Nuffnang Ads

Wednesday, April 20, 2011

Rumah mak cik kena pecah masuk..

Hi, Assalamualaikum. /hihi

Rumah mak cik aku ni dah 4 kali kena pecah masuk. Masa ni mak cik aku tido kat rumah aku, sebab kenduri hari tu.. Balik je rumah dia..tengok macam ada yang lain. Sekali, dia masuk rumah, terperanjat dia tengok berselerak dari luar ruang tamu sampai dalam bilik. Bersepah-sepah macam kena serang dengan garuda..


Jom tengok gambar. Terer gila pencuri ni buat kerja. Orang tak de kat rumah...seronok la dia berpesta.. Siap pakai alatan yang macam api tu lagi nak buka grill besi ni.. Geram sungguh aku..


Lubang yang dia buat muat-muat je untuk badan dia masuk. Sanggup tu..macam lubang tikus je ni.. Tapi tingkap rumah ni tahu pula dia tutup..Cantik pula tu potongan yang dibuat. Memang dah biasa buat kerja pecah rumah orang la ni..


Berselerak semuanya. Setiap inchi kabinet dengan almari semuanya dipunggah.. Selagi tak jumpa duit atau barang kemas atau apa-apa saje yang mendatangkan duit..selagi tu la dia geledah. Ditonggengnya laci-laci semua..




Habis tilam pun diangkatnya. Ingat orang sekarang ni simpan duit bawah tilam ke? simpan duit bawah baju  ke? Mana ada la skang ni. Kalau ada pun yang simpan cara macam tu, tak ramai dah skang ni..




Dalam beg-beg yang terabur ni la dia jumpa duit dan nasib baik mak cik aku tergerak nak bawa barang kemas dia. Tapi ada satu buku bank Tabung Haji yang tak jumpa-jumpa lagi. Takut juga kan. Dia tengok duit banyak..nanti dia aim mak cik aku lagi..takut sekarang ni orang main pukau-pukau je.. Nasib passport tak kena amik. Aku ajak mak cik aku buat report polis..dia dah malas dah. Sebab dah 4 kali kena. Buat report..tapi macam tu juga.. Yang kelakar tu, ada ke pencuri ni sanggup curi tong gas..Aduhhh sekarang ni kan gas mahal kan..Pergi jual la tuuu..

Kalau aku lah, memang fobia habis laa..takut-takut je duduk rumah sorang-sorang macam mak cik aku ni..

Pendapat korang, apa ye yang patut buat kalau jadi kes macam ni?
/bye


0 idea dari anda:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...