Nuffnang Ads

Wednesday, March 16, 2011

Workshop Produk Terbaru Lancome di Loreal Malaysia..seronok seehhhh...

Hi,/hihi
First time aku attend aktiviti Nuffnang semalam..Memang rasa seronok sangat. Yerlah, jumpa ramai bloggers.. Mula-mula tu, apply je dengan submit form kata nak hadir ke workshop Lancome..dan selepas tu, dapat surat invitation from Nuffnang. Teruja betul..Mana taknya, mungkin tak ramai bloggers yang dijemput. Masa aku submit form tu pun dah kira lewat dah..mungkin rezeki la kot. Disebabkan aku ni pun memang tengah cuti, so apa lagi...pergi je lah..

Invitation untuk workshop Lancome

Pejabat Loreal Malaysia, Uptown 2, Damansara Uptown

Masa nak ke pejabat Loreal tu dah la lewat..nak dekat pukul 6.00 petang gak la.. Dari Nilai, lalu jalan Sepang, terus masuk lebuhraya PLUS, untuk exit kat Damansara.. Tu je lah jalan yang paling dekat nak pergi sana. Sebab fikir masa tu, mesti jalan tengah sesak.Orang balik kerjakan...On the way pulak tu, tetiba hujan jadi lebat..aduuhhh rasa macam tak sempat dah..Yer lah..jalan KL ni bila time hujan je pasti jalan akan bertambah sesak. So, tawakal je lah..kalau sempat ok je lah..Kalau tak, melencong je la tempat lain..hehehe..

Tu pun nasib baik ada orang nak teman dan hantarkan..Kalau tak, memang tak sampai la aku kawasan situ..Tak konfiden bila jalan tu kita jarang lalu..Sampai je kat situ, lewat dalam 10 minit..ok lah..Masuk dalam pejabat Loreal Malaysia, tengok bloggers dah ramai yang datang..Aku tengok, majoriti bloggers chinese lah yang attend..Aku ingatkan aku orang yang last..tapi tidak..Ada lagi bloggers yang lewat, dan antaranya ialah redmummy.. First time aku tengok dia dari dekat. Cute betul orangnya.. Dia duduk depan aku.. hehehe..

Dengan Redmummy..Blur betullah gambar ni. Tensen pulak tengoknya. Ke orang lain yang tak pandai snap guna kamera aku ni? Redmummy pakai heels tinggi sehhh..Brape inchi agaknya tu..

Workshop pun bermula dengan penerangan dari wakil Loreal sendiri. Namanya tak sempat nak tulis. (ada ke dia bagitau nama dia eh?ke aku yang tak dengar.) Dia bagi sikit penerangan pasal produk terbaru LANCOME iaitu LANCOME MAQUI MIRACLE NATURAL BRIGHTENING CREATOR.. Fuhhh panjang betul. Berbelit-belit lidah nak nyebutnya..hahahaha...Ditunjukkanlah slide video mengenai produk ni..

Zamri Zainol buat demonstrasi menggunakan produk Lancome Miracle..

Lepas tu, sessi seterusnya dengan membuat demonstrasi penggunaan produk LANCOME MIRACLE ni oleh makeup artist Lancome, Zamri Zainol.. Memang best je tengok tangan-tangannya bekerja. Siap berlenggok-lenggok macam nak menari gitu..Sekejapan je dia buat..dah nampak perbezaan sebelum dan selepas. Memang miracle lah.. 

Produk Lancome, semua bloggers dapat..

Selepas dah siap buat demonstrasi, kitorang para bloggers diberi percuma produk LANCOME MAQUI MIRACLE NATURAL BRIGHTENING CREATOR ni secara FREE..Wahhh bestnya.. Tak rugi aku datang dari jauh..Kalau nak beli kat kaunter Loreal, harganya RM130. Untung banyak aku..Suka sangat..Yang lagi bestnya, pihak Lancome tengok sendiri kulit muka kita dan berikan produk Lancome mengikut kesesuaian warna kulit muka kita..Dia akan suggestkan yang mana satu paling sesuai kepada semua bloggers..Mengenai produk ni, nanti akan aku blogkan dengan lebih terperinci lagi yer..Nantikan keluarannya...

