Nuffnang Ads

Tuesday, June 28, 2011

Perkara yang tak best ketika di Giant..

/hihi
Perkara yang tak best bila di pasaraya Giant:


1. Tak tahu harga sebenar barang. Keliru..




Gambar dari SINI.


Bila pergi Giant nak membeli barang je, aku rasa payah betul nak tahu harga yang sebenarnya. Kekadang bila dah habis promosi harga murah tu..tak dibetulkan balik harganya.. Buat kan aku ni rasa tertipu la pula. Kadang-kadang nak cepat, kita cuma sempat tengok kat rak je kan..


2. Tak jumpa mesin pengimbas harga.

Gambar dari SINI.

Begitu susah nak mencari alat pengimbas harga ni.. Kalau ada banyak masa tu, tak pelah juga. Masa nak bayar kat kaunter, aku siap tanya lagi..mana mesin pengimbas kat Giant ni? Budak cashier tu cakap ada 2 aje.. satu kat sana, satu kat sini. Hmmm malas lah. tak kuasa aku nak layan..


3. Cashier yang tak cekap nak handle situasi.


Ada sekali tu, aku suruh budak cashier imbaskan harga nak tau sama tak harga dengan kat rak. Sebab kes tak jumpa mesin pengimbas.. Memang beza tau harganya.. Mahal lagi. Nak buat camner..bayar je lah.

Lagi satu, ada kes tu makcik tu nak beli bola mainan tapi tak de tag harga..(kes tak perasan kot) . Boleh disuruhnya makcik tu pergi tukar. Dah la lama nak menunggu. Tak de ke barcode yang boleh discan kat cashier tu?

Ada lagi...ni kes pakcik ni pulak beli barang bukan main penuh troli.. Bila nak bayar guna kad debit je..budak cashier tu tak reti.. Wahhh lama menunggu tu...


P:S/ Kita ni sebagai pengguna memang berhak untuk bersuara. Jangan main ikutkan sangat SALE yang selalu ditayangkan/ dipromosikan. Kekadang tak de sale pun, diorang pandai je kaut untung dengan kaburi mata para pengguna.. Banyak dah kes macam ni berlaku. Harga tak sama dengan kat rak..

Korang pernah tak kena bayar harga yang lain dari harga pada rak barang?

/bye


10 idea dari anda:

KiD said...

ha'aah.. kekadang konpius dengan abrang yang dah beralih harga pelekatnya.
Review Transformers 3: Dark of the Moon

Dhiya Fariza said...

This happen all the time. Kalau student menangislah if total harga terlebih. Dekat rak harga lain, kaunter harga lain.

Mama HH said...

Penah... tp kat TESCO masa tu... hrg sudu tu 0.55 tapi dia g scan RM2 pe lagi... i naik hangin xhingat laaa.. pulang balik semua... mintak dia bg balik duit.. hehehe... pueh ati..

leyzajamil said...

hmm, bulan2 takde ke giant poskan katalog kat nani? tengok dah ramai jugak bila shopping rajin bawak mendealah tu nak comparekan harga, betul tak ada sale mcm katalog tu cakap..hihi
meh baca sapa amik telur nie berdosa

hanani said...

kid> aah konfius je manjang kat Giant tu.. :)

hanani said...

dhiya>tu lah pasal.. mesin scan tu plak tak banyak..tu yg tak best. :)

hanani said...

mama HH> wah, bagus tindakan awk tu..pengguna ada hak.. :)

hanani said...

leyza>kadang2 ada,kadang2 tak ada.. tu yang susah nak tengok harga sama ke tak.. :)

EARNic said...

ingatkan Giant kB je bengap gitu. tempat lain pun sama gak ye

hanani said...

EARNic>oh ye ke?kat sana pun cam tu gak?Hmmm...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...