Nuffnang Ads

Monday, March 21, 2011

Rancangan Adik-adikku, InsyaAllah boleh..

Hi,/hihi



Sambil berblogging, aku tengok rancangan akhir Adik-Adikku di TV1.. Seronok juga tengok rancangan ni. Memang baguslah diadakan tetiap tahun..Ini dapat menambahkan lagi tontonan buat anak-anak dirumah..Sangat sesuai untuk semua golongan. Mak dengan ayah aku pun tengok gak rancangan ni..Seronok mendengar anak-anak yang baru sekolah rendah ni berpidato dan bersyarah dengan pelbagai nada suara dan gaya.. Tak de perasaan takut langsung. Dah la tu, siap baca hadis berlagu-lagu lagi.. 

Rancangan sebegini yang patut diperbanyakkan. Bukan setakat hiburan nyanyian sahaja. Rancangan berbentuk ilmiah keagamaan juga patut dibanyakkan..Syabas buat JAKIM dan RTM kerana menerbitkan  rancangan adik-adikku musim kedua ini..

Wah, tetamu jemputan rancangan ni..Dato' Siti Nurhaliza..Anggun je dia pakai tudung macam tu..Kan manis..Beliau mendendangkan lagu Ketika Cinta..



Manis, anggun je kalau Dato' Siti Nurhaliza pakai tudung lengkap macam ni..

Siapa yang akan menang? Ni tengah tunggu sampai slot terakhir ni..
Pemenangnya ialah...
Tempat 1 : Muhamad Amirul Munir
Tempat 2 : Syafiqah Fatihah
Tempat 3 : Zahid
Adik Munir dapat hadiah tunaikan umrah..bestnya..Tapi memang best pun dia..Sesuai menjadi juara..

Rancangan seperti ini sangat sesuai diadakan setiap tahun..Rancangan yang sangat berguna, berilmiah untuk anak-anak kita..
/bye





6 idea dari anda:

Fieda said...

semoga lepas ni siaran tv lain pun akan perbanyakkan lgi rancangan sebegini...jgn asyik dok sibuk dgn nyanyi jer..kalau nasyid tu xper la jgk kan..

Nur Hanani said...

yer lah..saya sokong sangat..Macam-macam persembahan yang adik-adik ni buat. Seronok tengok.. Syabas buat penerbit rancangan ni..

syairahmohdanuar said...

sy suka gila tgk cite nie.budak2 tu cute sgt.kecik kecik dh pandai berkata kata.hehe

Nur Hanani said...

@syairahmohdanuar
Memang best dan teruja dengar budak-budak ni petah berkata-kata..

AgRose, A Touch From My Heart. said...

saya terlepas rancangan ni... ada sesiapa yg tau kalau2 ada ulangannya? errmmm, tak ada rezki betul nak tengok live, tp klu dapat tengok ulangan pun tak per... tq

Nur Hanani said...

@AgRose, A Touch From My Heart. tak tau lah akan ada ulangan ataupun tak..kalau Astro,memang banyak kali akan diulangnya.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...