Nuffnang Ads

Tuesday, April 19, 2011

In-Chan..

Hi,/hihi
In-Chan..Sampai sekarang ni, nama tu melekat kat dia. Dulu, anak-anak akak aku yang sulung suka panggil dia Sin Chan (Citer Kartun tu). Tapi sekarang ni taklah panggil gitu lagi. Panggil nama penuh dia lah..Namanya Ihsan,tapi sebabkan dulu dia pelat kan..dia bahasakan diri dia inchan..Baru darjah 3. Tapi minat betul dengan lukisan ni..ikut abah dia la kot. Pandai melukis..


Suka betul anak buah aku ni melukis. Sampaikan ibu dia kata, kalaulah belajar pun macam ni..suka ibu tengok. Koleksi pensil warna dia sangatlah banyak..berkotak-kotak. Yang dapat percuma lain, yang beli lain..Asal balik kampung je, mesti bawaklah. Kalau dok bosan-bosan je lukis aje lah kejer dia..


Di suruhnya ibu dia beli komik ni, sebab suka dengan karakter dalam komik tu. Nak lukis le tuuu... Nama buku komik ni lupa la pula..Tapi aku pun layan gak baca sekali. Hehehe.. 


Hahaha..cuba tengok hasil lukisan dia. Kelakar aku tengok..Siap masa nak ambil gambar ni. Dia kata jap jap..Nak tulis..Ingatkan nak tulis apa..rupanya tulis "Ihsan lukis sendiri". Kelakar gila..masa tu gak aku gelak besar. Dia tersengih je.. Ni kira hobi dia la ni, selain dari main permainan lego dia dengan transformers..

Tapi, sebenarnya,bagi pendapat akulah..kalau kanak-kanak ni, eloklah kita bagi dia kebebasan dalam bab melukis ni. Dapat tambahkan kreativiti dia. Ihsan ni, tiap kali cuti sekolah,akak aku akan hantar dia masuk art class kat Putrajaya. Ok lah..masa dia terisi juga dengan benda yang berfaedah..

Apa pendapat korang? Melukis ni bagus tak untuk kanak-kanak?




6 idea dari anda:

Sharinginfoz said...

memang minat betul melukis

! Sam Posmen ! said...

melukis rasanya bagus. selalunya berkait rapat dengan imaginasi. sedikit sebanyak akan merangsang otak dia untuk lebih aktif berfikir.

so, biarkan je. entah-entah besar nanti jadi arkitek ke siapa tau. hehe

Nur Hanani said...

@Sharinginfoz
aah, minat sangat lukis.. :)

Nur Hanani said...

@! Sam Posmen !
itu lah,memang biar aje. dia nak lukis apa pun suka hati dia.. :) insyaAllah..mana tau kan masa akan datang. :)

leyzajamil said...

berbakatnya ihsan ni kan..tengok tulisan dia cantik :) nak tengok jugak gerangan wajah si ihsan ni nani..ada gambar muka dia tak?

Nur Hanani said...

leyza> hahaha..tulisan budak darjah tiga. Ada gambar dia. nanti-nanti nani letak gambar dia pula. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...