Nuffnang Ads

Friday, March 11, 2011

TSUNAMI HITS : Jepun dilanda tsunami..

Hi,/hihi
Jom kita tengok video ni dulu...



Satu gempa bumi kuat yang berukuran 8.8 pada skala Richter menggegar pantai timur Jepun hari ini, mengakibatkan satu amaran tsunami setinggi 10 meter dikeluarkan. Menurut Tinjauan Geologi Amerika Syarikat (USGS), gegaran itu berlaku kira-kira 130 kilometer di timur Sendai, Honshu pada kedalaman 24 kilometer. Televisyen NHK dan saksi melaporkan, gempa bumi kuat itu turut mengakibatkan kecederaan dan menyebabkan sekurang-kurangnya satu kebakaran serta tsunami setinggi empat meter. - REUTERS

Ini antara nota-nota pendek yang sempat aku catatkan melalui tontonan aku melalui berita Astro AWANI tadi.


1. Gempa bumi berlaku pada 2.30 waktu tempatan.
2. Gempa bumi berlaku semasa Parlimen Jepun sedang bersidang. Dimana ada skandal yang berlaku dikalangan ahli Parlimen. (Semasa bersidang tu, gegaran berlaku dan nampak lampu dan keadaan sekeliling bergegar)
3. Gempa di Jepun adalah selepas negara China dan Bali, Indonesia.
4. Gempa bumi sebanyak 8.9 magnitud. Kedalaman 10 KM.
4. Kemusnahan besardi timur laut Jepun
5. Jepun mengesahkan tiada tumpahan radioaktif berlaku.
6. Amaran Tsunami dikeluarkan kepada 53 negara.
7. Negara yang diberi amaran ialah :
    a) Guam, Papua New Guinea.
    b) Hawaii dan barat alaska
    c) Australia dan New Zealand diarah berjaga-jaga
    d) Rusia pindahkan 11 000 rakyat pesisir pantai
    e) Filipina
    f) Indonesia
    g) Hawaii
8. Pasaran saham Nikkei ditutup.
9. Ekonomi jepun semakin buruk
10. Sistem pengangkutan jepun terhenti
11. Gempa bumi terburuk dalam 140 tahun.
12. Ianya dijangka merebak ke pasifik
13. 900 anggota penyelamat diarah ke lokasi
14. Pesiaran pantai di Sabah,Malaysia diarah berjaga-jaga..dan dinasihatkan tidak mendekati kawasan pesisir pantai dalam waktu 6.00 petang hinggalah 12.30 malam ini.
15. Pesawat MAS MH 070 ke Tokyo dilencong ke Taipei. Pengguna yang mempunyai penerbangan ke Jepun boleh menggunakan talian hotline MAS iaiatu 1 300 88 3000 untuk tahu maklumat perjalanan.


Kalau tengok dalam berita Astro AWANI tadi, memang sangat teruk dan bagi pendapat saya, tsunami di Jepun ni lagi teruk dari Acheh, Indonesia.. Ya Allah..sangatlah menakutkan dan aku rasa bersyukur kerana di Malaysia jauh dari segala gempa bumi ini.Maklumat mengenai rakyat Malaysia yang berada di Jepun juga sudah dikumpulkan oleh duta Malaysia disana selepas mesyuarat tergempar dibuat untuk proses pengenalpastian dan operasi menyelamat. Marilah kita berdoa, semoga rakyat kita selamat..


Jom kita tengok lagi video ni..

/bye





7 idea dari anda:

Cikgu CTE said...

alhamdulillah, negara kita bukan berada di atas lingkaran api pasifik...tapi kita masih lagi merasai tempiasnya....

inilah tanda-tanda bahawa dunia sudah semakin tua...

Nur Hanani said...

Yer la Cikgu CTE.. Kita ni kena sedar tanda-tanda yang Allah SWT dah bagi pada kita. Kena tambahkan lagi amalan untuk DISANA nanti..

blackrosehunter said...

dahsyat jugak tu tsunami 10 meter..malaysia ni ada je gempa bumi..tapi tak kuat..

Lulu Rahman said...

takutnya. serious terkejut.

Nur Hanani said...

Blackrosehunter>Malaysia ada rasa sikit, tapi yang kat kawasan lingkaran api pasifik lagi dasyat rasanya..
Lulu> memang terkejut sangat. Tadi lepas balik sek, buka astro AWANI, tengok berita tak berkelip..Teruk sangat..

sekamar rindu said...

salam..

sedih dengatr berita ni...paling buruk sejak 140 tahun dalam sejarah jepun..

Nur Hanani said...

Yer sedih dengar berita ni, sekamar rindu.. :(

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...