Nuffnang Ads

Wednesday, June 29, 2011

Apa keyword hari ni ?

/hihi


Hari ni seharian bercuti dari berblog. Bila semak je blog ni, first aku cek ialah keyword.. Haa..walaupun tak update blog aku hari ni, tapi bilangan pengunjung ke blog aku ni alhmadulillah. Ini yang dinamakan permainan SEO kan..

Carian google yang paling banyak ialah nama Sam Bunkface.. Memang tetiap minggu, ada je nama Sam Bukface akan diterjah masuk di blog aku ni. Dan yang paling best, ada lak yang cari ibu Hanis Zalikha.. Famous nya aunty Nani Rostam ni kan..

Ada juga yang nak semak senarai hitam PDRM.. haaa apa kes lak tu? Ada rasa nama kena senarai hitam ke? Takutttt... Yang lelain tu, ofkoslah ada yang cari cerita pasal tudung Pearl Haya dengan Inner Neck Cover.. Aku harap, apa yang orang dok cari menggunakan google dan terlekat masuk kat blog aku ni, berpuas hatilah kiranya dengan maklumat yang ada ni.. Hehehehe, lain kali, bolehlah baca lagi ye..

/bye



Tuesday, June 28, 2011

Perkara yang tak best ketika di Giant..

/hihi
Perkara yang tak best bila di pasaraya Giant:


1. Tak tahu harga sebenar barang. Keliru..




Gambar dari SINI.


Bila pergi Giant nak membeli barang je, aku rasa payah betul nak tahu harga yang sebenarnya. Kekadang bila dah habis promosi harga murah tu..tak dibetulkan balik harganya.. Buat kan aku ni rasa tertipu la pula. Kadang-kadang nak cepat, kita cuma sempat tengok kat rak je kan..


2. Tak jumpa mesin pengimbas harga.

Gambar dari SINI.

Begitu susah nak mencari alat pengimbas harga ni.. Kalau ada banyak masa tu, tak pelah juga. Masa nak bayar kat kaunter, aku siap tanya lagi..mana mesin pengimbas kat Giant ni? Budak cashier tu cakap ada 2 aje.. satu kat sana, satu kat sini. Hmmm malas lah. tak kuasa aku nak layan..


3. Cashier yang tak cekap nak handle situasi.


Ada sekali tu, aku suruh budak cashier imbaskan harga nak tau sama tak harga dengan kat rak. Sebab kes tak jumpa mesin pengimbas.. Memang beza tau harganya.. Mahal lagi. Nak buat camner..bayar je lah.

Lagi satu, ada kes tu makcik tu nak beli bola mainan tapi tak de tag harga..(kes tak perasan kot) . Boleh disuruhnya makcik tu pergi tukar. Dah la lama nak menunggu. Tak de ke barcode yang boleh discan kat cashier tu?

Ada lagi...ni kes pakcik ni pulak beli barang bukan main penuh troli.. Bila nak bayar guna kad debit je..budak cashier tu tak reti.. Wahhh lama menunggu tu...


P:S/ Kita ni sebagai pengguna memang berhak untuk bersuara. Jangan main ikutkan sangat SALE yang selalu ditayangkan/ dipromosikan. Kekadang tak de sale pun, diorang pandai je kaut untung dengan kaburi mata para pengguna.. Banyak dah kes macam ni berlaku. Harga tak sama dengan kat rak..

Korang pernah tak kena bayar harga yang lain dari harga pada rak barang?

/bye


INTERLOK : Apa kesudahannya? Jadilah novel yang..

/hihi

Apa kesudahannya novel INTERLOK Tingkatan 5 ni? Akhirnya, Cikgulah yang kena buat kerja amal sikit dengan melakukan operasi penampalan sticker pembetulan ayat-ayat tertentu untuk menjaga dan menutup bunyi-bunyi yang tidak enak didengar selepas sekian masa berbalah berkaitan novel INTERLOK ni.


Setiap cikgu kena buat operasi penampalan ni sebanyak 3 buah buku INTERLOK. Rumit juga kerjanya..sebab nak tutup ayatnya yang kecik aje.. nak kena buat bebetul.. Sebanyak 10 mukasurat ada pembetulan dan perlu ditampal dengan yang baru yer.. Kos nak buat sticker ni pun bukannya murah. Hmm hilang dah ayat kesusasteraan melayu ni. Ada cikgu cina sebelah aku cakap, apalah yang nak dibetulkan. Ayat yang ditulis tu memang sejak dari dulu lagi dah digunapakai. Bila diubah-ubah, ayatnya jadi tak sedap.. Betul tau..

Cuba korang baca sendiri ayat yang sempat aku snap ni.. Banyak sangat pembetulannya.. Ayat yang diulang-ulang gak.



