Nuffnang Ads

Tuesday, June 7, 2011

Wanita Obses Cantik? Jom Baca ni Dulu..

/hihi
 Semua wanita inginkan kulit halus, cantik seperti pelakon Bollywood Aishwarya Rai? (ini gara-gara sebab banyak sangat tengok citer hindustan) Tapi memang cantikkan? Pakej lengkap ada padanya. Kredit gambar pada budiey.com


Zaman sekarang ni, semuanya ingin kelihatan cantik. Tak terkecuali wanita-wanita didunia ini. Masa slot rancangan Apa Kata Wanita bersama Zamzarina di TV1 hari tu, ada membincangkan mengenai Tajuk "Wanita Obses Cantik" dengan tetamu jemputannya Dr. Alice Prethima Michael. Yang mana boleh dikatakan ramai yang mengenali Dr. Alice Prethima Michael. Melihatkan pada wajahnya tidak menampakkan langsung umurnya dah menjangkau 50 tahun..

Siapa yang tak kenal Dr Allice? Jom tengok gambar ni dulu..

Beliau merupakan pengasas Dr. Alice Total Wellness Specialist di Klang, Selangor dan Alice Anti-Aging Clinic di Bangsar, Kuala Lumpur. Kredit Gambar Dari Kosmo.

Berbalik pada isu Wanita Obses Cantik ni.. setelah aku google, aku dapat sedikit maklumat mengenai perkara ini. Apa dia?


Kecantikan menurut Syariat Islam

Allah SWT telah memuliakan manusia dengan menciptakan mereka sebagai ciptaan yang terbaik,dengan sebaik-baik bentuk dan paras rupa yang berbeza dengan makhluk-makhluk ciptaan Nya yang lain.

Firman Allah SWT :

Dan sesungguhnya kami telah memuliakan anak-anak Adam dan kami telah beri mereka menggunakan berbagai-bagai kenderaan di darat dan di laut dan kami telah berikan rezeki kepada mereka dari benda-benda yang baik serta kami lebihkan mereka dengan selebih-lebihnya di atas banyak makhluk-makhluk yang telah kami ciptakan. ( Surah al-Isra:70 )



Oleh demikian dengan kurniaan Allah SWT ini, yang telah menciptakan manusia dengan seelok-elok ciptaan ciptaan maka wajarlah bagi manusia memberikan balasan dengan tiga bentuk iaitu:

1. Bersyukur kepada Allah SWT dengan memujinya di atas nikmat yang diberikan Nya.


2. Tidak menyalah gunakan kecantikkan untuk berbuat maksiat kepada Alllah SWT sebagaimana yang dilakukan oleh golongan fasik di tempat-tempat hiburan dan sebagainya.


3. Wajib ke atas seseorang menjaga bentuk rupa parasnya sebagaimana yang dijadikan oleh Allah SWT dengan menjauhkan diri dari segala bentuk perkara yang boleh mengubah atau memburukkan serta memudaratkan kejadiannya.


Kecantikan tidak dikhususkan kepada jenis atau golongan tertentu,bahkan ianya sama sahaja untuk semua lelaki dan perempuan. Namun bagi golongan lelaki ianya adalah perkara yang penyempurnaan atau pelengkap untuk menjaga kemuliaan dengan ketinggian nilai dalam masyarakat manusia.Manakala golongan wanita pula,perkara-perkara yang menyokong keperluan asasi dengan menyediakan prasarana yang mencukupi untuk kelangsungan hidup manusia di atas muka bumi ini.

Pembahagian kecantikan..

Kecantikan boleh dibahagikan kepada dua bahagian :

1. Kecantikan batin
Perkara yang berkaitan dengan akhlak,ilmu dan akal serta sifat-sifat yang terpuji seperti berilmu,berhikmah,adil,menjauhkan diri dari sifat-sifat keji.

2. Kecantikan luaran
Apa yang dapat dilihat sehingga terpikat dan jatuh hati. Ianyanya merupakan kecantikan ciptaan Allah SWT kepada manusia. Kecantikan dari sudut ini meliputi suara dan paras rupa seseorang.


Kecantikan ini juga dibagikan kepada dua bahagian yang sama dan merupakan asal semulajadi ataupun yang diubahsuai :

Kecantikan asal iaitu kecantikan ciptaan Allah SWT pada rupa manusia.

Kecantikan yang diubah suai iaitu tindakan yang dilakukan oleh seseorang untuk memperelokkan lagi dengan cara berhias,bercelak,penyuburan dan lain-lain.


Petikan diatas diperolehi dari SINI. Sekiranya ingin membaca dengan lebih lanjut, boleh klik SINI.


p/s: Wanita adalah makhluk Allah SWT yang paling indah ciptaanNya.. Kecantikan dalaman adalah kecantikan yang hakiki. Sekiranya seseorang itu cantik luaran, tetapi dalaman tidak seindah luaran..tidak ada gunanya. Tidak perlulah mengubah kecantikan asli yang telah dikurniakan oleh Allah SWT..

/bye


5 idea dari anda:

KAMIHIDUP said...

biarlah cantik dalam dan luar. yang terpenting sekali dalam. :)

- zuriey - said...

syukur dengan kurniaan tuhan

hanani said...

kamihidup> yer betul tu.. cantik dalam yang kekal abadi. :)

hanani said...

zuriey> syukur alhamdulillah.. :)

hanani said...

zuriey> syukur alhamdulillah.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...