Nuffnang Ads

Friday, April 8, 2011

Rawat penyakit dengan belimbing buluh..

Hi,/hihi


Korang makan tak belimbing buluh? Ini kalau buat masak lomak cara orang nogori sembilan masak ni..memang perhh..sedap tak ingat..Ada rasa masam-masam pedas gituuu.. Tapi disebaliknya, korang tau tak ada banyak gak penyakit yang boleh dirawat hanya dengan belimbing buluh ni? Kalau kat rumah atok aku..memang banyak giler lah..sampai tak termakan..

Ok, belimbing buluh ni kaya dengan flavon dan asam kalium-okolat yang membuatkan ianya bermanfaat sebagai penyembuh aneka penyakit..Apa penyakit yang boleh dirawat dengannya? Haaa apa lagi kalau bukan penyakit beguk, batuk dan sakit gigi..Tak pernah dengar lagi kan? Lepas ni bolehlah cuba ye..Aku pun tak try lagi ni. Baru gak tahu sama macam korang.. :)

Caranya macamana? 

Penyakit beguk: 
1.Ambil sepuluh biji buah belimbing buluh
2.Sedikit daunnya
3.Empat ulas bawang merah
Cuci kesemuanya bersih-bersih dan tumbuk hingga lumat dan tampalkan pada tempat yang terkena beguk ni.. Selalunya kita akan letak nila kan kalo kena beguk. Abis biru-biru jadinya..Apa kata try pula cara ni..

Penyakit batuk :
1.Segenggam daun dan bunga buah belimbing batu.
2.Dua biji buah belimbing.
3.Dua gelas air
Rebus kesemua bahan diatas sehingga airnya tinggal setengah. Tapis dan minum sebanyak dua kali sehari. Selain dari guna air asam jawa, boleh lah cuba cara ini pula untuk rawat penyakit batuk..

Sakit gigi :
Lima biji buah belimbing buluh yang telah dicuci bersih , dikunyah dengan sedikit garam.

Selain daripada itu, buah belimbing  batu ini juga baik untuk rawat penyakit diabetes (kencing manis). Haaa yang ni baru aku tau, kalau ada jerawat..letakkan buah belimbing yang dah ditumbuk tu kat tempat jerawat..insyaAllah akan kecut.. 

Banyak betul khasiat yang diberi oleh Allah SWT terhadap semua ciptaanNya..Kita je yang tak tahu..Apa lagi, boleh lah cuba lepas ni..Buah belimbing ni pun senang nak dapat. Lagi-lagi kalau kat kampung kan..
Korang pernah tahu tak pasal khasiat buah belimbing batu ni? Pernah ke cuba sebelum ni?

/bye

6 idea dari anda:

ckg.fidah said...

pkok belimbing ni hanya jumpa di kampung...orang bandar x kenal kot

Nur Hanani said...

@ckg.fidah
oh ye ke, ada yang tak kenal..memang bandar lah kalo tak tau..tak pe, dah letak gambo..mesti dapat tau gak.. :)

Bella Enveeus said...

oh bagus tu.. boleh untuk penyakit kencing manis juga.. kadang kala perubatan sebegini lebih elok dari memakan ubat2an yg man-made..

Nur Hanani said...

@Bella Enveeus
Aah, memang bagus guna tradisional ni. :)

Ietams said...

belimbing ni sedap..
makan gitu aje pun best gak.. cicah dgn sambal kicap. aduss sedapnya

Nur Hanani said...

ietams> hahaha semuanya sodap. :) pelbagai guna lak tu. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...