Nuffnang Ads

Friday, April 29, 2011

Penjimatan yang banyak dengan PETRONAS PRIMAX 95 XTRA..

Hi,/hihi


Sebelum ni aku gunakan SHELL..Tapi lepas PETRONAS keluarkan minyak PRIMAX 95 XTRA ni, terdetik pula nak mencuba..Ini pengaruh dari iklan juga la ni. So, aku telah membuat perbandingan dengan mengisi minyak penuh pada hari Jumaat. Full tank ye..


Iklan yang banyak di akhbar-akhbar dan iklan televisyen..SAVINGS ALL THE WAY..

Gambar dari En. Google.



Bila isi full tank, petang Jumaat nya aku ke Bangi.Tapi gambar masa isi full tank tu tak pula snap gambar. Beza jaraknya tak lah beza sangat. Jadinya, jarak perjalanan adalah Nilai - Bangi - Nilai. Sampai balik ke Nilai pada hari Ahad..Minyak masih lagi pada takat yang penuh. Tak turun walaupun satu mata..Mengkagumkan aku.


Hari Isnin, aku ke sekolah dari Nilai - Senawang. Jadinya bila sampai kat sekolah..aku snap gambar ni. Masih lagi tidak turun mata..Masih lagi menunjukkan paras minyak yang penuh. Biasanya, kalau aku guna SHELL, memang dah turun satu mata tau..Ok, jarak dari rumah ke sekolah aku adalah 40 KM pergi dan 40 KM balik. So, satu hari..jarak perjalanan ke tempat kerja adalah 80 KM.


Yang ini pula hari yang kedua..Baru turun satu mata.


Yang ini pula gambar yang snap pada hari Khamis. Selepas aku sampai kat Nilai..Masih ada 3 mata lagi untuk aku ke sekolah pada hari Jumaat. Jadinya, untuk tempoh 5 hari bekerja..kalau isi minyak penuh pun tak habis..Kalau isi SHELL, seminggu tu aku kena isi minyak 2 kali..Nampak sangat bezanya. 

Jadinya, lepas aku dah buat perbandingan ni..aku akan menggunakan PETRONAS PRIMAX 95 XTRA untuk lebih kilometer..Penjimatan yang sangat mengkagumkan.. Suka suka suka..

Korang isi minyak apa? Berapa kali isi minyak dalam seminggu?

/bye



Jom Dapatkan Perfume dengan harga runtuh!! Temptations MAS Staff Sale..

Hi,/hihi


Baru-baru ni Malaysia Airlines System (MAS) ada buat Temptations MAS Staff Sale. Memang harga runtuh gila gila lah.. Sehari je pula tu dia buat. Apa lagi, belilah. Bukan selalu ye. Ini biasanya kalau kita naik MAS..akan ada jualan inflight kan? Ini lah barangan nya..tapi dijual dengan harga murah hanya untuk staf MAS sahaja ye..Ada banyak brosur aku dapat melalui e-mail. Tapi satu ni je lah yang aku berkenan..


Tengok brosur sale ni..banyak giler tau.. Sampaikan tak tau nak pilih yang mana satu. Sampaikan twit dan  tanyakan kat Facebook lagi.. Memang tersangat murah. Ini barangan original tau..


Tadaaaa..plastik merah gituuu..TEMPTATIONS INFLIGHT SHOPPING..Apa isinya? Jom tengok sini meh..


BLVGARI BLV II EDP 50ml. Belum buka lagi kotak dah bau bauan sweet je..Sedapnya..Rasa nak makan je. Hehehehe..Berapa harga aku beli? Haa jangan terperanjat lak. Untuk 50 ml ni kalau kat kaunter perfume harganya RM257.. Tapi untuk Temptations MAS Staff Sale ni aku beli dengan harga RM94 sahaja..Hahahaha suka suka sangat. Jimat jimat..




Best tau bau Bvlgari II ni. Berbaloi betul beli. Tak pernah bau pun sebelum ni. Main belasah je beli. Yer la..bukannya pergi beli sendiri. Kirim saje. Orang luar mana boleh pergi sales ni. Hanya staf saje. Kena guna ID Staf tau.. Mungkin akan ada lagi sales macam ni. Tahun lepas aku nak beli Dior Addict, tapi tak dapat sebab ramai sangat yang beli..Tahun ni beli Bvlgari la pula. Tukar selera. Hehehe.. 

Bertambah lagi KOLEKSI PERFUME aku..

**Mood : Happy**

Korang suka tak pakai perfume? Biasanya beli dan pakai yang mana satu?




Thursday, April 28, 2011

WD 40 Ubat bunyi twisties bingit..

Hi,/hihi
Bingit sangat bunyinya? Jom try WD 40..


Mana nak dapat WD 40? Ok, pergilah ke kedai Do it yourself (DIY) ataupun mana-mana kedai yang jual barangan hardware rumah..Mesti ada punya.


