Nuffnang Ads

Wednesday, June 15, 2011

Coklat-coklat Mekah, Jenama Evliya Sultan..

/hihi


Masa menunaikan umrah hari tu, mak aku ada lah belikan ole-ole coklat untuk cucu-cucunya sikit. Mak aku kata, kat sana dijualnya coklat ni campur-campur dan timbang 1 kg harganya RM30. Bagi aku, harganya tu murah la tu kan..

Kalau kat Malaysia ni, jenama Cadburry, Dove yang selalu aku beli sebab sedap.. Kalau kat Mekah lak..jenama Evliya Sultan (dah serupa macam nama orang lak kan).. Sedap gak tau. Macam Godiva gak rasanya.. 




Kalau tengok kat gambar atas ni, ada pelbagai rasa dan bentuk coklatnya.. Yang paling best mestilah yang isinya ada badam dan kurma kan.. Harganya murah lah.. Mak beli tak banyak pula tu. Hanya 3 Kg je kot.. Anak-anak buah aku makan tak ingat apa.. Ye lah, coklat bertelap-telap kan. Asyik berulang je makan.. Mak sedaranya nak makan pun, berkira-kira. Hehehe.. bukan setakat budak kecik.. mak ngan ayah aku pun suka coklat ni..

Bila ayah dengan mak aku tak de selera nak makan apa-apa masa minggu lepas sebab tak sihat, coklat nilah yang aku bagi suruh diorang makan. Coklat kan boleh memberi tenaga kepada kita. Dah lah tak nak makan nasi.. Mana nak dapat tenaga. Jadinya, aku bagi lah dalam 3 coklat ni. Ok la sikit..




Gula-gula pun ada gak..Tapi yang tak bestnya, ada ke mak aku bagitau masa nak turun kapal Saudi Airlines..pramugari Arab bagi sorang satu je gula-gula sampul merah tu. Dapatlah anak akak aku si Ihsan je yang makan. Nak kongsi macamana..dia kata sedap.. Nasib gak la mak ada beli gula-gula tu. Dapatlah merasa.. Lepas ni nak kena kirim akak aku lah..dia nak tunaikan haji tahun ni. Tak lama je lagi tu..

Korang minat makan coklat tak?
/bye


13 idea dari anda:

KAMIHIDUP said...

banyaknya coklat. sedap tak?

kakchik@ella said...

haaaaaa??? sedapnya .. nak sikit boleh?? kc mmg peminat cokelat.

leyzajamil said...

yummy, lps makan cokelat gosok gigi ok ;)

hanani said...

kamihidup>mestilah sedap.. :)

hanani said...

KC> dah habis lah.. dah diagih-agihkan.. :)

hanani said...

leyza> hahaha, gosok gigi.. kena jaga tu. Gigi nak pakai lama.. :)

saya_arief said...

mase kecik2 minat gak makan cokelat..
sekarang da kurang cket.
:D

hanani said...

saya arief> masa kecik2 rasanya semua minat dengan coklat ni kan.. :) TQ sudi baca

nurra said...

sedap ker? nak sikit..

hanani said...

nurra> sedap.. :) dah abis..

KiD said...

mesti sedap.. sebab byk badam atau kurma.. hehehe
Cara Hack yang Mudah | Tips Jika Anda Malas Kerja!...

Alin Marlini said...

suka sangat coklat Arab..cantik2 packagingnyer. Memang giler coklat...

hanani said...

alin> cantik dan sedap coklat arab ni.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...