Nuffnang Ads

Monday, April 18, 2011

Peniaga satay dengan anaknya..

Hi,/hihi

Gambar dari En. Google

Satay ni menyelerakan betul..Lagi lapar aku dibuatnya.. Kali ni aku nak story pasal peniaga satay dengan anak perempuannya..

Semalam, masa aku balik dari kampung, terus singgah ke kedai mamak pekena teh tarik dengan mee goreng mamak. Masa tengah nak tunggu order tu, terlihatlah akan gelagat anak dengan bapa yang berniaga satay..Kesian aku tengok dekat anak perempuan dia. Pandai, dan boleh harap untuk tolong bapa dia berniaga.. Kanak-kanak lain, tengah tengok TV..suka ria..dia kat sini tolong bapa dia.



Masa aku snap ni, dia tengah sibuk susun satay dengan kuah kacang nak bagi kat pelanggan. Yang paling aku kesiankan tu, masa seorang pakcik ni bayar guna duit RM50. Tak de duit kecil nak bagi bakinya. Bapaknya tengah kipas satay.. disuruhnya anak dia tukarkan duit tu..Tapi tak dapat. Yer lah, berulang alik dia bagitau bapak dia..Alih-alih bapa dia  kata, haa jaga satay ni. Kalau hangus, siap kau.. Budak tu pun, macam-macam takut je.. Sian plak aku lihatkan..

Masa tu juga aku teringat pada anak buah aku yang perempuan tu..Beruntung dia punya mak ngan ayah yang bekerja dan tak memerlukan keringat anak untuk membantu mendapatkan rezeki.. Anak-anak zaman sekarang ni, kadang-kadang kena diberitahu atau dijelaskan akan kesenangan dan kesusahan hidup. Jangan diberikan kemewahan sangat.. Biar anak-anak ni tahu erti kesusahan juga.. Tak de lah nanti bila susah sikit, dah mengalah.. 

Hidup ini umpama roda..kadang-kadang diatas, adakalanya dibawah.. Betul kan?

/bye


12 idea dari anda:

rara pinkmafia said...

hmm siannya.tu lah.budak2 mst lah dididik awal2.kalau x mst tak faham erti hidup.

Kancilbiru said...

jawab kat sini:

kat nuffnang tak payah tukar, cumanya nanti kalau blog dipadam, earning nuffnang tak dapat ler..hehehe

Dekcik said...

sepatutnye anak 2 kene bg didikan, walupun kte kene tlong family.tpi pelajaran mesti kne pntingkan dlu..

ckg.fidah said...

yela dekcik tapi mgkin kna tolong bersebab dan waktu malam kan. mustahil dia x sekolah kan ank dia.

leyzajamil said...

anak yang kuat iman mesti bersabar & berazam nak ubah kehidupan keluarga jadi senang, anak yang tak kuat iman dan tak kuat semangat terus tak pikir panjang lari dari rumah.

mungelily said...

tetiber rase tersentuh bc entry ni...
sy dpt bygkan..
budak sebaya mcm tu selalu hanya bermain2 n bersuka ria dgn kawan2nya..
tp tidak bg dia..tlg bapak dia lg meniaga...
moga awk jadi ank yg berjaya syg...

Nur Hanani said...

@rara pinkmafia
tu lah..sian dia.

Nur Hanani said...

@Dekcik
budak tu g sekolah..Cuma tolong waktu malam je kot. Tapi penat la juga dia kan. Ini yang buatkan kadang-kadang dalam kelas tertido..sebab penat. :)

Nur Hanani said...

@leyzajamil
semua yang terjadi mesti ada sebab kan. Harapnya, dia akan lagi berazam nak belajar dan ubah keluarga dia.. :)

Nur Hanani said...

@mungelily
yer betul tu..saya setuju :)

@e_da said...

kesiannya..sedih plak tgk budak tu...

liz said...

biasanya budak macam ni bila dah besar boleh berdikari..kalau ada masalah duit ligat je otak dia fikir pasal niaga..

jangan memain..jual sate kadang2 lagi banyak masyuk dari makan gaji..tapi tempat jual kena strategik la..tmpt ramai orang..kalau kat pasar malam lagi bagus..

org jual sate dekat rumah saya tengok masa niaga bawak van buruk je..sekali tengok rumah..uishh banglo + merc + kete lain berderet depan rumah..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...