Ini adalah sticker untuk ditampal dan ayatnya telah ditukar..


 
Ini pula ayat yang sebenar dari buku INTERLOK yang menggunakan perkataan TUHAN.
Ditukarkan kepada perkataan DEWA.



Ini ayat asal dari buku INTERLOK yang menggunakan perkataan
BERKULIT HITAM dan digantikan dengan perkataan INDIA.



Ini adalah sticker untuk ditampal yang mana ayatnya telah ditukar..



Perkataan TUHAN ditukar dengan DEWA.



Ini juga ayat yang telah ditukar.

Kesimpulannya, perkataan yang ditukar ialah:
  • Berkulit hitam
  • Tuhan
  • Kasta /golongan
Perkataan ni memang selalu digunapakai.. Ntah sebab apalah isu ini diperbesar-besarkan..

P:S/ Entri ini adalah sekadar ingin berkongsi maklumat.

/bye


Monday, June 27, 2011

Minuman Bliss, Nestle dipanggil BILIS.. Baik untuk penghadaman..

/hihi


Baru-baru ni aku balik kampung sebab mak dengan ayah tak berapa sihat..yer lah kan makin meningkat umur.. macam-macam penyakitlah yang datang singgah..

Mak aku sakit bahagian perutnya..ala-ala cam gastrik gitu. Kalau salah makan sikit, mulalah angin hinggap dan perutnya memulas-mulas.. Sakitnya memang sape yang pernah laluinya je yang tahu.. Bila aku dok borak-borak dengan mak, ayah aku pun mencelahlah katanya nanti belikan mak air apa namanya tu.. BILIS, BILIS...yang untuk perut tu.. Wah..penangan iklan memang baiklah. Sampaikan orang tua pun boleh tau..Cuma sebutannya je la yang lain..Nasib baik aku ni cepat tangkap..Aku pun kata lah bukan BILIS..tapi BLISS.. hehehe..

Bila kat kampung, tu faham-faham je lah nak pergi kat pasaraya tak la jauh sangat. Tapi dah petang, malas lak nak ke Giant.. So, pergi yang dekat je lah..kat PETRONAS aje..memang ada jual. Tapi, harganya tak ingat betullah. Dijualnya sebotol tu RM4.50 untu saiz besar tu.. Jadinya aku ambil 2 aje lah.. Rasa strawberi dengan Buah-buahan tropika dan campuran..

Memula aku suh mak aku minum..dia macam takut-takut gak. Tapi lepas dah rasa, memang sedap. Siap cakap macam air carrot susu gitu.. Hehehehe, mula-mula suruh aku bawak balik satu botol. Tapi lepas dah minum..terus aku cakap tak pelah, simpan dalam peti ais je. Nanti mak minum lah.. Dia senyum je..

Apa kesannya pas dia minum? Mak aku kata, perutnya ok dan ada keluar angin gitu.. BLISS ni memang baiklah untuk penghadaman.. TERBAIK.. DISYORKAN BLISS, NESTLE..




Lagi satu yang best ialah Yogurt Tanpa Lemak (Fat Free) Nestle ni.. Memang baiklah.. Aku suka beli yang buah-buahan tropika dan campuran ni. Baik Untuk Penghadaman aku.. Hehehehe. Korang dah cuba?

P:S/ Korang dah sahut cabaran 14 hari NESTLE BLISS? Mak aku dah..hehehe
Baru-baru ni aku ke Giant untuk tambah stok BLISS kat rumah, ada 3 orang chinese aunty tengah belek-belek minuman BLISS NESTLE ni.. Jadinya aku mencelahlah nak ambil 2 botol..aku siap bagitau, yang buah tropika ni sedap.. Dia pun ambil 1 dengan perasa guava. Heheheh..Iklan ni memang main peranan lah pada pembeli..Makcik-makcik pun terpengaruh..

/bye



Sunday, June 26, 2011

Eksklusif pertemuan pertama Jimmy Shanley dengan anaknya Zahrah Shanley..

/hihi



Tadi, aku sempat juga menonton Astro Awani jam 4.30 petang untuk eksklusif pertemuan pertama dengan anaknya yang sangat comel yang diberi nama Zahrah Shanley yang mana nama itu gabungan nama kedua-dua ibunya dan ibu mertuanya. Sangat sweet.

Menurut Jimmy, kelahiran anaknya pada Jumaat, ( 24 Jun 2011) pada jam 6 petang di PMC Sungai Buloh. Masa rancangan di Astro Awani tadi,(yang mana Jimmy Shanley sebagai pengacara rancangan tersebut)  Jimmy melihat anaknya pada sebelah malam dengan muka yang sangat excited kegembiraan dengan sejambak bunga yang katanya ingin diberi pada isterinya Nur Suhaila Eliani untuk mengambil hati isterinya itu. Jimmy sempat lagi berseloroh dengan mengatakan, dia sempat pulang kerumah untuk wangi-wangikan badannya serta menyembur minyak wangi supaya berbau wangi..

