Nuffnang Ads

Monday, May 2, 2011

All about Royal wedding : Putera William dan Kate Middleton

Hi,/hihi
Walaupun perkahwinan diraja ni telah selesai Jumaat yang lepas..tapi aku rasa nak blogkan juga mengenai perkahwinan ini. Dari bajunya, kek perkahwinan semuanya cantik. Less is more beautiful..




Jom tengok perbezaan gaun pengantin antara Puteri Diana dengan Kate Middleton. Nampak nya Kate suka yang simple tapi sangat cantik..




Lambaian dari pengantin diraja.. Menantu dan anak menantu menaiki Royal Carriage.






Gaun warna putih gading dari pereka Sarah Burton, Alexander McQueen yang sangat cantik. Gaun tersebut mempunyai lengan yang  panjang dibuat dari renda dengan korset satin warna gading.

Bahagian gaunnya dibuat dari satin dan kain sutera warna putih, menyerupai bunga yang sedang mekar, dengan lengkungan dan lipatan dengan ukuran panjang 2.7 meter sahaja jika  hendak dibandingkan dengan panjang gaun Puteri Diana iaitu 7.6 meter.

Bahagian ekor gaun dan korset Kate dihiasi dengan renda bunga. Rekaan di bahagian ini dimasukkan  dengan motif mawar, widuri, dan dua jenis bunga lainnya, menjadikannya empat bunga yang menjadi lambang Inggeris. 

Para pekerja dari Royal School of Needlework turut membantu pembuatan gaun itu. Gaun pengantin Kate Middelton ini turut direnda dengan berhati-hati. Mereka mencuci tangan setiap 30 minit agar renda dan benang tetap bersih dan jarumnya diganti setiap tiga jam agar tetap tajam.

Maklumat mengenai gaun pengantin Kate Middleton dari SINI.






Pengiring Royal Wedding yang sangat cute dan cantik.




Kek Royal Wedding setinggi 8 tingkat yang penuh dengan 900 kuntuman hiasan bunga yang sangat cantik dibuat oleh Fiona Cairns (berusia 56 tahun) yang mana keknya dijual di gedung Harrods, Selfridges dan Waitrose. 

Maklumat dari SINI.


Kek coklat yang mengkagumkan..






Gambar rasmi dari Istana Buckhingham untuk perkahwinan Duke and Duches of Cambridge.
Gambar dari SINI


Sangat ekslusif perkahwinan diraja ini.Inilah perkahwinan terunggul abad ini. Sama cantik, sama padan. Harapnya perkahwinan ini akan kekal hingga hayat..

/bye




0 idea dari anda:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...