Nuffnang Ads

Sunday, July 31, 2011

Selamat Berpuasa, Salam Ramadhan Al-Mubarak..

/hihi
Sekejap je rasanya masa berlalu. Ramadhan datang kembali..Salam Ramadhan dan marilah kita beramal merebut amalan ibadah dan menyambutnya seperti Ianya adalah Ramadhan Terakhir kita.. Amin..


Salam Ramadhan semua..Dah niat puasa? Jom niat puasa sebulan k..
/bye


Friday, July 29, 2011

Pameran Grafik Berkomputer Pelajar 5 Ixora.. Well Done!!

/hihi

Dua minggu yang lepas kesibukan melanda diriku. Kalau ikutkan modul pentaksiran pelajar SPM memang kena buatlah pameran Grafik ni. Dalam kepayahan sesorang ni, kena lah kuatkan semangat untuk teruskan. Bila lihat pelajar bersungguh-sungguh, kejauhan jarak antara rumah dan tempat kerja ditolak ketepi.. Sampaikan satu tahap sampai rumah jam 7 malam..12 jam aku berada dikawasan sekolah. Huhuhu..



Bersungguh-sungguh pelajar aku nak buat yang terbaik dan tercantik untuk pameran mereka sendiri.. Berterabur gaklah makmal aku selama seminggu..

Apabila tiba masanya pameran berlangsung..lega sangat. Ramai yang bagi feedback yang baik dan siap ada students bagi thumbs up pada cikgu..Hehehehe kembang gak la kan kejap.. 
Ok, jom layan gambar sewaktu pameran ni. Aku buat simple aje. Tak sempat dan tak larat nak buat grand-grand.. Mungkin tahun depan la kot..











Pengetua Kanan sekolah aku tengok dengan begitu teliti..Serius beb..





 Lastly gambar tak formal kesemua anak muridku yang super havoc..


P/S: Inilah kenangan sebelum matapelajaran MPV ditamatkan disekolah harian biasa.. Tak taulah apa cerita yang akan berlaku lepas ni.. Saya hanya menurut perintah..

/bye



Thursday, July 28, 2011

Which one is the best?Hmmmm...

/hihi
Lama juga tak update blog ni. Masa tak mengizinkan. Busy je memanjang..
Dalam sibuk-sibuk tu, ada niat di hati ni nak menambahkan gajet yang sedia ada. Sekarang ni tengah pk pk nak grab yang mana satu.. 

GAJET 1...


Dalam list yang paling atas aku ialah SAMSUNG GALAXY S2. 
Sekarang ni tengah hot dengan in gajet Samsung ni..



Senarai yang kedua pula iPhone4. Hmmmm



Ataupun Samsung Galaxy Tab aje?Hmmm

GAJET 2..


iPad 2 ni mungkin tidaklah.. Tak sesuai dengan keadaan situasi pekerjaan ku.. Dah plan nak grab SONY VAIO. Sangat praktikal dengan tugas aku sebagai cikgu grafik.. Yang sebelum ni guna ACER je.. Nak beli SONY VAIO NETBOOK pula.. Small aje dan boleh masuk dalam beg mengajar ku.. Hehehehe






P/S: Tengah menunggu masa nak pergi grab 2 gajet yang kuidamkan.(hehehe idam ke?) Apa-apa jelah..
/bye


Monday, July 25, 2011

Pra-Pameran Grafik Berkomputer..

/hihi



Dalam minggu ni dan minggu lepas sangat sibuk dengan persiapan pameran Grafik ni..Setiap hari balik lewat dan banyak perkara nak diuruskan.. Alhamdulillah, komitmen yang diberikan oleh semua anak murid pun sangat baik..

Tunggu hari esok untuk Pameran Grafik ni berlangsung.. Tak sabar rasanya..

/bye



Friday, July 22, 2011

Kemalangan di Lebuhraya Utara Selatan, Exit Tol Senawang ke Port Dickson..

/hihi
Biasanya memang aku akan gunakan lebuhraya PLUS exit Seremban kalau tak nak cepat sampai rumah. Kalau ada hal, biasanya aku akan direct terus sampai NILAI atau guna LEKAS aje. Tapi tak sangka pula akan berlakunya kemalangan kat PLUS.. Aduhhhh lama sangat. Tak berjalan langsung. Dah la kereta aku ni manual. Naik lenguh kaki main clutch aje..

Aku dah agak dah. Kalau jalan sesak ni kat lebuhraya, mesti ada kemalangan. Pelik betul...PLUS ni selalu juga ada kemalangan. Tak kira la pagi-pagi buta, tengahari. petang atau malam..pasti ada aje dan jalan mesti sesak...


Rasanya kemalangan ni baru berlaku masa aku lalu.. (Dalam waktu 3.40 petang kot. Sebab aku keluar sekolah dah jam 4.10 petang) Ye la, tengah banyak kereta, bas, lori..waktu puncak ni..orang balik kerja.. Macam-macam bunyi ada, siren polis trafik lah..siren bomba la.. Jalan jem teruk sangat..