Ok, jom kita tengok gambar pula..

Dapat jumpa kawan baru..

Amik peluang bergambar dengan Zamri Zainol







Apa barang yang aku dapat? Haaa..ni lah dia..Best kan..

Satu produk Lancome iaitu Genifique tu, aku dapat masa buat sessi soal jawab mengenai produk Lancome..

Jom kita tengok isi dalam setiap kotak tu pula..


Lancome Genifique

Cantik design dia kan. Ada macam bentuk kelopak ros..





Kod P0-02 (natural)

Memang bestlah first aktiviti aku dengan Nuffnang Bloggers ni. Lepas ni aku akan buat satu entri khas pasal produk ni eh..Tungguuuu...
Ini merupakan produk Lancome yang ke-4 aku ada termasuk perfume..Ada aku blogkan dulu..Tresor In Love..Korang biasanya gunakan produk jenama apa yer?Kongsi la sikit..

Ok, jom Discover Your Miracle with Lancôme Maqui Miracle..Kliklah kat link SINI untuk lihat keajaiban dari produk Lancôme Maqui Miracle.

/bye




12 idea dari anda:

leyzajamil said...

wah!! bestnya nani..
nak tau aktiviti nuffnang kena rajin masuk website nuffnang ye? wah..dapat produk lancome free tuuu..

Nur Hanani said...

@leyzajamil
Memang best leyza.Kena selalu tgk website nuffnang tu. Dia tak bagitau..kena alert sendiri..Hari tu pun nasib baik ternampak. Macam best je,tu yang pergi tu. hehehe..

Dda Ly said...

seronoknyee...akak tak reti la nak join mende2 ni..tp hati tinginnn sangaT!

meh ke rumah..
~like mother like son~
keep in touch ye..♥♥♥

Myvitrd said...

wah best dapat pergi ye.. ari tu ingat nak hantar wife pegi so i apply lah untuk dia sekali.. tapi sedih takdapat invatation.. tapi takpe.. nuffnang bagi tiket wayang malam tadi.. hehehe

Nur Hanani said...

@Myvitrd
Best lah, tak pe..nanti pas ni ada lagi aktiviti yang best. Kita apply je. Semalam bloggers yang datang 40 orang cam tu..Berbaloi gak dapat tiket wayang..best gak tu. :)

Nur Hanani said...

@Dda Ly
Memang seronok,saya pun first time gak. Tapi lama-lama ok la. Bloggers semuanya ramah mulut.. :) Ok, keep in touch.. :)

MrS. F!zA said...

aktifnya mu kak!! i like!

*gmbr ngan redmummy tu shaking pulak ye.

Nur Hanani said...

@MrS. F!zA
Ni baru first time join. Sebab cuti,on ajer.Aah shaking lah..tapi time akak snap gambar ok je..Ni org lain tak pandai guna kamera akak..Dah la tak cub, gambar shaking lagi ler nambahkan tak cunnya..Nak buat cam no. Kak Red tu ramai peminat. Takkan nak lama-lama plak.. :0 Terima je lah apa yang ada.. :)

Hazey said...

Hai ...

Salam Perkenalan, I pun ada di sana! Best, nanti jumpa lagi di lain aktiviti

Nur Hanani said...

@Hazey
Salam perkenalan juga yer..Lain kali boleh beramah mesra lagi..:)

athirah said...

nani... ni mcm 2way cake compact ea??

Nur Hanani said...

@athirah
Aah la. Tapi ada macam-macam benefit dia. Bukan macam 2 way cake compact. Siap ada UV protection dan best..

Jom baca ni: Discover Your Miracle with Lancôme Maqui Miracle..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...