Nuffnang Ads

Tuesday, April 26, 2011

Pesta Buku PWTC 2011..Puas hati, berbaloi-baloi..

Hi,/hihi
Sabtu lepas ke PWTC untuk ke pesta buku. Seronok sangat..Apa yang dihajati, semuanya dapat. Bertolak jam 8.30 pagi dari Bangi dan jalan tak sesak macam selalu. Pagi-pagi hari minggu kan ramai lagi yang berehat kat rumah..jadi,sampai kat PWTC jam 9.30 pagi..Banyak kedai yang tak buka lagi. Yer la..pesta buku buka jam 10 pagi. Dah ramai yang menunggu nak masuk dalam hall..


Peta booth yang ada diletakkan kat foyer aras bawah sekali untuk panduan..


Sampai PWTC jam 9.30 pagi..banyak booth yang tak buka lagi dan ada yang tengah kemas-kemas barang..Ada juga yang baru nak sarapan.. Awal ke? Tak de lah..Ramai yang dah sampai kat sini..Berderet-deret tunggu depan pintu hall nak masuk..




Siap ada kaunter SOX CELCOM lagi kat situ. Tapi yang gambar atas ni bukan kaunter eh. Ni pentas utama..ada program SOX CELCOM rasanya..Warna orange..warna yang paling menyerlah kat situ.. hehehe..yang amik pakej ni pun remaja lah kan..ramai gak lah..


Beratur depan pintu hall nak masuk .. Ramai juga. Ni kat aras 2..


Majalah Solusi yang keluaran terdahulu pun ada gak. Murah lak tu. RM7 saje.. Ok sangat. Majalah Solusi ni bagus untuk bacaan muslim dan muslimah..Harga asal adalah RM15. Kalau tak silap lah..


Buku A Doctor In The House dijual dengan less 10%. So dapatlah RM90. Kalau tak, harganya RM100. Nasib hari tu tak beli..Kat Pesta Buku ni, dijual dengan harga RM90 sahaja. Semua gerai jual harga yang sama. Kalau datang hari Sabtu, mesti dapat jumpa Dr Mahathir ni. Minta sign autograf ke..




Ini pula kat gerai MPH..buku ensiklopedia untuk kanak-kanak. Ok sangat..harganya RM39.90 dan ada diskaun 10% lagi..


Antara buku yang dibeli..Semuanya ada less tau..ada yang dapat 10% dengan 20%..Ok la tu. Kalau nak pergi kedai buku pun,tak semuanya ada kan..


Buku ni untuk anak buah aku, Ihsan..anak akak aku. Dia tak pergi..dia ada rombongan dengan sekolah dia. So, pilihlah yang mana sesuai. Dia suka baca buku-buku macam ni. Yang buku warna biru So Cool tu sangat bagus. Siap ada soalan untuk setiap bab..in English laa.. Dia balik sekolah je..dah tengok dan jawab soalan dalam tu..


Novel ni pula, ada less 20%..Rugi kalau tak beli..Berbaloi-baloi..Mana nak dapat harga runtuh macam  ni kat kedai buku? Harga satu buku tu pun dalam RM35-RM29..So,bila ada less tu,memang murah sangat dah tuu..Sape yang kaki novel..memang patut pergi pesta buku ni.


Yang ni pun,beli lah..untuk panduan pemakanan dan kesihatan juga. Tak delah beli novel je..untuk kesihatan pun kena lah baca juga..Bagus buku ni..Benda yang banyak tak tahu,boleh tahu lepas baca buku ni dan akan buatkan diri aku ni jadi takut la pula. Semua benda tak bagus makan. Huhuhu..


Yang ni pula buku untuk rujukan pembelajaran dalam kelas aku. Murah sangat lah..Yang buku paling tebal SPM Pendidikan Seni Visual tu,harganya cuma RM5 saje..Masa nak ambil tu,tanya banyak kali..Budak-budak RMC kat situ siap borong buku-buku ni..Ada juga buku motivasi aku beli. Ni pun murah lah..Boleh kata semuanya murah dan sangat puas hati. Apa yang dalam senarai...semuanya dapat beli. Suka suka..


Bila pergi pesta buku, penggunaan beg plastik memanglah banyak kan..Tapi kali ni, belian dengan harga sekian sekian..akan dapat paper bag ataupun beg kain tu..So, jadinya banyaklah yang dapat.. Suka sangat. Bertambah lagi koleksi paper bag aku..


Dan lastly, sememangnyalah akan dapat cenderahati kan.. Paling banyak dapat penanda buku lah..Ada juga pen, buku nota..Macam-macam fesyen ada..

Apa tunggu lagi?Sape yang tak sempat nak pergi..Jom lah pakat pergi ramai-ramai.. Best tau.. Kita ni kena lah tambahkan ilmu pengetahuan melalui pembacaan pada diri dan anak-anak kita.. Ada masa lagi..Pesta Buku PWTC ni akan tamat pada 1 Mei 2011..Masih ada masa  lagi..Gaji pun dah masuk kan.. Moh ler kita..

/bye



14 idea dari anda:

@e_da said...

best kan.. hari ni mau pegi jugak..

aynadys said...

wah menarik.minggu ni ade lagi kan?

rara pinkmafia said...

alaaaaa nk g,tp minggu ni blk kg lak.xsmpt gak nmpkya....

hanani0210 said...

@@e_da
memang best..kalau dekat boleh pergi. Tutup jam 10 malam.. sempat lagi :)

hanani0210 said...

@aynadys
menarik tau.Sape yang kaki novel..wajib pergi. :) minggu ni ada lagi.. :)

hanani0210 said...

@rara pinkmafia
Hmm..kalau nak pergi..kena pergi waktu bekerja la..dia abis 1 mei.. :)

Khuzrin Kamarudin said...

jauh sangat ni.. jeles... :(

hanani0210 said...

@Khuzrin Kamarudin
jangan jeles..saya pun jauh gak.hari minggu je dapat pergi. :)

kathy jem said...

Mak aii bnyk yer borong beli buku.. =)

Bella Enveeus said...

i was just wondering, dia ada jual novel english tak?

hanani0210 said...

@kathy jem
Apa salahnya borong buku..asyik shopping je..sesekali memborong untuk tambah ilmu pula.. :)Saya memang suka membaca.. :)

KiD said...

huhuh.. dah lama tak gi pwtc.. dulu jadi rumah kedua.. huk huk huk

hanani0210 said...

@KiD
wah rumah kedua kid? Apa salahnya pegi lagi sekali.. :)

hanani0210 said...

@Bella Enveeus
Bella..of cos lah ada novel english..dah nama pesta buku.Ada juga yang jual lambak n sale..Memang banyak tau..U kena pergi tengok. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...