Sebaik Jimmy masuk kebilik, kelihatan isterinya sedang baring dan babynya ada disebelah katil ibunya. Jimmy hampiri isterinya dengan jambangan bunga tetapi Jimmy bagitau yang isterinya tidur.(tak taulah kalau isterinya buat-buat tidur atau apa), Dan terus Jimmy melihat anaknya dan memangkunya. Merenung kewajah anaknya sambil berlinangan air mata seorang bapa. Sangat happy muka Jimmy..Anaknya Zahrah Shanley sangat cute..hidung mancung dan rambut warna keperangan. Sempat jugalah Jimmy membelek kaki anaknya itu dan mencium berkali-kali. Tapi anaknya langsung tak menangis..

Hasrat seorang bapa ini ingin menjaga anaknya dan ingin isterinya lupakan yang keruh ambil yang jernih untuk baby nya itu..

Jomlah sama-sama kita doakan hasrat seorang bapa ini..Gambar anaknya belum ada lagi.. kalau ada nak sangat share kat sini..

/bye







Wanginya Dettol ni.. Thank You Redmummy and Nuffnang..

/hihi


Bestnya dapat barangan free.. dah lah barang yang sangat berguna untuk satu family. Sangat seronok bila dapat e-mail dari Nuffnang. (Rasa macam ada harapan nak dapat sebelum ni. hehehehe). Terus tweet Redmummy bagitau pasal ni.. Suka sangat. Kak Red terus balas tweet aku.




E-mail dari Karen, staff Nuffnang.. 
(Congratulations, you are one of the lucky winners for the Dettol Contest..)

Ok, nilah slogan mengenai Dettol yang aku tulis dan tidak lebih 
dari 2 patah perkataan ye..  Contest Dettol dari blog Redmummy


Jadinya, semalam aku telah ke Office Nuffnang untuk ambil hamper Dettol aku.. Apa yang aku dapat? Haaa jom tengok gambar ..










Best tak? Jumlah semua barangan Dettol ni adalah RM100. Ok sangat dan berguna untuk seisi keluargaku. Dettol yang baru ni selain dari melindungi ianya juga harum semerbak wanginya. Tak lagi bau macam ubat-ubat gitu.. Wangi...Boleh buat stok untuk beberapa bulan.. hehehe

P:S/ Korang gunakan produk apa eh? Gunalah Dettol ni, cara paling mudah untuk membasmi kuman.. Hehehe...

/bye



Friday, June 24, 2011

Nuffnang Premiere Screening of Transformers 3 : Dark Of The Moon. TQ Nuffnang.

/hihi

Dalam hati berbunga-bunga bila dapat e-mail dari Nuffnang. Rasanya, korang pun mesti suka kalau Nuffnang bagi e-mail kan. Mesti ada berita yang dia nak sampaikan.. Yeayyyy aku dapat invitation dari Nuffnang untuk pratonton movie Transformers 3: Dark Of The Moon.  Cuba tengok gambar kat atas ni.. Tiketnya sangat eksklusif, siap bentuk muka Transformers gitu. Aku dapat 2 tiket free. Walaupun tak dapat menang hadiah TV Plasma tu, ini pun kira ok la juga. Thank You Nuffnang..



E-mail dari Nuffnang..



Jom tengok apa isi kandungan yang tertulis kat invitation tu.. Tak sabar nak tunggu hari Selasa depan.. Tonton dalam 3D mesti lagi rasa best kan..



 Jom Klik SINI untuk baca entri mengenai Our World, Their War..yang aku buat untuk contest dari Nuffnang ni.

p:s/ Sape lagi yang dapat invitation ni eh? nanti leh la jumpa kat GSC Midvalley..

/bye



Cerita ke Pejabat Nuffnang di Heritage House..

/hihi


Tadi aku ke Heritage House yang mana terletaknya pejabat Nuffnang didalamnya.. Ini kali kedua aku ke pejabat Nuffnang ni. First time pergi dulu, berpusing-pusing gak mencarinya.. Senang aje..(siapa yang nak minta directions jalan ke sini, habaq mai naaaa)..

Nape pula aku nak pergi ke Office Nuffnang ni? Haaaaa First Time ke Office Nuffnang ni dulu sebab nak ambil hadiah yang aku menang sebab Contest Lancome. Kali kedua ni pula sebab nak ambil hadiah gak la, contest gak. Best gak jadi blogger ni kan. Walaupun income berblogging aku tak sehebat otai-otai blogger yang lain, tapi aku semakin jatuh hati dalam berblogging ni. Seronok kan.. 

