Nuffnang Ads

Tuesday, March 15, 2011

TENAGA NUKLEAR?LOJI NUKLEAR? Mesti ramai yang nak tahu. Jom baca...

Hi,/hihi
Disebabkan oleh peristiwa TSUNAMI yang melanda Jepun 11 Mac 2011, banyak perkara yang aku perolehi. Daripada tak ambil tahu mengenai perkara dunia, aku mula ambil tahu untuk pengetahuan diri sendiri. Aku nak sangat tahu, apakah yang bagusnya ada Loji Nuklear sendiri? Apa kesannya kalau bahan radioaktif tercemar? Jadinya aku google dan dapat maklumat ni untuk dikongsi baca bersama korang..

Gambar dari En. Google
Tenaga nuklear, kadangkala disebut sebagai tenaga atom, ialah sejenis tenaga yang "mengikat" nukleus sesebuah atom. Tenaga ini boleh dibebaskan melalui tindakbalas nuklear seperti pereputan radioaktif serta pembelahan atau pelakuran nuklear. Selain itu, ia juga merujuk kepada teknologi atau industri tenaga nuklear yang membolehkan penjanaan tenaga sekunder seperti tenaga elektrik.

Tenaga nuklear ini dihasilkan dari reaksi nuklear (iaitu bukan letupan) terkawal. Loji komersial menggunakan reaksi pembelahan nuklear untuk menghasilkan elektrik. Reaktor utiliti elektrik memanaskan air untuk menghasilkan wap, yang kemudian digunakan untuk menghasilkan tenaga elektrik.


Tenaga nuklear mula ditemui oleh ahli fizik Perancis bernama Henri Becquerel pada tahun 1896, ketika beliau mendapati bahawa kepingan fotografi yang disimpan di dalam gelap berdekatan dengan uranium telah berubah kehitaman seperti kepingan sinar X, yang baru sahaja ditemui pada tahun 1895.


KEGUNAAN LOJI NUKLEAR :


Loji Nuklear ialah reaktor nuklear yang dibina berdekatan dengan laut yang berfungsi sebagai penyejuk sekunder.

Pada tahun 2005, tenaga nuklear membekalkan 6,3% tenaga dunia dan 15% kuasa elektrik dunia. Amerika Syarikat, Perancis, dan Jepun menggunakan 56,5% elektrik yang dihasilkan oleh loji nuklear. Pada tahun 2007, IAEA melaporkan terdapat 439 reaktor nuklear di dunia yang beroperasi di 31 negara.

Amerika Syarikat menghasilkan paling banyak tenaga nuklear, dengan tenaga nuklear membekalkan 19% tenaga elektrik yang ia gunakan, sementara Perancis menghasilkan peratusan tertinggi tenaga elektrik dari reaktor nuklear iaitu sebanyak 80% pada 2006. Di Kesatuan Eropah, tenaga nuklear membekalkan 30% tenaga elektrik. Dasar tenaga nuklear berbeza antara negara-negara Kesatuan Eropah, dan sesetengah negara seperti Austria, Estonia, dan Ireland, tidak mempunyai stesyen tenaga nuklear aktif. 

Sebagai perbandingan, Perancis memiliki banyak loji nuklear, dengan 16 stesen pelbagai unit yang digunakan ketika ini.
Di AS, walaupun industri tenaga eletrik daripada arang batu dan gas diramalkan bernilai $85 bilion menjelang 2013, janakuasa tenaga nuklear dianggarkan bernilai $18 bilion.

Kebanyakan kapal laut tentera dan beberapa kapal awam (seperti kapal pemecah ais) menggunakan pendorong marin nuklear, suatu bentuk pendorong nuklear. Beberapa kenderaan angkasa telah dilancarkan dengan menggunakan reaktor nuklear seperti RORSAT kepunyaan Soviet dan SNAP-10A kepunyaan Amerika.

Penyelidikan antarabangsa terus dibuat untuk penambahbaikan dalam teknologi tenaga nuklear seperti dalam aspek keselamatan loji, penggunaan pelakuran nuklear, dan kegunaan tambahan dalam proses pemanasan seperti pengeluaran hidrogen, penyulingan air laut, dan untuk digunakan dalam sistem pemanas di sesuatu daerah.

Maklumat diperolehi dari SINI.
Semoga dari bahan bacaan diatas, kita akan faham serba sedikit mengenai Tenaga Nuklear ni. Eloklah kalau Malaysia tak de Loji Nuklear..Biarlah pakar saintis kita didedahkan dengan ilmu dan kepakaran yang cukup dulu barulah Malaysia pertimbangkan kalau nak bina loji nuklear ni.Banyak risikonya yang kita mungkin tak tahu ..


Berita yang baru dikeluarkan hari ini dari Utusan.com.my :

11 cedera letupan gas hidrogen


FUKUSHIMA 14 Mac - Seramai 11 orang cedera dalam satu letupan gas hidrogen di loji tenaga nuklear di Fukushima hari ini, letupan kedua dalam tempoh tiga hari yang menggegarkan loji tenaga nuklear Jepun, di mana pihak berkuasa bertungkus-lumus untuk mengelakkan kecairan teras reaktor yang boleh menyebabkan bahan radioaktif berbahaya terlepas ke udara.

