Nuffnang Ads

Monday, June 20, 2011

Inspirasi : Amy Mastura dah jejak 40? Wow..

/hihi

Bila lihat gambar kat atas ni, tak menampakkan pun usianya yang sebenar sudah menjangkau 40 tahun. Amy Mastura Suhaimi yang mula dikenali melalui pertandingan Asia Bagus pada tahun 1993, tidak menghiraukan usia yang bertambah itu. Ceria sahaja bila melihat telatahnya..(Itulah yang membuatkan Amy Mastura ni awet muda kot kan. )



Sejak menjuarai Asia Bagus di Jepun pada 1993, merakamkan himpunan album, beraksi di layar perak dan mengahwini suami tercinta, Alvin Tham Sufian, kira-kira 11 tahun lalu, Amy tidak pernah merenung ke belakang. Malah, Amy sentiasa bersyukur rezeki tidak pernah putus untuk dirinya dan keluarga.

Pada tahun ini saje. Amy Mastura sudah menjadi duta kepada produk Quaker Oats dan Lifebuoy. Ini menunjukkan yang rezeki ada dimana-mana sahaja. Walaupun artis muda banyak bak cendawan tumbuh selepas hujan, tetapi Amy Mastura tetap mempunyai levelnya yang tersendiri..

Baru-baru ni, Amy Mastura sekeluarga telah bercuti ke London dan dia mengambil peluang ini untuk mendekatkan lagi hubungan kekeluargaannya. Aku memang suka tengok gaya hidup Amy Mastura ni. Sempoi aje.. Low Profile. Tak de citer-citer panas yang hinggap padanya..

Untuk membaca berita lebih lanjut mengenai artikel INSPIRASI AMY MASTURA, Boleh klik DISINI.

p:s/ Korang suka tak lakonan atau nyanyian Amy Mastura? Aku siap ada lagi albumnya yang pertama selepas habis Asia Bagus pada 1993. Album itulah yang pertama sekali aku beli dan koleksi album pertama aku..masih tersimpan rapi dalam kotak. Hehehe..

/bye


6 idea dari anda:

KiD said...

amy mastura aku suka.. org ipoh,, :)
OREO Besar Daddy Dunk di One Utama | Eyriqazz tinggalkan Biskut Tiger

Noriz said...

segan lak nak banding diri dgn amy mastura tu...40 mcm anak dara...sya ni 30 tapi cam 40, huhuuu

KAMIHIDUP said...

macam baru 25 je.

hanani said...

kid>wah, sebab org ipoh baru suka?hehehe..

hanani said...

noriz>ish apa lak cam tu..muda lagi la awak.. saya pun 30 gak. hehehe :) macam tak caya lak umo dah banyak ni..

hanani said...

kamihidup>aah macam kan..sebab dia kecik kiut miut.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...