Bila masuk je kedai, tanyakan WD 40 ni. terus dia tunjukkan kat para-para dalam kedai dia ni. Ada refill untuk zippo lagi. Ada saiz kecil dengan saiz besar. Bolehlah pilih mana yang sesuai. Aku ambil yang kecil saje.


Berapa harganya? Ok zoom kan sikit gambar ni. Tak berapa nampak la pula. Ok, harganya sebotol yang kecil tu RM19.90. Mahal betul kedai ni. Tapi memang mujarab guna WD 40 ni. Terus kurang dam tak de dah bingitnya.. Spray kan aje pada engsel-engsel yang bingit itu. Terus ilang dah twisties bingit. hehehe


Korang pernah dengar tak WD 40? Pernah ke pakai? Kalau bunyi bingit / bising, apa cara yang korang buat untuk kurangkannya?

/bye


Laksa PWTC memang terbaik..

Hi,/hihi
Laksa terbaik di PWTC..sebabnya, kuah laksa nya memang penuh dengan kelazatan rasa ikannya. Biasanya kalau kita makan laksa kat kedai biasa..ikannya ala kadar je kan..tapi kat PWTC ni memang terbaik. Puas hati la beli. Siap kongsi makan 2 orang lagi..


Jom tengok menu makanan yang ada untuk hari tu. Tengok pula harganya..Standard la tu kan..PWTC ni kan dah ala-ala restoran dalam hotel gak tu..


Ada banyak gerai kat situ..boleh pilih nak makan apa..Aku pilih nak makan laksa. Tengok mangkuk laksa tu besar tau..puas makan.


Budak yang keje ni muda lagi. Ntah baru lepas SPM apa agak nya tu. Kuah laksanya memang terbaik. Sedap tau.


Ada juga jual bun, roti laa...tapi harganya bagi aku tak berbaloi. RM6 tau. Lebih baik makan laksa atau bee hoon atau nasi goreng..Lagi kenyang perut..


Nilah laksa aku..best kan. Mangkuk besar. Ni makan 2 orang tau. Dua-duanya kenyang makan. Harga cuma RM6 sahaja. Air panasnya aje yang mencekik skit, RM4 untuk satu cawan nescafe panas..


Penuh meja makan kat sini..Ramai gak yang makan. Sampaikan share meja lah..Dia guna meja bulat kan. Untuk aku yang tak ramai ni, kongsi lah dengan mereka-mereka yang nak makan juga. Apa-apa pun memang best makan sini..


Korang makan tak laksa ni? Setakat ni,korang pernah makan laksa yang paling sedap kat mana? Jom la kongsi..

/bye


Wednesday, April 27, 2011

Cosway, kau dihatiku..

Hi,/hihi
Kebanyakan barangan harian untuk penjagaan rumah aku beli kat COSWAY je.. Semuanya ada kat sana. Memang ok lah..Aku memang minat dengan produk COSWAY ni. 


Cosway Bandar Baru Bangi Seksyen 7. Selalu out of stock la stokis cosway ni..Ramai sangat orang Bangi yang beli kat sini. Yerla, penduduk majoriti kat Bangi ni ialah orang melayu dan stokis ni pun melayu. Mungkin salah satu sebab laku barangan kat sini kot..Ini anggapan aku je lah. Tak tau la betul ke tak..




Net wiper sheet ni bagus tau untuk bersihkan lantai kat rumah kita tu. Senang sangat. Gunakan macam dalam gambar tu..Tapi nak beli yang kering punya, dah sold out la pula. Wiper sheet ni ada dua versi. Kering dan lembap. Yang lembap ni ada bau lemon gitu.. Wangi je rumah lepas guna ni. 


Yang ni pula Clog Remover, nak kasi apa yang tersumbat dalam sink tu dibersihkan dan lancar je air mengalir..best tau. Petua lain yang boleh pakai kalau ada tersumbat ni ialah dengan gunakan garam dan jirus air panas kat kawasan lubang sinki tu. InsyaAllah..akan ok..Try la..saya selalu buat macam tu. Kali ni try guna Clog Remover pula dari Cosway..


Krim tangan ni (Hygienic hand lotion) pun ok juga. Dah la murah harganya. Cuma RM5.90 sahaja.. Perlindungan untuk keluarga anda..


Yang ni, sape ada masalah blackheads kat hidung boleh try produk ni..Bioglo yang dalam  kotak belah kanan sekali tu..Untuk katalog bulan ni start 25 April 2011 ni ada promosi tau..Bagus gak. boleh bersihkan blackheads yang ada tu..

Lastly,memang puas hati tau gunakan produk Cosway ni..lagipun, setiap belian dengan harga RM30 akan dapat satu kupon yang mana kita boleh gunakan untuk redeem barang..Part ni yang paling best.. 

Korang biasa tak gunakan barangan Cosway? Apa yang selalu korang beli? Share la sikit..

