Nuffnang Ads

Saturday, April 2, 2011

Smart Tag..Touch n Go..

Hi,/hihi
Smart Tag..Korang guna tak? Ada tak pengalaman pahit guna Smart Tag?Hmm sepanjang setahun lebih aku gunakannya..ada 2 pengalaman yang tak best lah.. Ingatkan nak cepatlah guna ni..tapi bila dia buat hal..yang cepat jadi lambat laaa...

Pertamanya, smart tag ni kadang-kadang cam tak smart gak. Apesal? Sebabnya..kan kita dah lepas palang, maknanya sistem dan detect lah kan. Tapi bila sampai destinasinya..boleh lak dia kata no service detect.. Aduuhhh payah betul lah..Dah lah pepagi kita nak cepat...Alih-alih kita lak yang kena surcaj. Dia akan caj kita dengan jarak yang paling jauh..Aku dari Nilai nak ke Senawang hanya RM4.10, tapi dia caj dan tolak duit aku sebanyak RM56.80.. Banyak giler..hmmm.. Nak buat report, ambil masa lama pula. Karang merah lak punch card aku. Balik dari kerja baru buat report dan kena tunggu sebulan untuk dia pulangkan balik duit aku tu dengan cara bagi cek..Hmmm


Dah lah tu, semalam pun aku alami benda yang sama..Aku tekan button Help untuk cakap dengan pekerjanya. Dia suruh undur kereta..tak jalan gak..no service detect...haruuuu..Dia suh guna Touch n Go pula.. Aduuhhh nasib baik lepas. Kalau tak, kena surcaj lagi la kad aku.. Bukan sikit-sikit duit dalam kad Touch n Go tu..Ratus-ratus..(banyak bagi aku lah) .

Mulalah terfikir dalam kepala aku malas nak guna Smart Tag ni..Lebih selamat guna Touch n Go..Tapi aku malaslah nak stop, buka tingkap, tutup balik..kalau Smart Tag..senang. Tapi bila dah terkena 2 kali ni..Macam-macam lak fikir. 

Korang ada tak alami masalah cam aku ni? Guna ke Smart Tag?
/bye



7 idea dari anda:

Sam Posmen said...

apsal kamu lekat dekat hujung cermin. mungkin salah satu penyebab sistem tak detect.

sensor yang ada dekat lorong plaza selalunya akan berbentuk 'v'. maksudnya isyarat yang dihantar daripada besar seterusnya memfokuskan kepada sasarannya (smartag). susah nak terang. hehe

lain kali cuba letak di tengah2 cermin kereta tu seperti di syorkan. kalau kad tak detect kena penalty lagi susah. nak menunggu berbulan-bulan untuk refund balik :)

Bella Enveeus said...

I tak pernah pula mengalami masalah sebegini. I dah guna Smart Tag for the past 5 years.. Actually, I agree juga dengan Sam Posmen tu. Smart Tag guna infrared so kedudukan Smart Tag tu adalah penting supaya boleh membaca isyarat dengan clear. Jangan letak terlalu tinggi atau dekat dengan dark tint. And, jangan letak terbalik as well. :)

Sam Posmen said...

selalu gak terlupa. letak terbalik. post barrier tak naik. lastly orang belakang dok hon je. haha

Nur Hanani said...

@Sam Posmen
saya dah buat ujikaji tadi..bukan letak cam tu sebab yang membuatkan tak detect..Sebabnya..saya bawak laju laa...Bila saya slow skit, memang ok. Tak de masalah..Memang saya akui, saya drive laju..nak brek pun..kadang tak dan..lain kali, slow2 je bila nak dekat pondok tol. Cara letak terbalik pun ok je.. Yang penting, masa lalu tu, kena slow kan kereta..TQ bagi opinion yer.. :)

saya_arief said...

xpena gune smart tag, tapi tengok orang lain pakai maacam syokk je.

Nur Hanani said...

@saya_arief
cubalah guna..senang dan memang la syok.. :)

mamaafzal said...

smart tag ni memang le selalu sgt buat hal.rasanya dia punya detector tu kot yg dah uzur...:o)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...