Nuffnang Ads

Wednesday, April 27, 2011

Pendapatan RM1500 hanya untuk sehari dengan melukis sahaja.Lukisan karikatur aku..

Hi,/hihi
Dalam sehari, pelukis Olay boleh memperolehi sebanyak RM1500. Itu anggaran sahaja. Sebabnya, sehari dia akan melukis lebih kurang 100 keping dan setiap lukisan tu dalam anggaran RM15 hingga RM30. Haaa..cuba kira berapa dia boleh dapat? Ada juga yang lebih RM1500 pun kan.. Dalam hanya beberapa minit sahaja..dia dapat lukis satu karikatur..

Ada juga la tanya dia masa kat PESTA BUKU PWTC hari tu..dia ni tak pernah pun dapat pendidikan formal untuk melukis ni. Hanya dengan minat dan bakat sahaja..dia boleh memperolehi pendapatan 4 angka sebulan..


Haaa ni lah pelukisnya OLAY..bukan produk kosmetik tu yer.. Dan disebabkan oleh lukisan yang dia tengah buat tu lah..yang membuatkan aku dengan akak aku stop dan tengok dia lukis..Lepas tu terasa nak buat gak..Hehehe..


Haa..ni bunting iklan dia kat PESTA BUKU PWTC. Cantik gak kan..Ada gambar karikatur DATO' SITI NURHALIZA dengan DATUK K lagi..ok kan?


Nak tau harganya?Nampak kat gambar atas ni? Tengok gambar je lah ye..

Ini first time aku rasa nak buat lukisan karikatur ni. Tertarik sebab tengok hasilnya yang cantik. Walaupun hasil muka tak sama..tapi boleh lah kan..untuk saje suka-suka..Lagipun,harganya tak lah mahal mana pun. RM15 saje..

Jom tengok apa hasilnya..hehehe


Ini lukisan untuk sorang student lelaki dari KISAS KLANG. Tergelak besar aku, bila dia malu-malu..Dia gunakan gambar passport awek dia untuk combine kan dengan gambar dia..Dah la tu, OLAY ni siap lukis simbol LOVE lagi kat nama diorang..Lagi tambah malu dia..


 OLAY tengah lukis karikatur aku..Selamba je dia lukis..Relax jer.


Gambar yang ni my sister yang punya.. Lebar nya muka hang...hehehe. Sebenarnya dia kurus je.


Hahaha..kelakar kan? Tak serupa langsung..Tapi sebabkan karikatur punya lukisan..so ok la.. Gelak sesorang tengok gambar ni.


Ada yang berminat nak lukisan karikatur ni? Apa lagi..jomlah ke PESTA BUKU PWTC. Hanya dengan melukis saje..OLAY boleh memperolehi pendapatan yang memberansangkan. Itulah pepatah melayu.. "Hendak seribu daya, tak nak seribu dalih". Betul tak?

/bye


4 idea dari anda:

rara pinkmafia said...

hmmm nk melukis gak lah. heee~

hanani0210 said...

@rara pinkmafia
jom jom kita melukis..dapat RM500 sehari pun ok gak. :)

a n a s t a s y e a said...

Memang berbakat la Olay tu ! cantik dan kreatif lukisannya :D

anastasyea's latest post .. #Maxis10 - Download Angry Bird via PC dari Android Market

hanani0210 said...

@a n a s t a s y e a
aah,memang berbakat. Hasilnya tidak mengecewakan.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...