Nuffnang Ads

Tuesday, June 14, 2011

Buah Zuriat Antara Inisiatif untuk Mendapatkan Zuriat..

/hihi


Korang pernah tak tengok buah ni? Inilah first time aku tengok rupanya.. Ini mak aku beli masa menunaikan umrah hari tu. Kawan abang aku ada pesan buah ni. Namanya "Buah Zuriat". Mak aku pun tak tau sangat. Dia tanya orang je kat Mekah sana masa nak beli buah ni.




Antara khasiatnya ialah semestinya untuk mendapatkan zuriat. Ini antara cara lain lah untuk yang belum dikurniakan rezeki lagi. Setiap pasangan yang mendirikan rumahtangga inginkan anak kan. Bohonglah kalau ada yang kata tak nak anak.. Jadinya, inilah antara petua ataupun cara ikhtiar untuk memperolehi zuriat. Kita hanya berusaha, Allah SWT yang menentukannya.


 Comelnya baby ni.. Geram tengok..


Orang kat sana kata.. Ketuk buah tu, Kulitnya keras.. ambil isi dalamnya dan rebus..buat minum dan makan la.. Aku tanya abang aku pun, dia tak tau.. Mungkin kawan abang aku tahu lah cara nak makan Buah Zuriat ni.

Hasil dari carian di Google..aku dapatkan sedikit maklumat mengenai Buah Zuriat ni..



Inilah rupanya setelah diketuk dan dibelah buahnya.. Yang bahagian isi itu aje yang digunakan. 

Caranya macamana?
1.Direbus dalam masa yang lama dan setiap hari boleh tambah air (Macam kelapa pulak kan).
2.Gunakan periuk tanah atau kaca.
3.Bacalah Bismillah dan baca ayat 38 surah Al-Imran sebanyak 3 kali.

"RABBI HABLEE MINLADUNKA ZURIATUN TOIYIBBAN INNAKA SAMEE U-DOA"

Semoga Allah s.w.t permudahkan urusan kami suami isteri.....amin.....

Sumber maklumat ni aku perolehi dari SINI.


Orang kata sedap.. Tak tahu la pula kan. Rupanya dah lama orang tahu pasal buah zuriat ni. Aku je yang baru tahu. Kesian kan.. Tak pelah, sekurang-kurangnya tahu la juga. Hehehe..Korang dah lama tahu ke? Ataupun baru tahu lepas baca entri aku ni?

/bye



25 idea dari anda:

leyzajamil said...

salam nani..sy dah pun minum air rebusan buah zuriat cuma masa tu tak baca doa tu, hmm masih ada lagi tak, kalau boleh sy nak beli sebiji dua ke boleh tak?

hanani said...

leyza> oh ye ke awak dah minum air rebusan buah zuriat ni? Tak tau pula ada yang nak. Mak dah bagi semua kat kawan abang.. Mungkin nanti kalau akak pergi tunaikan haji tahun ni boleh kirim suh akak nani belikan pula bebanyak sikit. :)

EedaFizZ said...

1st time sy dengar pasal buah ni.. :)

hanani said...

EedaFizz>aah, saya pun pertama kali tengok dan dengar. :) Bagus gak untuk info kita kan. :)

KAMIHIDUP said...

wah, ada eh buah ni? baru tahu hari ni.

hanani said...

kamihidup> ada..ni mak beli kat Mekah/ Madinah masa tunaikan umrah minggu lepas. Fresh lagi ni. :)

Taufan Bin Ribut said...

x pernah dengar lak name buah ni..??

Entri terkini :hye,name saye fifiey.saye sasau kalau dengar lagu

Watch my video song!!

y u y u Z u l a i k h a said...

nak baby :'(

hanani said...

Taufan> Tapi pas baca entri ni dah tau kan.. :)

hanani said...

yuyu> nak baby?Tunggu yuyu kawin lah nanti. Tapi baby dalam pic ni cantik kan. Cute sangat :)

~~Ticer Wann~~ said...

1st time dengar buah tu... memang ada yang pesan kat mak mintak belikan buah untuk dapatkan zuriat tapi saya taktau cam ni rupanya...

Terharu sehingga rasa nak menitiskan air mata syahdu

hanani said...

Ticer Wan> Buah nya macam dalam gambar. Ringan je. Saya pun baru gak tau.. :)

fazilzura said...

salam , tingin nak tmbah baby lg , tp lum rezeki ..

abah aritu g umrah , bwk balik serbuk kurma, lebih kurg khasiat nye, tp lum berhasil..

tingin jgk nak try buah zuriat ni

Isteri Encek Bard said...

first time tahu nie

hanani said...

fazilzura>oh ye ke.. aah, apa salahnya cuba kan.. :)

hanani said...

isteri encik bard> TQ sudi baca.. :)

emieysandra said...

xpnah tahu lak ade buah ni, thnx for dis info^^

hanani said...

emieysandra> OK, TQ sudi baca.. benda yang baik dikongsikan bersama.. :)

Lady D said...

xsangka ada...hehe...i pon xtau buah ni wujud..bagusla..at least ade ikhtiar utk mereka2 yg nk ank..=)

hanani said...

lady d> aah..ikhtiar bagi yang inginkan anak.. penyambung generasi.. :)

Lady D said...

Alhamdulillah....tp jauh pulak nk mencarinye..=)

hanani said...

lady d>memang jauh, tapi kalau betul-betul nak, boleh kirim pada kenalan yang ada nak ke sana.. :)

Zack said...

blog saya ada jual

http://herbazuriat.blogspot.com

harga murah berbanding orang di Malaysia

Anonymous said...

slm

Anonymous said...

salam buat semua saya juga ada jual buah zuriat harganya berpatuan murah juga,siapa yang berminat sila call saya,,,0132737078

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...