Nuffnang Ads

Saturday, March 26, 2011

Sah kopi KLUANG RailCoffee tak halal..

Hi,/hihi
Sekarang ni kita kena waspada dengan setiap apa makanan atau minuman yang kita ambil. Mesti tengok, kedai makan yang kita nak pergi tu menjaga kebersihan atau kita rasa was-was..baik tak yah masuk..Kalau nak selamat, masak  aje lah kat rumah..Kompem halal.. 


Berbalik pada citer KLUANG RailCoffee ni..memang betullah tak halal.. Korang boleh baca di artikel akhbar Harian Metro, dengan tajuknya Kopi Campur Gelatin Babi. Jabatan Agama Islam Johor melakukan pemeriksaan di premis ini dalam satu operasi bersepadu bersama Jabatan Kesihatan, Majlis Perbandaran Kluang dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) pada Januari lalu.

Sebabnya, pelbagai aduan orang ramai yang mendakwa terdapat penggunaan tulang babi dalam kopi yang dijual kepada pelanggan termasuk di kalangan umat Islam yang sering berkunjung ke premis ini. Pengusaha premis ini memiliki kilang sendiri bagi memproses kopinya.

Pada 19 Januari lalu, sampel telah diambil untuk dihantar ke Jabatan Kimia bagi mengetahui kandungan sebenar kopi yang digunakan. Pada 14 Mac lalu, keputusan ujian diserahkan Jabatan Kimia di mana antara lain menyebut terdapat kandungan gelatin babi pada bahan minuman itu.

Nampak sedap, tapi tak HALAL..Ramai oran Islam yang dah jadi mangsa pemilik kedai ni yang tak bertanggungjawab.. Sepatutnya pihak yang berkenaan, sebar dan bagitahu maklumat mengenai HALAL atau HARAM ni.. Gambar dari SINI.

Gelatin babi itu dikatakan digunakan bagi meningkatkan lemakpada kopi yang dijual. Patutlah sedap semacam jek. Manakala terdapat kandungan alkohol dalam madu yang digunakan di premis itu. Kopi yang mengandungi gelatin babi itu turut dihidangkan kepada pelanggan beragama Islam. Ishhh takutnya..Jadinya, baiklah beli kopi yang dah tentu-tentunya dibuat orang Melayu. Macam Kopi Radix atau CNI ke..Lagipun, kedai ni mana ada tanda HALAL..ni yang kita orang Islam kena selalu alert.. Jadi darah daging ni tau..

Makanan atau minuman ni kita kena jaga, kena ambil tahu HALAL atau tak kedai yang kita nak pergi ni.. Betul tak???

Akhbar KOSMO 26 Mac 2011 memberikan maklumat terbaru yang mengatakan pihak KLUANG RailCoffee tidak mengetahui serbuk kopi miliknya bercampur gelatin babi dan telah membuat laporan Polis mengenai perkara ini..

/bye





11 idea dari anda:

Muhammad Helmi said...

mcm mne nie da rmy orang Islam yg mnium dkat situ...

Nur Hanani said...

itu la pasal..pemilik nya tak bertanggungjawab.. sedih tau.

madammondoq said...

aahh tidak!!!itu adalah kedai peberet sy jugak kalo balik my hometown..uish..geli geleman pulak tekak bila teringat dah minum kopi tu dulu..ish..serius ke ni? dah ada bukti kukuh ke? dasyat arr...ni nak kene bgtahu my father supaya stop pi situ lagi..
leh share tak artikel ni kat blog saya?sbb sy org kluang juga..
anyway..salam kenal ye..
singgah ke blog saya juga..
TQ

Nur Hanani said...

Memang ada kluar kat paper..betul la tu. ramai yang dah blogkan.. :)

Cikgu CTE said...

tak pernah makan kat situ tapiiiiii suami pernah bawak balik roti bakarnya...

lepas tu kawan pulak pernah kasi kopi yang iap dibungkus dari kedai tersebut....

mintak izin nak sebarkan pada orang kat tempat saya yea....

Nur Hanani said...

Boleh..sebarkanlah untuk umat islam. letak link saya..

amry said...

ada baca kat paper isu ni...pemilik dia orang apa erk? selalu kalau makan kat luar jangan la makan kat kedai orang bukan islam.tapi kalau perbuatan ni dilakukan oeh pemiik yang beragama islam.bunuh jer...memang sangat tak patut.

Nur Hanani said...

@amry
pemiliknya orang cina..tu la,kena hati-hati pilih tempat makan..

ajumohit said...

salam perkenalan hanani, skrg ni susah nk bezakan yg halal dan yg haram kan, kt tmpt saya tu restoran muslim mknan cina didirikan dari bekas tapak restauran mknan cina (takeover). Mcmana dgn tmpt memasak dsb, wallhualam, dh tau xde la nk gi mkn kt sana, yg tak tau mcmana pulak kan? mcm2 hal skrg ni

Nur Hanani said...

@ajumohit
Aah kan,yang penting kita tengok dulu tempat yang kita nak makan ni. Kalau ragu-ragu,tak perlulah masuk n makan. :) salam perkenalan jugak..

Jason said...

Bolehkah include laporan akhbar dan report dari jabatan2 tersebut?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...