Nuffnang Ads

Thursday, May 26, 2011

Mood Sedih dan Kecewa..MANUSIA MUDAH LUPA..

/shock /XD

Sedihnya..Kenapalah, niat aku tak tertunai? Satu penyeksaan dibuatnya. Kenapalah mereka ni semua tak faham? Tak de hati dan perasaan ke? Yerlah, anda kan orang yang berpangkat..dan kuasa semua pada anda. Tidak mengapa..itu semua didunia. Kalau diSANA nanti, semua umat Nabi Adam adalah sama rata..tidak ada darjat dan kuasa yang membezakan.

Andai ada anak atau saudara anda yang mengalami masalah sepertiku ini,pandai pula mencari kabel dan kaki kaki yang boleh menolong. Aku insan biasa yang tiada talian saudara dengan perdana menteri, menteri, pengarah atau yang seangkatan dengannya tidak kau hiraukan. Tahu tak..kau dah kecewakan aku.. Hanya manis dibibir seperti menanam tebu dipingir tebing.. Aku kau guna-gunakan.. Hmmm nasib apakah ini?

Satu penindasan yang telah kau lakukan. Hidup ini umpama roda..Yer..hari ni kau lakukan pada aku dan rakan-rakan senasib dengan ku.. Mungkin satu hari kelak,ianya akan terkena pada keluarga anda pula..Ingatlah, Langit tidak selalunya cerah.. 

Sekiranya kau ingat janji yang kau taburkan.. Hati kau ada rasa bersalah pada diriku..Ingatlah,kekecewaan hati aku ini. Bukan satu yang mudah untuk dilupakan. Aku ingat sampai bila-bila..Apa yang keluar dari mulut manis yang seperti dihurung semut tu. Cakap bagai nak gah..tapi apa tindakan kau? Kau lupa ke????? 

Jangan buat alasan.. Segala jalan penyelesaian telah aku tunjukkan. Segalanya telah aku laporkan.. Kau ni buta ke? Kau ni tak de hati ke? Memang ketidakpuasan hati aku ni melampau-lampau hingga saat ini.. Kau ingat aku ni apa? Aku ni ada hati kau tau tak....Aku kesini, bukan aku minta..kau yang membuat paksaan bersurat pada ku dengan janji manis kau. Inilah manusia..mudah lupa. Bukan setakat melayu mudah lupa aje..tapi MANUSIA MUDAH LUPA.. Dapat menutup kesusahannya..menyenangkan tengkuknya dengan kepayahan dan kesusahan orang lain.. Ingatlah manusia..

Macamanalah nak redhakan kekecewaan aku ni? Ini kalau pergi shopping mall...mau aku shopping sakan ni. Masa tu jelah, ingatan dan hati ni leka dari berita keciwa ini..

/bye


2 idea dari anda:

Bella Enveeus said...

Oh.. :( Harap u bersabar..

hanani said...

Hmm..memang bersabar je sekarang ni... sedih sangat :(

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...