Nuffnang Ads

Thursday, April 14, 2011

Pengalaman pertama buatku..Seram...

Hi,/hihi
Hari ni, pengalaman yang tak dapat nak lupakan. First time aku berhentikan kereta tepi highway LEKAS sebanyak 3 kali.. Memang gelap betul suasana masa tuu..takut-takut pun, aku berhenti dan turun juga dari kereta nak pastikan kereta aku ok atau tak.. Cuak betul sebab first time masa drive ada bunyi gedeguk gedeguk gedeguk..makin aku tambahkan kelajuan..makin laju pula bunyinya. Sape tak takut? Huhuhuhu nasib bukan tayar pancit. Kalau tak lagi haru aku kat highway pepagi buta tu.. (Ni lah salah satu sebab aku minta tukar)..


Nasib lah, bukan tayar pancit atau apa-apa yang teruk. Tak pasal-pasal pula kena call towing car ni. Inilah gara-gara semalam hujan lebat yang membuatkan air naik sikit. Aduhhh rerupanya skru pada bumper kereta depan tertanggal. Mungkin masa meredah air yang tinggi sikit semalam ni..Jadi, bila drive getah tu bergesel dengan tayar dan kluarkan bunyi yang menakutkan aku.  Masa drive tu, buat panggilan ke sekolah..bagitahu mungkin lambat sikit sampai.. Yer la, cuba bayangkan bawa dengan kelajuan 40km/jam je.. Tak pernah aku bawa slow macam ni..

Dalam slow-slow macam kura-kura tu, sampai gak kat sekolah. Itupun dah 7.15 pagi.. Kalau 7.20 sampai, alamatnya merah ler.. Nak suruh orang buat, mana boleh..tak kan nak poskan ibu jari tangan aku ni pulak kan..(Tak de pakai sistem punch card..Guna sistem ibu jari skang ni).


Alhamdulillah selamat.. Pukul 10.30 tadi. tukar kereta.. Kereta aku pergi hantar ke bengkel Perodua untuk diletakkan balik skru yang tertanggal.. So, petang ni balik drive Vios ler.. Kereta kesayangan aku tu dah dibaiki dan ok dah..

Aku ni memang takut sikit bab-bab kereta kuarkan bunyi-bunyi ni..Serammm... Korang pernah tak drive sesorang jadi macam-macam?Tayar pancit ke atau apa-apa je lah?

/bye


10 idea dari anda:

linziana said...

Mintak simpang jejauh ...huhu.me berualang alik dari kl ke nilai..nilai-kl hari hari...memang mintak dihjauhkanla benda ini terjadik.hehehehe.

kalu jadi..bukan je peluh jantan..peluh betina pun keluar sekali.maklumla en suami jauh nun di perlis.mahu me meraung tepi highway.huhu

ckg.fidah said...

huhu.nak2 pompuan bwk kete sorg2..

rara pinkmafia said...

tu lah risiko2 yg paling benci utk dihidapi kan.i pon bile ada bunyi pelik2 kat kete mst dh cuak dh.haih~

nabilah_2908 said...

sama lah dgn sy...sy pun risau kalau2 tgh drive keluar bunyi2 yg tak tau dtg dr mana...

masa mula2 guna kereta dulu...tayar tu tk pernh di pump...buatkan rim dgn tayar bergeser...ha...kuat betul bunyi nya..panik sy kejap... ;)

jom ke APA KATA HATI pulak ;
BLOGGING...SAMPAI BILA??

Nur Hanani said...

@linziana
oh ye ke? u ulang alik kl-nilai? i pulak dari salak tinggi ke senawang..lalu LEKAS..wah, bolehlah jumpa nanti..Jumpa atas jalan :)

Nur Hanani said...

@ckg.fidah
Aah memang..orang laki kata relax laaa..tak de apa.Tapi kita ni takutkan.. :)

Nur Hanani said...

@rara pinkmafia
Itulah..kekadang macam fobia plak dengan bunyi-bunyian ni.. :)

Nur Hanani said...

@nabilah_2908
Hahaha masing-masing ada pengalaman sendiri kan drive kereta ni.. At least kita tau la apa nak buat kalo emergency.. :)

Bella Enveeus said...

Pernah tayar pancit sebab ada org bongok buang spanner bengkok atas jalan.. Berlubang tayar i.. huhu.. Dah la bunyi cam benda meletup.. Nasib baik berlaku tengahhari n dekat dgn bengkel.. Drive la 25km/h ke bengkel.. Kalau laju2 sgt takut rim bengkok lak.. Tak pasal2 kena RM250. Menakutkan jugak la kejap. Igtkan apa benda yg meletup..

Nur Hanani said...

@Bella Enveeus
hehehe bella..org bongok ek?memang pun.ada ke patut buang benda-benda cam tu atas jalan..buat naya orang je.. nasib u pandai control kereta..kalau tak, boleh terbabas kalo drive laju. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...