Nuffnang Ads

Tuesday, April 5, 2011

Cerita selepas ABPBH 2010..Datuk Siti Nurhaliza, Yuna??

Hi,/hihi
Hmmm biasalah kan.."rumah dah siap, tapi pahat masih lagi berbunyi." Itulah peribahasa yang biasa digunapakai untuk acara-acara anugerah dan yang terbaru ialah ABPBH 2010..

Aku tengok jugalah..tapi tidaklah sampai naik ke Genting Highlands sana semata-mata nak melayan anugerah ni. Tak dapat apa pun..Lagi elok lah tengok Live kat TV je..Puas hati gak. Hahahaha..

Pembukaan ABP 2010 kali ni memang ok sangat berbanding sebelum ni, yang mana Kak Engku, Shirah dengan Zizan buat slot opening sambil menyanyi.. Lawak gak la kan..Para pemenang tu, tahniah lah ye. Aku tak mau komen lelebih kat sini..Boleh lah tengok kat blog Beautifulnara.com atau Budiey.com..

Yang aku nak citer ni pasal persembahan yang aku kategorikan antara yang terbaik pada malam tuuu..Sape lagi kalau bukan Yuna dengan Datuk Siti Nurhaliza. Memang bestlah tengok.. Yuna punya perfomance memang best. Suaranya lain dari yang lain..Sedap je mendengar.. Memang patutlah dia boleh famous sampai ke luar negara..

Datuk Siti Nurhaliza pula, memang tak pernah mengecewakan setiap kali dia buat persembahan...dia akan buat yang terbaik. Tapi ada citer-citer belakang yang bertanyakan mana pergi tudung Siti??Hmm itu kita tak boleh nak persoalkan. Dia lebih mengetahui yang mana dosa, yang mana pahala..Kalau kita komen lebih-lebih pun buat apa? Tak de apa yang kita dapat pun..

Ok, sebab aku sukakan persembahan Datuk Siti Nurhaliza ni, aku letak kan kat sini Video Siti nyanyikan lagu Bukan Cinta Biasa, Nobody dengan Nirmala yang diubasuai dengan konsep K-Pop..(lagu Nobody tu sedap gak Siti bawak.memang kreatif Siti ni.). Aku cari gak video Yuna..tapi tak jumpa la pula..So,layanlah video ni..


Selamat menonton video ni..Apa komen korang??
/bye





24 idea dari anda:

Kancilbiru said...

siti punya performance selalu lain dari yang lain..sebab tu best!!

Nur Hanani said...

@Kancilbiru
YER betul. ini yang membuatkan orang ternanti-nanti akan persembahannya.. :)

nurayunni said...

mmg bestkan..tambh2 dgn khdiran usop..hehe

Nur Hanani said...

@nurayunni
AAH, tahun ni antara yang terbaik lah. tak bosan sangat.. usop wilcha.. :)

eyndayusoff said...

Tak tengok persembahan dia malam tu...tapi cute jugak cara persembahan dia malam tu :-)

~~Ticer Wann~~ said...

hee tak tgk... tp cm puas ati sbb sam mng.. :D

KiD said...

saye nantikan persembahan uchop wilcha... hehehehe

Nur Hanani said...

@eyndayusoff
HAHAHA cute je persembahan CT. boleh tengok kat video tu.. :)

Nur Hanani said...

@~~Ticer Wann~~
ni mesti peminat sam eh.. undi berapa banyak?hehehehe :)

Nur Hanani said...

@KiD
lawak betul usop wilcha tuuu..sebabkan malam tu, terus lagi tambah femes dia.. :)

~::KUYA HARIS::~ said...

yeah...suka ah bila sam menang.hehe ^^ awmpoi gila dia.yg penting,,ct lawa gila XD suka suka suka!!!

Nur Hanani said...

@~::KUYA HARIS::~
yerlah..kali ni ramai yang puas hati dengan pemenangnya..CT sentiasa cantik. :)

mungelily said...

suker tgk siti jer sbb dier cantik..suara sedap..haha.. ;p

Nur Hanani said...

@mungelily
yer..dah lah tu, down to earth lagi..tak menyombong sangat. suara dalam recording still sama dengan live. :)

Redbloodsnow said...

tu la kan...suara yuna mmg best. tp tak paham..kenapa asyik dok ana rafali menang? hemprhhh...

ADaM said...

Waa..Mnat la samA siti

Wan Gerrard said...

siti cun~

Nur Hanani said...

@Redbloodsnow
ermmm ntah la kan..dah rezeki ana rafali kot.. :)

Nur Hanani said...

@ADaM
minat tak pe adam..ramai yang suka dengan CT ni :)

Nur Hanani said...

@Wan Gerrard
Siti cun, anggun, jelita.. :)

wanacesh said...

ala watpe la depa nk persoalkan siti pon pnh bgi kenyataan yg dia pakai tu bukan tudung,,huhu,,tpi siti mmg nmpk comel n sihat walafiat je mlm tu,,datuk k msti suami yang baik =)

Nur Hanani said...

@wanacesh
yer la..kalau bab tudung tuu..Siti mesti lebih tahu.. :) Pandai Dato' K jaga Siti.. sentiasa happy je. :)

DeQdEq said...

siti mmg comel wkt menyanyi lagu nobody tu....

apa2 pun usop wilcha tetap plg best malam tu..heheheh

Nur Hanani said...

@DeQdEq
yes...usop wilcha adalah penyeri dan yg paling best lawaknya..sempoi. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...