Nuffnang Ads

Sunday, July 10, 2011

Budak Melayu iras wajah Mat Salleh.. Betul ke?

/hihi

 Gambar sekadar hiasan..Cutenya anak Mat Salleh ni...


Bila baca Harian Kosmo semalam tertarik pula dengan tajuknya " Budak Melayu Iras Mat Salleh". Eh, memang betullah.. Kalaulah kanak-kanak tu jalan dengan ibubapanya, mesti orang akan kata anak angkat atau anak omputih. Tapi sebenarnya, itulah mak pak nya..



Gambar dari SINI


Kalau korang tengok, mesti kata budak tu anak angkat. Tetapi realitinya, itulah ibubapa kanak-kanak tersebut. Pada awal kelahirannya dulu, doktor pernah mengatakan bahawa dia tersilap baby dan buat Ujian DNA lagi untuk pengesahan. Selepas ujian dibuat, barulah Dr yakin akan bahawa itu memang anaknya, Sangat menakjubkan.. Lepas tu Dr mengesyaki berkemungkinan kanak-kanak tersebut menghidap penyakit Albino (Sejenis penyakit kulit atau genetik).. Tetapi sangkaan tersebut meleset dan sekarang ini pasti bahawa kanak-kanak tersebut adalah normal. 

Puteri Sarah berusia 3 tahun merupakan anak kepada pasangan Mohd Izmeet Iskandar (30 tahun) dan Siti Rubiah Abdullah (21 tahun) merupakan insan istimewa dan jarang sekali untuk dijumpai.. Mesti anak ini kerap menjadi tontonan masyarakat sekeliling kerana keistimewaannya ini.

Nak baca cerita kanak-kanak istimewa ini dengan lebih lanjut? Jom Baca kat SINI..




14 idea dari anda:

eyndayusoff said...

Mula2 ingatkan albino jugak..kuasa Allah...takde yg mustahil :-)

leyzajamil said...

kuasa Allah..kemungkinan si ibu terkenan anak mat salleh waktu mengandungkan anaknya..semoga puteri sarah dibesarkan mak ayahnya dgn didikan yg sebaik mungkin.

madammondoq said...

tang rambut die tu yang macam anak mat salleh kan.. huhu..

JOM BACA NI : TRIP TO AUSSIE BEGIN.. MELBOURNE CITY!!

KAMIHIDUP said...

kuasa ALLAH. :)

hanani said...

eynda> yer lah..semuanya datang dari Nya..Tiada yang mustahil.

hanani said...

leyza>mungkin yer jugak kan.. Suka tengok anak mat salleh ke.. :)

hanani said...

madammondodoq> tang rambut eh.. kulit pun ada sikit. Coz beza dengan mak ayahnya.. :)

hanani said...

kami>yer kuasa Allah..tiada yang mustahil

KiD said...

ada baca kat kosmo ari tu.. tapi DNA mengesahkannya kan? rezeki dari Allah.. eh, dah tukar komen?

Bella Enveeus said...

ahh nasib baik dah check DNA.. mungkin masa mengandung ibunya asyik tgk gambar2 anak mat saleh atau suka sangat rupa anak mat saleh.. raut wajah Puteri Sarah ni nampak melayunya cuma putih kulitnya dan warna rambut tu yang buat macam mat saleh sikit..

Bella Enveeus said...

oh dah tak guna IntenseDebate ke?

hamzah ian said...

kuasa tuhan ..

kak ina kl said...

tahniah kepada kedua pasangan di anugerahkan anak yang secantik ini. Jagalah ia dengan di beri pendidikan dunia dan akhirat.

liz said...

macam anak buah saya jugak..rambut pun warna blonde..tanya kak ipar dia kata masa peknen dia suka tengok telenovela sebab masa tu dia tak keje..terkenen plak kot..

lagi 1 kalau selalu makan beras perang masa peknen rambut anak dlm perut boleh perang..

kalau selalu doa dan tengok baby comel pun boleh gak..semua kan kuasa Allah..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...