Nuffnang Ads

Tuesday, June 28, 2011

INTERLOK : Apa kesudahannya? Jadilah novel yang..

/hihi

Apa kesudahannya novel INTERLOK Tingkatan 5 ni? Akhirnya, Cikgulah yang kena buat kerja amal sikit dengan melakukan operasi penampalan sticker pembetulan ayat-ayat tertentu untuk menjaga dan menutup bunyi-bunyi yang tidak enak didengar selepas sekian masa berbalah berkaitan novel INTERLOK ni.


Setiap cikgu kena buat operasi penampalan ni sebanyak 3 buah buku INTERLOK. Rumit juga kerjanya..sebab nak tutup ayatnya yang kecik aje.. nak kena buat bebetul.. Sebanyak 10 mukasurat ada pembetulan dan perlu ditampal dengan yang baru yer.. Kos nak buat sticker ni pun bukannya murah. Hmm hilang dah ayat kesusasteraan melayu ni. Ada cikgu cina sebelah aku cakap, apalah yang nak dibetulkan. Ayat yang ditulis tu memang sejak dari dulu lagi dah digunapakai. Bila diubah-ubah, ayatnya jadi tak sedap.. Betul tau..

Cuba korang baca sendiri ayat yang sempat aku snap ni.. Banyak sangat pembetulannya.. Ayat yang diulang-ulang gak.



Ini adalah sticker untuk ditampal dan ayatnya telah ditukar..


 
Ini pula ayat yang sebenar dari buku INTERLOK yang menggunakan perkataan TUHAN.
Ditukarkan kepada perkataan DEWA.



Ini ayat asal dari buku INTERLOK yang menggunakan perkataan
BERKULIT HITAM dan digantikan dengan perkataan INDIA.



Ini adalah sticker untuk ditampal yang mana ayatnya telah ditukar..



Perkataan TUHAN ditukar dengan DEWA.



Ini juga ayat yang telah ditukar.

Kesimpulannya, perkataan yang ditukar ialah:
  • Berkulit hitam
  • Tuhan
  • Kasta /golongan
Perkataan ni memang selalu digunapakai.. Ntah sebab apalah isu ini diperbesar-besarkan..

P:S/ Entri ini adalah sekadar ingin berkongsi maklumat.

/bye


2 idea dari anda:

ReeNaJoE said...

u are right dear..my hubby is a teacher...kena dtg keje hari sabtu semata2 nak tampal buku2 ni seme n at last pas tampal baru tau..buku2 ni akan ditarik balik n akan publish buku baru..ggrrr..

hanani said...

reenajoe> oh ye ke ditarik balik n akan publis yang baru?saya baru je tau ni.. :(

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...