Nuffnang Ads

Tuesday, July 5, 2011

Fesyen Jumpsuit : Cantik bergaya bila kena caranya..

/hihi
 Gambar dari SINI.


Semalam masa menonton Wanita Hari Ini, ada membincangkan topik Jumpsuit ni. Teringat la pula zaman kanak-kanak dulu yang mana, tetiap tahun aku akan dapat baju raya jenis jumpsuit. Hehehehe, sampai darjah 6 aku masih lagi dengan trend jumpsuit. Best dengan selesa pakai. Tapi, bila dah umur bertambah dan dah naik ke sekolah menengah.. perasaan segan tu dah mula ada dalam diri. Hehehehe..


Kalau dulu, yang pakai jumpsuit ni kerjanya mekanik, atau kat pelantar minyak, ataupun pemandu F1. Tapi sekarang ni tidak lagi..Ianya dah dikira sebagai fesyen masa kini. Senang..ianya hanya one piece saje. Sangat sesuai kalau nak bersantai..

Bila tengok balik kat TV3 dan aku search dekat Google Jumpsuit ni dah bermacam-macam fesyen ada.. Kadang-kadang fikir, sesuai ke wanita bertudung memakai jumpsuit ni? Sesuai ke wanita yang rendang pakai jumpsuit? Pokok pangkalnya..hati. Kalau nak berfesyen jangan takut dipandang jengkel. (hehehehe..ini apa yang dikatakan oleh pereka fesyen masa sessi temuramah di Wanita Hari Ini semalam.)

Jom tengok koleksi Jumpsuit..

Cantikkan.. ini kalau wanita tinggi lampai..kurus bak model bolehlah.. 
Tapi kalau nak juga pakai, apa salahnya..






Rihanna in an Alexander McQueen Jumpsuit

Kalau selebriti Hollywood memang ramai dan dah biasa dah kita nampak mereka berfesyen Jumpsuit ni. Tapi kalau kat Malaysia ni. jarang nak nampak artis kita memakai jumpsuit ni. Nape ye?


 Pereka Fesyen Hana Tajima juga banyak mereka pakaian dan fesyen Yuna..


 Penyanyi Yuna yang cantik berfesyen Jumpsuit.. Sesuai untuk 
wanita muslimah yang sukakan fesyen jumpsuit..


 Jumpsuit ni kalau digayakan dengan cardigan memang sangat cun.. 
Nampak kain yang digunakan pun sesuai dengan cuaca di Malaysia ni..


Pakaian wanita muslimah jumpsuit ni sangat cantik. 
Harganya pun sangat murah. Gambar dari SINI.


Susah juga kalau wanita muslimah nak dapatkan fesyen yang boleh menutup aurat dan dapat bergaya sekali.. Banyaknya sekarang ni kat internet je lah yang senang nak cari. Kalau kat Mall..memang payah sikit rasanya.. 

Jadinya,semalam dapatlah cari satu kedai online yang jual pakaian muslimah..Nama kedainya : Ammarahijabi. Kalau ada yang minat pakaian yang macam gambar kat atas ni, blohe klik SINI..


P/S : Tapi janganlah inginkan sangat berfesyen sampai jadi mangsa fesyen pula.. Tengok dulu, sesuai atau tidak fesyen tu dengan badan kita dan tempat yang ingin kita hadiri. Nanti semua mata memandang kita aje..bukan sebab cantik. Sebab salah gaya. Hehehehe

/bye


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...