Kali ni aku menang Contest Movie Transformers 3 : Dark Of The Moon dengan Contest Dettol dari blog Redmummy.. Apa yang aku dapat? Haaa tunggu next entri ye. Best sangat hadiah nya..

p:s/ Setakat ni dah 3 contest anjuran dari Nuffnang aku dapat dan hadiah nya memang sangat best dan tidak mengecewakan.. Korang pernah tak join contest dari Nuffnang?

/bye


Wednesday, June 22, 2011

Discover SK-II CRYSTAL CLUB

/hihi


Sebelum ni aku ada buat entri mengenai produk SK-II kan. Jadinya, masa kita beli je barangan SK-II, automatik kita akan jadi ahli Crystal Club SK-II. Apa faedahnya? Banyak tau..



Semalam, barulah aku terima kad Crystal Club ni. Siap dia bagitau berapa banyak points yang dah dikumpul. Boleh redeem dah tu. Boleh dapatkan barang lain yang setimpal dengan points secara free.. Suka,suka,suka.. Hehehe

p:s/ lepas ni kumpul points je lah ..
/bye


Perisian Antivirus: Kaspersky Internet Security is the best..

/hihi


Sejak dari tahun 2007 lagi, aku telah menggunakan perisian antivirus KASPERSKY INTERNET SECURITY. Memang sangat bagus dan sampai ke saat ini, aku adalah pengguna setianya. Sangat puas hati menggunakannya. Walaupun ramai yang memberi pandangan mengenai perisian-perisian antivirus yang lain. Tapi memang tak naklah. Dah jumpa yang baik, tak nak lah nak bertukar-tukar..

Sekarang ni dah keluar version untuk tahun 2012 pula. Wah, cepatnya la pula keluar. Aku baru nak gunakan yang 2011 punya. Hehehehe...



Baru-baru ni, licence Kaspersky aku dah tamat. Terpaksa la beli yang baru kan. Jadinya, beli 3 user dengan harga yang berbaloilah iaitu RM100 aje dari membeli single user dengan harga mahal iaitu RM68.. Kongsilah dengan anak murid. Dia pun nak gak..ok la kan tu.. Bila beli tu, tengok kat kotaknya ada contest la pula.. Sape yang minat nak menang hadiah RM500,000 bolehlah ke website KASPERSKY. Kliklah kat SINI.

p:s/ korang gunakan perisian antivirus apa ye?
/bye



Cucur Udang Alor Gajah, Melaka yang tersangatlah sedap.

/hihi

Terliur tengok gambar ni balik.. Memang superb sedap.. Cucur udang Alor Gajah Melaka ni pernah keluar dalam TV3.. tak ingat pula rancangan apa. Kalau sesiapa yang sekali makan, pas tu mesti nak lagi rasa. Ok, sepinggan cucur udang digambar atas ni adalah untuk seorang makan dan harganya cuma RM3 sahaja. Memang kenyanglah..



Ok, zoom sikit gambar makanan ni.. Bila tengok gambar pun, tahu sedap kan.. Kalau waktu musim cuti memang sekejapan je habis ni.. Rahsia nya mungkin pada kuih cucurnya dan juga sambalnya yang sedap.. Memang tetiap hari sales dia habis sold out ye. Tak de yang dijual untuk esoknya..Jadinya memang fresh laa..

Ada yang teringin nak makan? Bolehlah ke Alor Gajah dan tanya je lah orang kat sana.. senang aje. Ataupun cari je la bus stand Alor Gajah ataupun Majlis Perbandaran Alor Gajah.. Depan saje dengan bangunan tu..

/bye

Monday, June 20, 2011

M&Ms Vote & Win. Korang dah Vote?

/hihi


Coklat M&Ms ni memang sedap. Aku suka yang ada peanut kat dalam.. Pelbagai warna ada. Tapi bila makan tu, main ngap je lah..Tak de la pula nak memilih warna apa untuk dimakan.

Maskot Coklat M&Ms ni comel je.. Terer sape yang punya idea ni.. Memang sangat sesuai dan ianya mewakili setiap warna coklat M&Ms ni.



Korang dah vote tak warna apa yang korang minat?  Tak tahu macamana nak vote? Jom KLIK SINI. Setakat ni hanya 20,943 orang (sehingga 1.30 am; 19 Jun 2011) telah mengundi dan peratus undian adalah seperti :
  • Merah mendahului dengan 63%
  • Biru sebanyak 12%
  • Hijau sebanyak 9%
  • Kuning sebanyak 9%
  • Oren sebanyak 7%


Oh! ramai sungguh yang vote untuk merah yer.. Merah tandanya berani.. Jauh meninggalkan pesaing-pesaing yang lain.. Korang yang suka warna lain dari tu..apa lagi..votelah sekarang!!!



p:s/ aku dah vote warna merah..Hehehehe

/bye


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...