Nuffnang Ads

Saturday, April 23, 2011

Konsert Untukmu Loloq..

Hi,/hihi


Jarang sekali kita dengar ada konsert khas untuk memperingati penulis lirik di Malasyia ni. Tapi jasa allahyarham Loloq ataupun nama sebenarnya Rosli Khamis memang banyak pada artis-artis di Malaysia ni..Konsert ini sedang berlangsung di Panggung Sari, Istana Budaya bermula semalam (22 April 2011 hingga 24 April 2011).

Beliau boleh dikatakan sebagai insan seni luar biasa  , penulis lirik, skrip dan pelakon. Bait-bait kata yang diukirnya di atas kertas indah diluahkan oleh penyanyi dan meresap ke jiwa semua yang mendengarnya.


Ada satu hari tu, aku dengar nyanyian dari Ramli Sarip ( untuk mempromosikan konsert ni), aku hayati betul-betul liriknya dan ianya sangat puitis. Memang penulis liriknya seorang insan seni luar biasa. Patutlah ramai yang terasa akan kehilangannya dalam dunia industri di Malaysia ini termasuklah sahabat rapatnya M Nasir.

Antara yang terlibat dalam Konsert Untukmu Loloq. Gambar dari SINI.


Antara artis yang akan menjayakan konsert ini ialah :


Ramli Sarip yang akan mendendangkan lagu :
          1. Syair Laila
          2. Majnun
          3. Bonda
          4. Gazal Untuk Rabiah (Duet Bersama M.Nasir)

M Nasir yang akan mendendangkan lagu :
          1. Wak Jono
          2. Andalusia
          3. Apokalips
          4. Mentera Semerah Padi (Duet Bersama Ella & Ramli Sarip

Ella akan mendendangkan lagu :
            1. Nuri
            2. Layar Impian
            3. Bagaikan Puteri
            4. Dunia Batinku

Konsert dengan tiket-tiket berharga RM65, RM85, RM125, RM165, RM205, RM295 dan RM450 itu akan dijayakan Ramli Sarip, Ella dan Tam Spider selain persembahan istimewa isteri Allahyarham, Hariah Yaakob, 39, serta anak bongsunya, Yasha, 10, menerusi puisi berjudul Papa Jangan Kau Pergi.

Pihak Istana Budaya bercadang untuk menyerahkan sebahagian kutipan tiket itu akan disumbangkan kepada tiga anak Allahyarham Loloq atau nama sebenarnya Rosli Khamis yang meninggal dunia 30 Januari 2008 bagi membiayai pelajaran mereka.

Maklumat diperolehi dari SINI.

Kalau didengarkan baik-baik akan lirik yang dialunkan oleh penyanyi bagi sesebuah lagu yang dihasilkan olehnya memang sangat puitis sekali..Hanya insan yang terpilih sahaja yang mampu berkarya seperti Allahyarham Loloq ini. Semoga rohnya dicucuri rahmat dariNya..Amin.. Sama-sama lah kita menyedekahkan surah al-fatihah pada beliau..Amin..

Untuk maklumat lanjut berkaitan konsert ini bolehlah baca di SINI.

/bye



4 idea dari anda:

KiD said...

thanks for info hanani.. bila laaa kid dapat gi istana budaya nih... teringin gak ke sana.,.

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

moga semuanya berjalan lancar , dan moga rohnya dicucuri rahmat

hanani0210 said...

Kid> bila-bila pun boleh pergi..Tempat awam tu. :)

hanani0210 said...

lydia> Yer, mudah-mudahan..amin :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...