Nuffnang Ads

Friday, April 15, 2011

Kena saman ekor?Bengang?Marah?Tak puas hati?

Hi,/hihi
Bila dapat tahu kena saman ekor ni mula lah kita ni dok bebel-bebel kan menunjukkan keprotesan terhadap saman yang kita dok dapat tu.. Aku pun dulu pernah kena saman ekor ni. Tak pasal-pasal je kena bayau RM300..Lebih 10 je pun dah kena saman. Haruuu bayar je lah kan..

Tapi, banyak juga yang kurang tahu pasal saman ekor ni. Apa kata jom baca dan tambahkan sikit ilmu yang dah sedia ada tu..

Saman ekor ni siap boleh captured gambar pemandu dengan nombor plat kereta sekali. Cuba tengok gambar atas ni..


Apa tu saman ekor?
Ianya notis meminta maklumat pemandu daripada pemilik kenderaan yang dikeluarkan mengikut Seksyen 115 Akta Pengangkutan Jalan 1987. Notis ni akan dihantar ke alamat pemilik kenderaan berdasarkan maklumat dari JPJ. Ok, dah paham?

Apa pula bezanya saman ekor ni dengan saman-saman lain?
Saman ekor ni dihantar pakai pos berdaftar. Yang lelain tu secara terus masa tu juga lepas kita ditahan buat kesalahan.

Sape pula yang keluarkan saman ekor ni?
Haaa sape lagi kalau bukan PDRM. Tapi saman ni hanya untuk yang melebihi had laju je.

Kat mana kita boleh semak senarai hitam?
Semakan ni bolehlah kita buat melalui MyEg, Portal JPJ ataupun kaunter JPJ.

Macamana pula nak perbaharui lesen yang dah kena senarai hitam ni?
Senang aje..buatlah dekat kaunter JPJ ataupun Pejabat Pos..Mudah je kan. Sebab ni lah, ada yang tak tahu dia kena saman. Boleh lak baharui lesen walaupun ada saman. Contoh ni berlaku kat akak aku sendiri. Dia renew lesen ok aje..Rupanya dia ada saman yang dia tak tahu pada tahun 2003. Lama giler. Bahaya betul.. Nasib tak kena waran tangkap. Hahaha...


Jadinya, kita ni kenalah patuhi sikit undang-undang jalanraya ni. Kalau dah kena saman ekor ni, jangan nak bebel-bebel pula. Kalau yang selalu bawa kereta laju macam F1 tu, saya syorkan korang aktifkanlah diri dalam sukan permotoran ni dengan cara betul. Janganlah F1 atas jalanraya yang boleh bahayakan orang lain. Kalau dah kena saman ekor 5 kali..hah,kan dah naya..nak cekau duit kat mana nak bayar? Kalau tak bayar..tak pasal-pasal dapat waran tangkap pula. Kan lagi haru nanti..

Pesanan untuk semua pengguna jalanraya..Patuhi had laju anda..

 Biasanya berapa hadlaju memandu yang korang amalkan?

/bye


10 idea dari anda:

MrS. F!zA said...

kita laki bini jnis ikut had laju..tp kalo kt putrajaya tk ikut jgk..atas highway je..ekekeke

Nur Hanani said...

@MrS. F!zA
biasanya drive kat highway yang orang payah nak ikut hadlaju ni.. :) terbalik plak ek..

kak ina kl said...

akak ikut had laju...tapi anak dan hb pulak klu bawak berdesup..apalagi kena pot pet pot petlah jawabnya

ckg.fidah said...

em.sebab tu sign board "perangkap laju di hadapan" kat highway.so be carefull:) setakat ni x pernah kena.harap2 x kena

man yusoef said...

ok..nak renew lesen bulan ni..takotnye kalau ada saman ke...tp so far tak de pulak terima surat2 ape pon...huhu...tak semestinya dpt surat kan..

HonEyBuNNy said...

hehe..kalau dekat highway mmg bawa laju...coz sedap ja bawa laju...sekali speed track da...ngeh3

Bella Enveeus said...

Hmm disebabkan i drive hari2 n need to be at one place in a hurry, I drive quite laju la, esp on the highway.. 140km/j is the highest yg bole pegi dgn kereta Malaysia saya.. Lebih2 bergegar pulak.. Nasib baik tak guna Ferrari, kalau camtu berdesup lah alamatnye.. Hihihi

Nur Hanani said...

@kak ina kl
berdesup tu yang tak tahan tuuu..maknya mesti lah kena pot pet pot pet.. Untuk keselamatan bersama.. :)

Nur Hanani said...

@man yusoef
aah,tak semestinya dapat surat saman. kena sheck dengan JPJ la .

Nur Hanani said...

@Bella Enveeus
hahaha, bergegar. :) kalau u drive ferrari, nanti boleh join F1 . :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...