Kejadian itu memburukkan lagi krisis nuklear di negara matahari terbit ini ekoran gempa bumi berukuran 8.9 pada skala Richter yang disusuli tsunami besar, pada Jumaat lalu.

Pasukan jurutera dan penyelamat berusaha sepanjang hujung minggu untuk mencegah malapetaka nuklear dan membantu berjuta-juta penduduk yang terputus bekalan elektrik atau air dalam krisis terburuk sejak Perang Dunia Kedua.

Dinding tebal yang melindungi teras di reaktor No. 3 di Fukushima masih utuh selepas letupan itu, tetapi penduduk yang masih berada di zon pemindahan dalam lingkungan 20 kilometer dari loji itu diingatkan tidak keluar rumah, kata kerajaan.

Sebelum letupan itu, seorang pegawai Jepun berkata, 22 orang disahkan mengalami pencemaran radiasi dan sehingga 190 dipercayai terdedah kepada radiasi. - Reuters


Sekiranya ada kesilapan maklumat yang saya keluarkan, saya minta maaf. Tujuannya disini hanyalah untuk berkongsi info dan korang boleh beri pendapat berkaitan tajuk ini..

/bye





11 idea dari anda:

Sam Posmen said...

info yang menarik.

sorry to say
sebenarnya dari apa yang saya pelajari, bagi saya malaysia sangat rugi tidak menggunakan tenaga nuklear. ya rugi!

kenapa?
1. malaysia berada di luar lingkaran api pasifik. di mana negara kita stabil dari ancaman bencana alam seperti gempabumi.

2. kalau dengar pasal nuklear mesti orang ramai takut. berpandangan negatif. padahal nuklear merupakan tenaga yang bersih jika di bandingkan power plant konvesional yang lain seperti hidro dan gas. cuma proses untuk penyejukannya mengambil masa yang lama. di Jepun sekarang kerisauan sebenar di sebabkan reaktor nuklear tidak dapat berfungsi sepenuhnya kerana gangguan elektrik berlaku.

apakah risiko yang kamu maksudkan??

Nur Hanani said...

yer la..saya setuju pandangan awk..Kalau malaysia bina 1 loji nuklear je,dah cukup untuk bekalkan kuasa elektrik untuk 1 malaysia. Tak yah guna empangan..hapuskan flora dan fauna.Tapi tetap ada risiko yang kita tak tau kan. Lagipun, biarlah saintis kita mempunyai pengalaman yang banyak dan stabil..bolehlah diaplikasikan kat malaysia.Risikonya kita tak tau sekarang.Tapi tetap ada bahayanya kan??

nur said...

wah.. menarik info ni.. barule faham kepentingan nuklear= tenaga.. ingatka untuk perang ke...
Jemput join GIVEAWAY : last day @ ALL IN ONE

MrS. F!zA said...

skrg ni kita jd riso bila sana sini org dh ckp psl bahaya radiasi..takutnya..moga rakyat msia dilindungi dr sebarang pencemaran bahan bahaya nanti..aminn

Alexandriana Alia said...

nuklear ni tenaga jimat, tapi berisiko. radiasi ni mudah merebak di medium udara. silap sikit, bocor ke apa. mmg nahas

Nur Hanani said...

Kita hanya mampu berdoa semoga tidak akan berlaku sebarang kesan radiasi yang teruk lagi selepas ini.. Moga pakar-pakar saintis dapat membantu negara jepun mengatasi masalahnya.

bonzaimy said...

@Sam Posmen

for your info, bencana alam ini x kira masa dan tempat. Anything can happen. Last time gempa. Skang tsunami. But who know, maybe next year hujan api. Better be safe than sorry. Radiasi nuklear boleh pergi beberapa ratus kilometer. Kalau bocor, x ke dari utara ke selatan radiasi tu pergi. Think again. We want to save cost but we jeopardize our life?nanti anak-anak suma jadi mutan.Kalau mutan macam xmen tu ok lagi.Ini mutan yang x boleh buat apa2.

wae kamaruzaman said...

kiamat da dekat da ni.hmm..

Sam Posmen said...

@ bonzaimy

why u thinking in one perspective only?

i know the nuclear radiation it's very dangerous. for our health, for our lifestyle.

are u using electric everyday? or maybe u still using the candles only?

tahukah di malaysia darimana semua tenaga itu di generate? untuk makluman semuanya dari konvensional power plant. that's mean from hydro or gas. so, dari mana pula gas itu di perolehi? adakah dari pembakaran sampah? i dont think malakoff or power plant at glugor,penang do that...

kalau nak cerita pasal keburukan memang banyak. tapi kenapa kita masih guna kenderaan seharian, kita masih guna aircond, kita masih bla...bla...semua pon effect kepada kesihatan dan surrounding kan?

so, berbalik kepada asal kenapa mesti risau radiasi yang hampir mustahil akan tiba di malaysia? sejak hiroshima kena bom tak penah pula dengar orang jadi mutan lagi.

*from my way. salah tolong betulkan ye :)

Nur Hanani said...

Ok ok...dah jangan gaduh-gaduh kat sini. Tak de salahnya bagi pendapat masing-masing. Saya terima semuanya En. Sam Posmen... :) Ada benarnya maklumat awak... :)

Sam Posmen said...

hehe. sape yang gaduh ni? mana ada. just bagi pendapat. tak salah kan berbincang. at least boleh tambah lagi benda apa yang kita tak tau :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...