org Islam...sy pun penah beli Tonik Pnadan tu ;) wangi kan ?


p.s : kalau sudi , moh ler meriahkan lagi Fanpage saya ... thanx ~

hanani said...

ummie hanie> aah, wangi tonik pandan tu. Jom la support produk melayu.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...