Nuffnang Ads

Wednesday, April 27, 2011

Cosway, kau dihatiku..

Hi,/hihi
Kebanyakan barangan harian untuk penjagaan rumah aku beli kat COSWAY je.. Semuanya ada kat sana. Memang ok lah..Aku memang minat dengan produk COSWAY ni. 


Cosway Bandar Baru Bangi Seksyen 7. Selalu out of stock la stokis cosway ni..Ramai sangat orang Bangi yang beli kat sini. Yerla, penduduk majoriti kat Bangi ni ialah orang melayu dan stokis ni pun melayu. Mungkin salah satu sebab laku barangan kat sini kot..Ini anggapan aku je lah. Tak tau la betul ke tak..




Net wiper sheet ni bagus tau untuk bersihkan lantai kat rumah kita tu. Senang sangat. Gunakan macam dalam gambar tu..Tapi nak beli yang kering punya, dah sold out la pula. Wiper sheet ni ada dua versi. Kering dan lembap. Yang lembap ni ada bau lemon gitu.. Wangi je rumah lepas guna ni. 


Yang ni pula Clog Remover, nak kasi apa yang tersumbat dalam sink tu dibersihkan dan lancar je air mengalir..best tau. Petua lain yang boleh pakai kalau ada tersumbat ni ialah dengan gunakan garam dan jirus air panas kat kawasan lubang sinki tu. InsyaAllah..akan ok..Try la..saya selalu buat macam tu. Kali ni try guna Clog Remover pula dari Cosway..


Krim tangan ni (Hygienic hand lotion) pun ok juga. Dah la murah harganya. Cuma RM5.90 sahaja.. Perlindungan untuk keluarga anda..


Yang ni, sape ada masalah blackheads kat hidung boleh try produk ni..Bioglo yang dalam  kotak belah kanan sekali tu..Untuk katalog bulan ni start 25 April 2011 ni ada promosi tau..Bagus gak. boleh bersihkan blackheads yang ada tu..

Lastly,memang puas hati tau gunakan produk Cosway ni..lagipun, setiap belian dengan harga RM30 akan dapat satu kupon yang mana kita boleh gunakan untuk redeem barang..Part ni yang paling best.. 

Korang biasa tak gunakan barangan Cosway? Apa yang selalu korang beli? Share la sikit..

/bye


2 idea dari anda:

mungelily said...

suker pakai bedak miyami hihi~~~~

hanani0210 said...

@mungelily
Bedak miyami memang best guna. hasilnya sangat cantik. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...