Nuffnang Ads

Sunday, June 12, 2011

NIKMAT TEH Kepada Badan dan Minda. Anda peminat teh?Meh baca ni..

/hihi


Rakyat Malaysia ni majoritinya suka minum teh tarik dengan roti canai dan juga nasi lemak kan. Aku kalau ke kedai makan, teh tarik atau teh ais dah minuman wajib untuk diorder. Hehehehe. Korang macamana? Sama gak ke?

Bila bercuti kat kampung ni, majalah Wanita koleksi mak aku lah yang jadi peneman aku menghabiskan masa senggang.. tengah-tengah dok baca tuuu.. terbacalah mengenai NIKMAT TEH.. Rupa-rupanya secawan teh yang diambil setiap hari mampu menjana kecerdasan mental dan menjamin kesejahteraan fizikal.(Patutlah kalau minum teh o panas panas rasa best je)..

"Buktinya, baru-baru ini pakar teh terkenal di dunia telah membentangkan hasil kajiannya mengenai hubung kait antara pengambilan teh dan kesihatan, dengan tumpuan kepada manfaat tehanine dan flavonoid teh.



KHASIAT TEH dapat dilihat daripada kesan positif dari segi psikologi atau pengambilan teh mempengaruhi mood secara positif. Kesan ini bukan sahaja membuatkan kita rasa ceria, tetapi beberapa kajian yang baru menyarankan bahawa teh juga dikaitkan dengan manfaat seperti peningkatan KREATIVITI dan sokongan kepada imun kita. Peningkatan MOOD adalah kaedah yang sesuai untuk mengekalkan kesejahteraan kita.


FAKTA MENAKJUBKAN TENTANG TEH..


  • Komponen semula jadi daun teh membantu menjaga kesihatan mulut. Minumlah TEH TANPA GULA untuk mendapatkan khasiat optimum!
  • Teh menyumbang kepada penghidratan badan secara keseluruhan, yang penting untuk mengekalkan kulit yang sihat dan tampak berseri.
  • Minum secawan TEH KOSONG setiap dua hingga tiga jam sehari membantu megekalkan tahap kecerdasan sambil mengurangkan rasa lesu.
  • Minum TEH HIJAU (tanpa susu atau gula), bukan air, membantu membakar lebih kalori disebabkan kafeina dalam teh meningkatkan kadar metabolisme.


P/S : Patutlah kan..banyak minuman untuk kesihatan yang berunsurkan teh ni macam Teh Orang Kampung, Teh Misai Kucing, Teh Herbalife.. Rupanya memang khasiat Teh ni tak terperi banyaknya.. Jangan minum teh tarik banyak sangat..Takut kena penyakit kencing manis pula.. Ikutkan nasihat kat atas ni minum Teh Tanpa Gula atau Teh Kosong aje. Itupun kalau nak jaga kesihatan badan kita ni dan jangan lupa yang badan kita ni nak pakai lama. (InsyaAllah kalau panjang umur)..

**Kredit gambar dari Google..
/bye




10 idea dari anda:

Nava Krishnan said...

Plenty of goodness in tea provided don't overload with sugar.

leyzajamil said...

hmmm, setiap hujung minggu pasti buatkan seteko teh tarik special, satu family boleh minum.
suka N3 tentang teh ni, gambanya pun cantik. thanks nani.
jom baca ni bertuah badan BA tolong promotekan blog

Cik Ecah said...

suker jugak minum teh :)

hanani said...

nava> ye, i setuju dengan u. :)

hanani said...

leyza> wah..ada minum2 petang teh sekeluarga, Bagus2.. :) TQ ye..

hanani said...

cik ecah> aah saya pun suka minum teh :) sebab tu buat entri pasal teh ni. :)

Keyphochee said...

baru tau...info yang menarik ni untuk dikongsi bersama...mintak izin nak sharing yer..

hanani said...

keypochee>boleh aje share..letakla link saya ni.. :)

hamzah ian said...

aku suke tarik.. hehehe

hanani said...

hamzah> teh tarik memang best.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...