Nuffnang Ads

Monday, April 4, 2011

Ruangan "Cantik dan Sihat bersama Dr. Rushmini Maris Ismail"..

Hi,/hihi
Tajuk : Polikarbonat  Rosakkan Hormon
 

Setiap hari Ahad, akhbar Mingguan Malaysia akan ada satu ruangan cantik dan sihat yang dikelolakan oleh Dr. Rushmini Maris Ismail. Memang bestlah ruangan ni. Banyak maklumat mengenai kesihatan ada disini. Untuk minggu ini pula, tajuk Polikarbonat  Rosakkan Hormon..disiarkan.

Ini disebabkan baru-baru ini Kementerian Kesihatan telah mengharamkan penggunaan bahan polikarbonat untuk menyimpan susu mahupun sebagai botol susu. Pengharaman ini kerana polikarbonat dikenalpasti boleh merosakkan hormon manusia.

Apa itu hormon?
Hormon merupakan bahan semulajadi yang terhasil di seluruh tubuh kita. Setiap hormon mempunyai fungsi yang unik dan tersendiri.Apabila satu hormon rosak atau berkurangan, maka tubuh akan bergantung pada hormon lain pula senagai bahan bagi mendapatkan tenaga. Ini yang menjadikan seseorang itu mempunyai personaliti dan ciri-ciri tenaga yang pelbagai bergantung pada hormon yang dominan.

Kerosakan hormon akan jelas kelihatan sewaktu alam dewasa dan jarang dilihat sewaktu kecil. Bayi yang diserang kerosakan hormon akan membesar menjadi orang dewasa yang obes ataupun mempunyai masalah kesihatan.

Sekarang ni banyak penggunaan plastik diamalkan. Kalau nak beli barang, plastik digunakan untuk membungkus.Jadinya, eloklah ditukarkan penggunaan plastik dan bahan polikarbonat ni. Bolehlah menggunakan TUPPERWARE.. Produk atau barang Tupperware ni selamat. Walaupun harganya mahal, tetapi ianya berbaloi. Nak dapatkan Tupperware, bolehlah contact saya.. Hahaha (Serius ni)

Korang setuju tak Kerajaan haramkan produk Polikarbonat ni? Nak dapatkan produk Tupperware? Bolehlah hubungi saya..
/bye





4 idea dari anda:

josrevalution said...

salam..iye..aku sokong betul..bab pemakaian bahan plastik nie tuk bungkus mknn tidak baek untuk keshtan...tapi mc rmai lagi yg x ambil endah..maen terpah aje..hhuhuh...pa-pe pun folo dulu lah..folo me back yer...opsss..kalo nak aku bloglistkan blog u at my blog pls bloglist aku dulu yer..kalo sudi...tq..huhuh...video clip nie lucu ke kejam??

Anitafasha said...

Tak silap ari tu kat berita TV 3 ada keluar pasal ni. Polikarbonat tu banyak digunakan kat botol bayi.

Nur Hanani said...

@josrevalution
Ok,TQ sebab follow blog ni. Nanti i ke blog u k.. :)

Nur Hanani said...

@Anitafasha
Aah, banyak digunakan untuk botol bayi..tapi barang-barang lain pun ada gak. Contoh botol minuman tu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...