Nuffnang Ads

Thursday, May 12, 2011

Bismillah Sebagai Prinsip Hidup

Hi,/hihi
Assalamualaikum,



Begitu indah tulisan khat ayat al-qur'an BISMILLAHIR RAHMAANIR RAHIM

"BISMILLAHIR RAHMAANIR RAHIM" yang termaktub dalam surah al-Fatihah ayat 1 biasa disebut lafaz Bismillah. Ayat ini mengajak kita agar menjadikan Allah S.W.T sebagai pusat, centering point, paradigma, fokus diluar batas kewajaran dan visi kita.

Allah S.W.T menyeru hamba-Nya membaca Bismillah ketika solat. Dengan demikian, kita membacanya 17 kali dalam sehari. Dengan itu, seharusnya kita dapat melahirkan kesedaran tentang pentingnya Allah S.W.T bagi kehidupan.

Dengan membaca Bismillah, bererti kita menyakini bahawa segala sesuatu yang kita lakukan harus bersumber dari Allah S.W.T. Dia lah yang menggerakkan tangan kita untuk menolong orang lain, kaki kita untuk membantu kaum kafir dan miskin, serta lisan kita untuk menghiburkan para hamba-Nya yang sedang dirundung duka.

Allah S.W.T tidak hanya dijadikan sebagai sumber tindakan kita, tetapi Dia juga bersama kita ketika melakukan sesuatu. Dia tidak pernah meninggalkan kita. Oleh itu, kita tidak perlu bimbang dengan nasib kita keesokan harinya. Sesungguhnya Allah S.W.T akan sentiasa memudahkan urusan kita, asalkan kita pantang menyerah dan terus menerus berusaha.

Allah S.W.T merupakan tujuan dari setiap aktiviti yang kita lakukan. Dia lah muara hidup kita, kampung halaman sejati bagi umat manusia. Suatu hari nanti, kita akan kembali kepada-Nya. Jadi, apa tunggu lagi? Mulai sekarang jadikanlah Allah S.W.T sebagai prinsip hidup kita. Ucapkanlah Bismillah, kemudian fahamkanlah maknanya.

**Petikan rencana ini diambil setelah aku membaca buku POTENSI SQ, EQ, & IQ DISEBALIK AYAT-AYAT AL-FATIHAH.

Marilah kita amalkan membaca BISMILLAHIR RAHMAANIR RAHIM sebelum melakukan sesuatu perkara..Perkara yang baik, eloklah diamalkan..InsyaAllah..

/bye






2 idea dari anda:

bunga said...

dimulakan dengan bismilah disudahi dengan alhamdulillah..

hanani said...

@bunga
yer betul tu.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...