Kemalangan libatkan kereta MYVII putih tu dengan motorsikal rasanya..Ada yang lain terlibat, tak tahu la.. Tak dan nak nengok.. Polis dah bunyi wisel suh jalan.. Sempat snap gambo cam ni je.. Tapi ada mayat dah terlentang atas jalanraya. Dah siap tutup dengan kain kanvas. Tak silap nampak macam dua.. Menakutkan.. Apa lah puncanya berlaku kemalangan ni tak diketahui. Baca paper je la jap lagi.. 

Masa on the way nak balik tu, kat radio pun siap bagitau ada kemalangan kat kawasan sini, hampir sesak 1.5 km.. Ramai gak yang benti tepi jalan nak tengok.. Tak  nak la aku benti-benti ni.. Teruskan aje perjalanan..


P/S: Orang kata lebuhraya ni bernyawa.. Pasti akan ada aje kemalangan yang meragut nyawa.. Ntah la kan.. yang pasti sikap pemandu yang penting.. Pastikan keselamatan semasa memandu. Pastikan nyawa orang lain tidak terganggu atas kelalaian kita sendiri. Kalau ngantuk, penat..tak yah la drive..

/bye


Thursday, July 21, 2011

Jom Makan-Makan di Bagan Lalang..

/hihi

Dah lama tak ke Bagan Lalang untuk operasi menambahkan berat badan.. Hehehehe.. Jadinya bila teringin nak makan, moh le kita.. Waktu yang paling sesuai untuk makan seafood kat Bagan Lalang ni ialah weekdays. Kalau pergi hari Sabtu atau Ahad...ramailah sangat orangnya dan nak menunggu dapat makan pun lama..

Apa ntah nama kedai yang selalu aku pergi ni.. Yang pasti, first kedai yang jumpa selepas masuk simpang. Berdepan dengan pantai..Angin sepoi-sepoi bahasa gitu.. hehehehe

Apa menu yang aku makan?Seperti biasa lah makan pun bukan tahap lapau dan nak mentekedarah.. Just saje-saje je.. Jadi pilih Sotong, Udang, Kerang dengan ikan untuk 2 orang je makan.. Kang ambil bebanyak, perutnya tak mampu nak menampung. Dah rugi...


Nasi lemak yang kurang rasa lemaknya.. Ok ok aje.. Sambalnya sangat pedas ye..


 Inilah makanan untuk seorang makan..Udang dengan sotong goreng tepung. 
Bukan tak boleh buat sendiri..tapi bila makan kat luar ni feel dia lain sikit..


 Makanan yang mesti dipesan. Kerang rebus.. Sedap dicecah dengan sambalnya.. 
Sambal lupa nak snap. Ikan bakar pun tak sempat snap gambar dah masuk selamat dalam perut.. Hehehe



P/S: Biasanya makan makanan macam ni tak selalu. Boleh dikira jaraknya.. Kira oklah..harganya cuma RM26.50 aje.Sangat puas hati sambil dapat hirup udara pantai. Korang pernah tak sampai Bagan Lalang? Apa makanan special yang korang selalu order?

/bye




Wednesday, July 20, 2011

Buah apa ni? Buah Kuini? Kemang? Binjai? Sedappp..

/hihi


Buah apa ni? Kalau sekali tengok macam buah mangga atau mempelam je kan.. Tapi inilah rupanya buah kemang. Kalau ikut negeri Johor, nama glemernya buah kemang. Ada gak negeri lain yang namakan buah ni buah binjai.. 

Ada dua jenis buah kemang iaitu kemang manis dengan kemang masam. Pokoknya lelain yer. Kat rumah atok aku kat Muo..memang banyak pokok kemang ni. Kalau nak mencari, memang banyak kat rumah atok aku je lah..Siap ada peraih akan datang hari-hari beli. Memang sentiasa sold out tau..




Inilah rupanya bila dah kupas. Isinya warna putih..lain dari buah mangga.. Baunya pun semerbak harum tau.. Sedap sangat. Ini buah kemang manis..makan gitu aje. Kalau buah kemang masam, cara makan paling best ialah makan dengan sambal belacan..nasi panas, asam pedas..wahhh terangkat gitu.. Kaum kerabat mak ayah aku memang terer kalau nak kenal pasti buah ni masam ke manis dan siap tau lagi pokok yang mana satu.. Aku tau tanya dan kupas aje.. Hehehehe...

P/S: Korang pernah tak makan buah ni? Sedap kan..Sampai sekarang rumah aku ada pewangi asli yang sedap baunya.. kalah bau dorian. hehehehe

/bye




Tuesday, July 19, 2011

Kasut apa si Zaquan Adha ni pakai?Just Do It, NIKE..

/hihi
Meh kita intai-intai kasut apa yang si Zaquan Adha ni guna? Setahu aku la, dia dengan si kembarnya tu dulu jadi model iklan NIKE..betul kan?






