Nuffnang Ads

Wednesday, June 15, 2011

Rangkaian Maqui Miracle, Lancome Membuatkan Wajah Bebas Minyak Sepanjang Hari..

/hihi


Tertarik aku dengan keratan akhbar Kosmo hari Isnin, 13 Jun 2011 yang lepas. Mana taknya, kan aku ada buat review dan menang hadiah dari Lancome..Artis yang menggunakan produk ni pula ialah Atilia Haron dan Joanne Yew. Kalau tak ingat, Jom Baca SINI iaitu Discover Your Miracle With Lancome Maqui Miracle dan Produk Lancome Free bernilai RM2000.



Maqui Miracle Compact


Maqui Miracle Foundation; Teint Miracle. Bedak asas ni ada 6 warna khas untuk orang Asia. Harganya RM130. Kalau aku guna memang tahan lama lah.. Sebab gunakan sikit je kan..


Apa yang best mengenai berita ni? Lepas aku dah gunakan rangkaian Maqui Miracle ni iaitu bedak asasnya iaitu Maqui Miracle Foundation dan bedak kompak iaitu Maqui Miracle Compact. Memang terasa bezanya. 

Lepas gunakan Teint Miracle Foundation nya yang cecair dan sangat senang nak olahkan kat kulit muka. Gunakan tangan lebih baik hasilnya daripada span. (Itu bagi akulah). Lepas dah sapukan foundation ni, memang nampak serta merta perbezaan kulit muka aku ni. Jadi licin aje.

Lepas tu, gunakan Maqui Miracle Compact pula untuk menampakkan kulit lebih berseri. Dan apa yang aku suka sangat ialah tahan lama bedaknya. Ye la kan..aku ni bukannya kerja di opis yang sepenuh masa duduk dalam penyaman udara. Dengan tugas sebagai cikgu, kena naik turun tangga, berjemur tengah panas..Ianya membantu sangat..

Apa kelebihan produk Maqui Miracle ni? Meh la baca ..

  • Ianya mengandungi Neurowhite Complex yang meningkatkan kecerahan kulit dan perlindungan UV SPF 26 PA++ untuk membantu menghalang bintik-bintik perang.
  • Ianya juga mengandungi ramuan kompleks khas untuk menghalang peluh dan kelembapan agar wajah kelihatan segar dan berseri sehingga 12 jam.
  • Ianya menyerap minyak tau.. Sangat best. Kulit muka tak kan rasa berat atau tak best. Ringan aje..

Bila satu-satu produk tu bagus dan berkualiti, patut juga kita bagitahu pada yang lain kan.. Kulit muka aku ni susah gak nak terima produk yang baru, terutamanya yang melibatkan kulit muka. Salah ramuan, memang tumbuhlah jerawat manja-manja gitu...

p:s/ Ramai juga yang google bedak asas Simplysiti kat blog aku ni.. Korang gunakan ke bedak asas ni ataupun pakai bedak Johnson & Johnson aje?

/bye

13 idea dari anda:

KAMIHIDUP said...

no komen.

Dee said...

lancome ni mahallah..tp dee pakai simplysiti tu ok..

afnanbiz said...

Maqui Miracle Compact berape rm?

hanani said...

kamihidup> TQ sudi baca.. :)

hanani said...

Dee> mahal sikit la kan. Yang saya punya ni pun free sebab buat review produk bedak compact lancome tu n dapat hadiah.. Simplysiti tu pun ok gak. Saya dulu pun guna yang tu juga. Masih ada lagi atas meja solek ku. :)

hanani said...

afnanbiz>bedak compact tu RM130

KiD said...

wow! mahal jugak kan? heheheh
BE Nuffnang ke 9 tahun 2011

madammondoq said...

saya sangat suka two way simply siti.. sangat setia dgn itu.. hehe...

hanani said...

Kid>agak mahal la..

hanani said...

maddammondoq> simply siti pun ok gak produknya.. :)

Alin Marlini said...

sekrang guna maybeline jek..tapi mcm best jek product ni sb kulit Alin jenis berminyak

hanani said...

alin> kulit saya pun berminyak gak. Ok la bila guna.. tak nampak sangat pun kalau berminyak.. :)

Anonymous said...

http://eekshop.com
There are lot of sites on the internet that offer free iPod music downloads but take heart examples of the it is certainly plausible which of you have iPods need to bother about under no circumstances are aware of that where to begin The best way to explore search and then for most of these for free iPod background music downloads is that by the use of search engines a little as though MSN, Google and Yahoo. Once your family have found going to be the websites all your family members are searching for,all your family members can mouse click all over the them a minimum of one on the basis of a minimum of one and start on the basis of are you looking for the songs your family wish to download as well as for at no cost.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...