/bye


Pendapatan RM1500 hanya untuk sehari dengan melukis sahaja.Lukisan karikatur aku..

Hi,/hihi
Dalam sehari, pelukis Olay boleh memperolehi sebanyak RM1500. Itu anggaran sahaja. Sebabnya, sehari dia akan melukis lebih kurang 100 keping dan setiap lukisan tu dalam anggaran RM15 hingga RM30. Haaa..cuba kira berapa dia boleh dapat? Ada juga yang lebih RM1500 pun kan.. Dalam hanya beberapa minit sahaja..dia dapat lukis satu karikatur..

Ada juga la tanya dia masa kat PESTA BUKU PWTC hari tu..dia ni tak pernah pun dapat pendidikan formal untuk melukis ni. Hanya dengan minat dan bakat sahaja..dia boleh memperolehi pendapatan 4 angka sebulan..


Haaa ni lah pelukisnya OLAY..bukan produk kosmetik tu yer.. Dan disebabkan oleh lukisan yang dia tengah buat tu lah..yang membuatkan aku dengan akak aku stop dan tengok dia lukis..Lepas tu terasa nak buat gak..Hehehe..


Haa..ni bunting iklan dia kat PESTA BUKU PWTC. Cantik gak kan..Ada gambar karikatur DATO' SITI NURHALIZA dengan DATUK K lagi..ok kan?


Nak tau harganya?Nampak kat gambar atas ni? Tengok gambar je lah ye..

Ini first time aku rasa nak buat lukisan karikatur ni. Tertarik sebab tengok hasilnya yang cantik. Walaupun hasil muka tak sama..tapi boleh lah kan..untuk saje suka-suka..Lagipun,harganya tak lah mahal mana pun. RM15 saje..

Jom tengok apa hasilnya..hehehe


Ini lukisan untuk sorang student lelaki dari KISAS KLANG. Tergelak besar aku, bila dia malu-malu..Dia gunakan gambar passport awek dia untuk combine kan dengan gambar dia..Dah la tu, OLAY ni siap lukis simbol LOVE lagi kat nama diorang..Lagi tambah malu dia..


 OLAY tengah lukis karikatur aku..Selamba je dia lukis..Relax jer.


Gambar yang ni my sister yang punya.. Lebar nya muka hang...hehehe. Sebenarnya dia kurus je.


Hahaha..kelakar kan? Tak serupa langsung..Tapi sebabkan karikatur punya lukisan..so ok la.. Gelak sesorang tengok gambar ni.


Ada yang berminat nak lukisan karikatur ni? Apa lagi..jomlah ke PESTA BUKU PWTC. Hanya dengan melukis saje..OLAY boleh memperolehi pendapatan yang memberansangkan. Itulah pepatah melayu.. "Hendak seribu daya, tak nak seribu dalih". Betul tak?

/bye


Tuesday, April 26, 2011

Komik UJANG MOY APO?..

Hi,/hihi
Kalau masa dulu, komik Gila-gila..komik Ujang memang glemer kan..Hanya untuk bacaan ringan dan bagi gelak-gelak untuk senaman muka kan..Bagus juga..Tapi bila umur meningkat..kuranglah pembacaan komik ni..


Iklan banner yang besar ni memang CUN lah..  Besar lak tu..so, snap je la..


Beli komik Ujang edisi 1 Mei 2011 dengan Koleksi ABE..hehehe lawak lawak.. Pandai diorang ni buat bisnes. Kartunis ni memang berbakatlah..cantik je hasilnya..


Ada ke antara korang yang minat baca komik ni? Dulu aku ada juga lah simpan koleksi komik Ujang..tapi ntah kemana perginya. Sekarang ni dah kurang lah baca bacaan ringan macam ni..Kalau sesekali tu ok sangat lah..

/bye


Cadburry Chocolate My Mydin..

Hi,/hihi
Suka makan chocolate tak? Hantu coklat? dah jadi macam kanak-kanak pula la aku ni.. Tambahkan lagi kalori dalam badan..huhuhu..








Masa nak pergi rombongan sekolah Ihsan hari tu, dia kata nak bawa coklat..jadinya pergi lah beli dekat pasaraya My Mydin Bangi Seksyen 7..Dalam banyak-banyak jenama coklat..paling aku suka makan..dah tentulah cadburry.. sedap sesangat.. Ni join dengan Ihsan la ni..hahaha..mata dia nampak je kalau makanan-makanan macm ni..

Ini bukan salah pihak sekolah atau makan kat kantin sekolah kalau ada kanak-kanak yang obesiti.. Semuanya bermula dari rumah..Kalau kat kantin sekolah tu, makanan yang dijual dalam jumlah yang sikit je..Bila balik rumah, minta mak goreng nuget lah, ayam gorenglah..Jadi nak salahkan sape kalau anak obesiti? Salahkan sekolah? Tak patut.. Betul tak?

Korang rasa sebab apa kanak-kanak sekarang ni obesiti?

/bye


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...