Nuffnang Ads

Friday, May 27, 2011

Tunaikan Umrah dengan Andalusia Travel & Tours..

/hihi


Semalam, mak, makcik dan sepupuku anak beranak menunaikan umrah dengan pakej Andalusia. Diorang bertolak dar Johor jam 9.45 pagi. Sampai di KLIA jam 12 tengahari..Masa tu, dah ramai dah yang sampai kat sana. Diorang semua gunakan pakej umrah Andalusia. Naik Saudi Airlines dan akan terus ke Makkah..So, kena niat ihram la..Siap pakai kain ihram..

Ok, citer pasal aku nak ke KLIA pula..Bila sampai KLIA..nak cari parking pula. Bila drive sesorang ni..cuak juga. Yerla, tempat yang bukan makanan kita ni..memang cuak la. Masuk parking bangunan B.. Nak senang, parking kat B-2.. Terus sampai kat aras food court KLIA. Tapi sebab kawasan situ memang hot stuff..maka, tak delah kosongnya. Jadinya, takkan le nak tunggu lelama kat situ. My sis dah lama sampai kat KLIA. Dia naik ERL..6 minit je dari Putrajaya. So, turunlah ke aras 1..First thing untuk mengelakkan lupa kat mana parking keter..snap le dulu gambarnya..


Bila tiba kat sana, kena la check in kat Aras 5, M14..Ramai dah yang sampai. Group aku ni antara yang terlewat sikit la..tapi masih sempat lagi..Cuba tengok..kemain banyak lagi beg-begnya..Besar-besar gaban lak tu.


Bila semua urusan dah settle..ada sikit taklimat dari pihak Andalusia..Macam-macam la yang dipesan...siap buat lawak jenaka lagi. Ok la..



Last, sebelum diorang semua masuk dalam dan cek dari pihak kastam..kita bergambar dulu..Ini antara yang pergi dan meneman..Kumpulan ni seramai 10 orang.. Rasanya antara kumpulan yang teramai la..Ada tu yang pergi tunaikan umrah,sesorang je..perempuan lak tu..Jadinya pihak Andalusia siap-siap bagikan mahram..


Doakanlah mereka semua selamat sampai dan tunaikan umrah dengan sebaiknya..Amin..

Untuk melihat pakej umrah , ziarah dan haji dengan Andalusia Travel..jomlah klik SINI.

/bye

2 idea dari anda:

KAMIHIDUP said...

oh, sayu hati bila tengok orang dipanggil ke rumah ALLAH. :)

hanani said...

sayu je masa hantar hari tu..sedih je. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...