Nuffnang Ads

Saturday, May 21, 2011

INSPIRASI : Blogger Ibu dan Anak.. Hanis Zalikha dan Nani Rostam..

Baca akhbar Berita Harian online tadi, membuatkan aku tertarik nak baca perihal kisah blogger ibu dan anak.. Ye la, mana taknya..tetiba ternampak gambar Hanis Zalikha dengan emaknya Karshinah Rostam atau lebih dikenali dengan nama Nani Rostam yang kelihatan seperti kakaknya sahaja. Rupanya, umur maknya dah 45 tahun. Tapi masih lagi maintain voguenya..Dah ada anak dara yang cun pula tu..

Gambar dari SINI

Gambar dari akaun Twitter Hanis

Blog Hanis Zalikha iaitu inibelogsaya memang dah terkenal satu Malaysia rasanya..Nama Hanis Zalikha pun terbukti merupakan carian yang terbanyak pada tahun 2010 di carian google. Kebijaksanaan Hanis Zalikha dalam alam berblogging ni telah memberi idea kepada ibunya untuk meletakkan nama deskripsi blog ibunya dengan nama "Model 1980-an". Siapa yang pernah baca blog ibunya, memang akan dapat melihat betapa terernya mak Hanis Zalikha ni memasak dan berkarya..Jiwang juga maknya Hanis Zalikha ni.

Suka sangat baca tulisan Hanis Zalikha dalam entri sempena Hari Ibu.. Seronok sangat tengok telatah ibu dan anak yang seperti kakak dan adik ni.. Serius,memang aku baca banyak kali juga entri My Mother, My BFF. Memang Hanis Zalikha mempunyai kelebihan dalam penulisan blognya. Memang patutlah follower blognya berpuluh ribu.. Wahh aku nak sampai satu ribu pun ntah zaman bila la nak dapat.. Huhuhuhu...

Banyak job yang Hanis Zalikha dapat dengan hanya berblogging saje. (Macam Redmummy juga la ni..) Baru-baru ini, Hanis Zalikha telah membawa ibunya ke Disneyland Hong Kong untuk tugasan blog.Padanlah sekarang ni ada iklan Disneyland yang ada gambar Hanis Zalikha..Syoknya..Best juga baca entri pasal "Guide to All Things Touristy in Hong Kong" dan juga entri "Why Disneyland Hotels?". Sekurang-kurangnya, sesiapa yang nak ke Hong Kong, adalah panduan sesikit..dan especially pasal makanan Halal disana..

Dengan hanya berblogging, mesti banyak juga income yang Hanis Zalikha dapat kan. Tapi dia tak pernah nak bagitau berapa banyak dia pernah terima.. Low profile je Hanis ni..Nak baca kisah lanjut blogger femes Hanis Zalikha dan ibunya, kliklah kat SINI.




14 idea dari anda:

Zyash said...

pas ne nak ajar mak buat blog la pulak...heheheh

hanani said...

zyash> hahaha,kalo mak leh terima lagi..apasalahnya. Macam akak ni, tak de la.. hehehe :)

a n a s t a s y e a said...

kalau dia tak update new entry.. maknanya dia sibuk la tu.. sbb saya admire cara penulisan dia.

hanani said...

anas> ye,saya pun suka cara penulisan dia tu.. :)

Matjoe said...

she's got the look, plus the brain. good for her

KiD said...

bestnya... good looking..

hanani said...

matjoe> ye,pakej yang lengkap ada pada Hanis..memang bagus untuk dia.. :)

hanani said...

bestkan..anak beranak kuar paper.. :)

Rina AVAIL a.k.a Cik Betty said...

salam..

lama dah x jeguk kedua-dua blog tersebut..jenguk semula hanis zalikha td sbb link yg kamu beri..mmg suwit antri hari ibu dia..

hanani said...

Rina>aah sweet je kan.. :)

hanani said...

Rina>aah sweet je kan.. :)

Coretan anuar said...

Hanis dam ibunya seperti perumpamaan yang mengatakan " Mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi"

Hanis seorang pelajar, model sambilan, pelakon TV sambilan dan seorang blogger berjaya ketika masih muda..

Tahniah Hanis..

Entri Terkini Di Blog Saya:
Bagaimana Untuk Mengundi Blog Pilihan Anda??
Tips Blogging: Semak kelajuan “Loading Page” Blog Anda

hanani said...

anuar>yerlah..betuah hanis zalikha.. pada usia muda sudah kecapi sebahagian kejayaan dalam hidupnya.. congrats hanis.. :)

Mama Adam said...

betul la tu..... kuah tertumpah atas nasi.

bertuah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...