Nuffnang Ads

Sunday, June 26, 2011

Eksklusif pertemuan pertama Jimmy Shanley dengan anaknya Zahrah Shanley..

/hihi



Tadi, aku sempat juga menonton Astro Awani jam 4.30 petang untuk eksklusif pertemuan pertama dengan anaknya yang sangat comel yang diberi nama Zahrah Shanley yang mana nama itu gabungan nama kedua-dua ibunya dan ibu mertuanya. Sangat sweet.

Menurut Jimmy, kelahiran anaknya pada Jumaat, ( 24 Jun 2011) pada jam 6 petang di PMC Sungai Buloh. Masa rancangan di Astro Awani tadi,(yang mana Jimmy Shanley sebagai pengacara rancangan tersebut)  Jimmy melihat anaknya pada sebelah malam dengan muka yang sangat excited kegembiraan dengan sejambak bunga yang katanya ingin diberi pada isterinya Nur Suhaila Eliani untuk mengambil hati isterinya itu. Jimmy sempat lagi berseloroh dengan mengatakan, dia sempat pulang kerumah untuk wangi-wangikan badannya serta menyembur minyak wangi supaya berbau wangi..

Sebaik Jimmy masuk kebilik, kelihatan isterinya sedang baring dan babynya ada disebelah katil ibunya. Jimmy hampiri isterinya dengan jambangan bunga tetapi Jimmy bagitau yang isterinya tidur.(tak taulah kalau isterinya buat-buat tidur atau apa), Dan terus Jimmy melihat anaknya dan memangkunya. Merenung kewajah anaknya sambil berlinangan air mata seorang bapa. Sangat happy muka Jimmy..Anaknya Zahrah Shanley sangat cute..hidung mancung dan rambut warna keperangan. Sempat jugalah Jimmy membelek kaki anaknya itu dan mencium berkali-kali. Tapi anaknya langsung tak menangis..

Hasrat seorang bapa ini ingin menjaga anaknya dan ingin isterinya lupakan yang keruh ambil yang jernih untuk baby nya itu..

Jomlah sama-sama kita doakan hasrat seorang bapa ini..Gambar anaknya belum ada lagi.. kalau ada nak sangat share kat sini..

/bye







21 idea dari anda:

~~Ticer Wann~~ said...

syahdu lak baca... moga ada sinar harapan untuk dia n famili...

jemput ke blog
Kenapa kita belajar?

Mama Zharfan said...

sedih plak baca psl jimmy ni...moga2 wife dia terbukak hati utk terima balik jimmy..mcm2 hal bila bini anak org kaya ni..

hanani said...

ticer wan>aah sedih sangat masa tengok kat TV tadi. Menangis sungguh jimmy..

hanani said...

MZ> aah tu la kan..susah gak kalau kahwin dengan yang kaya ni. banyak ragam.. harapnya adalah sinar kebahagian pada mereka..

kak ina kl said...

ayah mana tak gembira terutama kes cam dia ni..alhamdulliah dapat gak beliau melihat cahayamata beliau yang pertama.


tahniah sebab menang dapat dettol free.

entah kenapa skrg ni tak rajin nak gi tenguk wayang

hanani said...

kakina> TQ sudi baca :) aah kan, mestilah jimmy happy. Inilah zuriat penyambung kasih diorang suami isteri.. :)

cik Dil said...

moga smua nya baik2..kesian kat jimmy kan..T_T

Chempaka Sari said...

sedihnya....kenapalah dengan isteri die ni...hmm...

hanani said...

cik Dil>kita yang tengok pun kesian.ini kan pula jimmy yang laluinya.. :)

hanani said...

chempaka sari> ntah la kan.. hanya dia dengan Allah SWT je yang tahu..

KiD said...

semoga semuanya selamat buat keluarga ini.. ameen..
Malam Hujung Minggu di Bagan Lalang

KAMIHIDUP said...

berdoa untuk kebahagiaan mereka, amin. :)

hanani said...

kid> semoga semuanya selamat kan.. sian baby yang cute tu. :)

hanani said...

kid> semoga semuanya selamat kan.. sian baby yang cute tu. :)

hanani said...

kami>berdoa, itulah yang sepatutnya.. :)

mamawana said...

Kawin dgn anak org kaya? Kaya harta ka? Carilah yg kaya agama... sob3... Bayangkan isteri anak orang kaya pergi ke dapur masak nasi (tak yah perintah maid), isteri dia tumbuk sambal belacan ngan tempoyak (buat sendiri takyah tunggu maid), masak air dan bancuh kopi kaw kaw utk suami (takyah suruh maid) dan isteri tunduk patuh berjemaah solat di belakang suami. Anak org kaya susah ka nak wat camtu? Susoh ler gamoknyer kalu tangan bau belacan, badan bau bawang... anak org kaya bau perfume memanjang, cutex kat kuku nanti rosak banyak perah kelapa... nanti jari kasor kalau pegang batang mop.. takda maknanya. Hmmm... jgn marah guwe. Permisi. Semoga Jimmy Shanley bahagia sekeluarga. Amin.

leyzajamil said...

dah lahir dah anak jimmy ni? syukurlah berakhirnya penantian dia semoga dia ketemu dengan kebahagian selepas lamanya berendam air mata.

mama_umar_maryam said...

mmg kesian dgn jimmy,moga kesabaran die dibalas dgn hikmah yg terbaik dariNya..
slm kenal ;)

Intan said...

Mudah mdahan dngan lahirnya zahra akn mngmbalikn hbungan jimmy dn istri...amin...

basit abdrahman said...

sian la bce crite jimmy luah perasaan..harap2 deme baik2 balik la pas ni...lawak gak jimmy ckp depan2 time konsert af aritu..

owh..tgh walking2 from blog to blog..hehehe..jemput2 menjengah blog teman http://basitabdrahman.blogspot.com

sarah said...

semoga kebahagiaan milik mereka nanti..sila la ke teratak yg x seberapa ni :) http://sintaksiss.blogspot.com/

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...