Nuffnang Ads

Thursday, July 14, 2011

BLISS Nestle ada minuman baru. Sedap sangat..

/hihi

Hari Jumaat lepas, Jusco Seremban 2 ada buat hari untuk J-Card. Masa tu memang tak tau ada hari untuk ahli. Pergi je lah, sebab nak ambil jam Roscani aku tu, dengan cari kasut sukan.. Bila sampai je sana, memang jalan sesak.. Tapi digagahkan juga lah. Nasib menyebelahi aku, terus je dapat parking depan pintu masuk Jusco..hehehe

Tertarik lak aku bila promoter Nestle ni buat promosi. Beli 3 botol Bliss dengan harga RM10.99. Dia bagitau ada minuman  baru. Lagi sedap dari Strawberrry..iaitu Campuran Buah Beri dengan Jus sebenar (Mixed Berries) . So, aku beli Mixed Berries, Apple Kiwi (sedap sangat) dengan Tropical & Mix Fruits.



Sebelum ni aku ada buat entri pasal minuman BLISS ni.. tak ingat? Meh baca balik kat SINI. Ada yang tanya, betul ke BLISS ni baik untuk penghadaman? Jawapannya ialah YA. Sebab ianya mengandungi INULIN.

Apa itu Inulin?
Inulin sejenis prebiotik, adalah serat makanan boleh larut yang tidak boleh dihadamkan. Ini membenarkannya sampai ke usus besar dengan tanpa terurai, dimana fermentasi berlaku. Inulin menggalakkan pembiakan bakteria bermanfaat didalam usus besar kita. Hasilnya, kesihatan usus akan bertambah baik.




Ok, dah faham pasal Inulin?

Jom kita baca lak pasal KULTUR HIDUP. Apa tu?

KULTUR HIDUP (Laktobasilus asidofilus, laktis Bifidobakteria & Streptokokus thermophilus) ialah bakteria bermanfaat yang boleh membantu penghadaman serta penyerapan nutrien yang penting daripada makanan.



Banyak manfaatnya minuman yogurt Bliss Nestle ni. Ada 2 kategori minuman ni. Iaitu:

1. Nestle Bliss Low Fat Yogurt Drink.
  • Starwberry
  • Tropical & Mix Fruits
  • Mango
  • Blackcurrant
  • Orange
  • Kiwi
  • Guava

 2. Nestle Bliss 0% Fat Yogurt Drink
  • Apple Kiwi
  • Passion Fruit Orange
  • Lime Cucumber
  • Peach Mango

Kesemuanya sangat sedap. Dalam kita menikmati kesedapan airnya itu ditekak, Ianya juga baik bagi penghadaman usus kita.. Betul tak? Masa aku beli ni, dapat bag Nestle macam kat atas tu. Oklah..

P/S: Korang macamana? Suka ke tak?
/bye




6 idea dari anda:

madammondoq said...

rasa semua orang pun suka minum BLISS ni kan..

JOM BACA NI : PIKOM DIGITAL LIFESTYLE EXPO 2011

JOM BACA NI : ADEGAN BOLLYWOOD DI MELBOURNE

KiD said...

semua perisa kid dah try.. nyum nyummm...
Backlink FREE Untuk Blogger | Bantuan Segera Diper...

Bella Enveeus said...

yummy.. dulu tak suka sangat minumam yoghurt tapi lately bertambah2 minum, especially Bliss ni.. memang best!

hanani said...

madamondoq>yer kan, semua mesti suka bliss ni.. :)

hanani said...

kid>wah..semua dah rasa?bagus bagus.. :)

hanani said...

Bella>memang best kan. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...