Nuffnang Ads

Wednesday, April 20, 2011

Jom makan-makan, doa-doa..Kenduri kesyukuran.. :D

Hi,Assalamualaikum./hihi
Sabtu yang lepas, rumah mak ayah aku kat kampung ada buat sedikit kenduri kesyukuran. Jadinya kami 5 beradik semuanya adalah masa tu. Riuh sekampung tau kalau 3 adik beradik perempuan ni berjumpa.. 

Kenduri ni sebenarnya akak aku yang sulung yang nak buat.. Sempena kenaikan pangkat dia suami isteri serta kejayaan anaknya Afiq Farhan mendapat 9A (straight A) dalam SPM hari tu.. Yang si kakak ku naik jawatan jadi eksekutif kanan dekat AmAssurance. Si suami pula jadi pengetua kat salah sebuah sekolah di Pahang. Syukur alhamdulillah..

Dia nak buat kat kampung sebabnya meriah lah sikit. Kalau buat kat rumah dia, susah sikitlah mak ayah aku nak kesana. Jauh sangat. Jemputan yang hadir pun, ahli khariah masjid dengan surau dekat dengan rumah. Ramai juga yang hadir. Lebih kurang 50 orang lelaki yang datang. Penuh lah rumah ayah aku tu. 


Aku sampai kampung dah hari Sabtu pagi..Semuanya dah siap disusun. Nasib la abang aku yang rajin dan ringan tulang tu dah sampai dulu. Dia naik bas je dari Alor Setar . Jauh tu kalau nak drive.. Sejadah dah siap bentang. Ni keje ayah aku la..Sebabnya solat Maghrib dulu kat rumah aku, buat tahlil, doa dan last sekali selawat nabi.. Selepas solat Isya', acara makan-makan.. 


Gambar makanan tak sempat nak snap sebab tukang nak amik gambar buat keje dapur. Kitorang masak sendiri..tak pakai katering bagai..Lagi meriah lah..Menunya mesti lah nasi putih, asam pedas (ni menu wajib ada orang Johor), Rojak, sayur campur, ayam goreng berempah dan kuih-muih. Semuanya makanan habis..tak de tinggal apa pun.. Alhamdulillah,bajet masak menjadi. Hehehe.. Mula-mula ingatkan tak ramai, kebetulan pula malam tu 50 orang yang datang. Mak aku dah risau dah..takut tak cukup lauk. Siap dia pergi dapur masak lagi asam pedas tambah ikan..

Nak bagi orang makan ni kena lah betul-betul kan..Dah dijemput kalau tak cukup makanan apa pula kan.. Ini belum lagi orang perempuan. Tapi alhamdulillah..


Nampak bakul atas kerusi tu? Ada lah buah tangan (goodies bag) untuk tetamu yang datang, sebagai tanda terima kasih kerana sudi meraikan kenduri yang tuan rumah buat. Ini bukan mesti ada..tapi dah niat akak aku nak bagi..so, ada lah..Tukang bagi ni anak-anak buah laki aku le. Mak sedara jadi pemerhati je..


Dah selesai semuanya..masa untuk balik..Penuh le orang..Masa makan tu, siap duduk atas tembok batu lagi..Tak cukup kerusi..ada juga yang makan dalam rumah.. Kalau ayah aku buat kenduri, memang ramai yang datang. Tak tau lah kenapa. Mungkin sebab ayah aku ni rajin hadir kenduri rumah orang kot dan mungkin juga sebab rumah aku ni dekat je dengan masjid dengan surau..

Alhamdulillah selesai. Tapi penatnya yang amat..sakit pinggang. Kali ni buat style buffet ok la. Kalau tidak, memang berhidang aje..Ayah aku punya rancangan lah ni. Tapi sebab dia pun dah tak larat, so kitorang buat buffet je. Sampai ada orang kampung tanya..ni ambil katering mana? sebab meja siap beralas dengan kain merah..Hehehehe..lagi satu sebab makanan sedap la tu. Orang kampung aku ni bukan kampung sesangat. Moden la juga. Memang pandai bab komplen-komplen ni..

Hari Ahad je, semua pakat balik. Yer la, nak kerja kan..Tinggallah mak aku dok nak simpan balik pinggan mangkuk. Tu je yang tak sempat nak buat. Yang lelain ok aje..Alhamdulillah..

/bye



4 idea dari anda:

deDetz said...

seronoknya bila berkumpul sama-sama yea kak =D

Anitafasha said...

lawa la ruang rumah kat pic pertama tu.. =)

Nur Hanani said...

@deDetz
aah memang best kumpul ramai-ramai. Susah nak bagi ada 5 orang sekaligus. Kalau kenduri atau majlis keluarga je yang dapat jumpa. Duduk pun jauh-jauh kan. :)

Nur Hanani said...

@Anitafasha
hehehe lawak ke dik? Rumah kayu/ kampung je. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...