Nuffnang Ads

Tuesday, April 5, 2011

Dimanakah kejujuran? Kikis sikap berbohong sejak kecil..

Hi,/hihi


Dewasa ini, ramai yang dah hilang sifat jujur atau kejujuran dalam diri..Perihal lori beras terbalik dengan duit syiling bertaburan atas jalan raya menampakkan lagi sifat ketidakjujuran masa kini..Hmmm

Maka, sikap suka berbohong harus dikikis sejak dari kecil lagi. Kita harus  memastikan anak-anak atau kanak-kanak ini bercakap benar.


Bak kata pepatah.."melentur buluh, biarlah dari rebungnya".. Banyak faktor yang mempengaruhi kanak-kanak ni bercakap bohong. Antaranya ialah :
  • Sering menghukum.
    • Sape yang suka menghukum?Andalah..Contohnya, anda/kita suka menghukum apabila melibatkan kesalahan kecil. Kanak-kanak terdorong untuk bohong supaya dapat membela dirinya sendiri dari dikenakan hukuman.
  • Tiada pilihan
    • Kalaulah dah selalu kena hukuman, mereka akan sentiasa diselubungi dengan ketakutan. Jadi, jalan paling selamat ialah bohong..
  • Bimbang kecewa
    • Sape yang akan kecewa? Ibu bapa akan kecewa sekiranya harapannya tak tertunai. Apa yang diharapkan tidak berlaku. Dan jalan yang paling selamat untuk tidak membuatkan ibu bapa kecewa, ialah berbohong.
  • Hebat dimata kawan
    • Ada yang suka berbohong untuk menunjukkan yang dia hebat dari kawan-kawan yang lain.
  • Terdesak
    • Sebagai contoh, untuk mengelakkan dari didenda cikgu kerana tidak menyiapkan kerja sekolah..kanak-kanak akan memberi alasan yang pelbagai supaya tidak dikenakan hukuman.

Hmm..apa ulasannya? Jadikanlah kejujuran sebagai perkara yang amat penting dalam hidup kita. Sekali kita berbohong, selama-lamanya orang akan ingat kita berbohong..Belajar tanam sifat tak suka bohong dalam diri sejak mula lagi..Amalan yang selalu dibuat..lama-lama akan menjadi satu trend dalam hidup..Betul kan?
/bye





5 idea dari anda:

Redbloodsnow said...

Nice entry. thumbs up! :)

Nur Hanani said...

@Redbloodsnow
TQ... :)

Firdaus Kasim said...

setuju dgn awk.. pendidikan bermula dari rumah.. brul x??

Baca entri terbaru firdauskasim.com :
Cara cantikkan banner iklan disertakan dgn teks yang menarik

Nur Hanani said...

@Firdaus Kasim
iyer..memang bermula dari rumah. :)ibu bapa kena mainkan peranan yang lebih pada anak-anak..

NuReLLe said...

dulu mse skolah rendah.. ble kwn ckp die adek angkat KRU lps tu selalu g uma KRU..kagum gle ngn die..ble dah besar ni bru perasan...gile tipu wehhhhhhhh..hukhukhuk...:DD

budak2 kan..semua nk tunjuk hebaq!!!hee~

kulit gebu = suami sayang tak hingat

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...