Cun betul kasut Women Nike ni. Siap ada heels lagi.. Tak pernah jumpa lagi ni..



Kasut hantaran perkahwinan dia dulu pun jenama apa tu? Merah gituuuu...

Meh tengok kasut NIKE si Zaquan ni.. Warna biru dengan tali kuning lagi.. Hehehehe, cun lah



P/S: Suka gak dengan design NIKE ni..

/bye

Monday, July 18, 2011

Hari Sukan bersama Zaquan Adha..Ayu Raudhah mana?

/hihi

Ahad hari tu, Kejohanan Sukan Sekolah berlangsung dengan sederhana meriah nya selepas tetiap minggu datang bekerja pada hari Sabtu. Tapi disebabkan nak ambil cuti pada hari Isnin, maka buatlah hari Ahad. Semalamnya (Sabtu) pasukan bola sepak Malaysia, Harimau Malaya lawan Liverpool..Apasal lak tetiba masuk cerita pasal bola lak ni..

Sebabnya...Zaquan Adha datang sekolah aku untuk sama-sama meriahkan Hari Sukan Sekolah aku.. Mana Ayu Raudhah?


Mana Ayu Raudhah? Nak sangat tengok secara live depan mata.. 
Tapi hajat tak kesampaian. Hehehehe (Gambar dari EhSempoi.com)



Senyum je dia melayan kerenah peminat nak tangkap gambar. Cikgu jadi PA dia sebab bebudak ni dok kerumun nak snap gambar. (Mungkin gak kalo Ayu Raudhah datang habis kena kerumun..hehehe..)



Mula-mula control je tak nak ambil gambar. Tapi bila dah dia turun ke padang, apa lagiii..cakap nak bergambar..ok aje dia..


Alamak..gumuksnya aku dalam gambar ni.. Hehehehe diet diet.. Tengok si Zaquan Adha ni senyum aje.. Bezanya dia dengan Aidil Zafuan tang tahi lalat pemanis dia ni.. Sempat gak la borak-borak dengan dia.. Tak de la sombong..


Bebudak bukan main ramai kerumun nak ngambil gambo.. Sibuk panggil abang abang.. Yang si Zaquan ni senyum aje lah..


Dah alang-alang dok sebelah dia..aku pun snap la.. Nampak tahi lalat pemanis dia.. Sempat tengok kasut dia pakai..NIKE, jam tangan TAG HEUR, handphone BLACKBERRY.. tengah dok asyik layan gambar, tetiba ada call. Mungkinkah Ayu Raudhah? Dengar dia kata, "tak tau habis bila.. Makan lah dulu.. "

Sessi dialog aku dengan Zaquan :
Aku : Cantik kasut..
ZA : hehehehehe
Aku : Mana Ayu? Ingatkan dia datang sekali.
ZA : Semalam dia dapat Call, ada shooting.
Aku : Semalam tak pergi Stadium? Game dengan Liverpool?
ZA : Taklah, tengok kat rumah aje..
Aku : Tak main ke?
ZA : Tak, petang ni training. Kat Stadium Paroi.
Aku : oooo

(Dalam hati nak tanya. Betul ke Ayu Raudhah dah mengandung? Tak terbuka lak mulut nak tanya.. Kang keypochee sangat cikgu ni.. hehehe)


Tak lama pas tu, dah selesai kerja nya..dia pun minta izin nak balik. Nak balik makan tengahari kat rumah la tu..Isteri dah memanggil. Hehehehe. Kerete BMW dengan nombor pendaftaran WPW 669. Nombor cantik tuuu..

P/S: Pas ni kita tengok lak kasut apa yang dia pakai tu???? dari jauh nak nampak.. hehehehe

/bye



Friday, July 15, 2011

Butik Irma Hasmie? Tudung D'Haja terbaru untuk keluaran Hari Raya..

/hihi
Setiap kali bila semak keyword carian di Google, banyak gak mencari maklumat berkaitan BUTIK IRMA HASMIE. Eh Irma Hasmie dah buka butik ke.. Setahu aku, dia jadi model tudung Butik D'Haja.. Melalui facebook D'Haja Boutique, aku dapatkan keluaran terbaru D'Haja untuk Hari Raya ni nanti.. Hahahaha, puasa pun belum lagi.Eh, korang dah habis ganti puasa blom?

Jom cuci-cuci mata tengok tudung istimewa lebaran nanti dari D'Haja. Modelnya Irma Hasmie memang manis memakai tudung kan.. Sweet je muka dia.




Sape yang ada beli Majalah Keluaran bulan Ogos 2011 ni, mesti akan nampak 
iklan tudung D'Haja seperti diatas ni..




P/S : Aku suka gak beli tudung D'Haja ni sebabnya harga sangat berpatutan dan kalau kita pakai, nampak mahal aje.. Hehehe. Kita kena bijak berbelanja. Betul tak?

/bye

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...