Nuffnang Ads

Friday, July 22, 2011

Kemalangan di Lebuhraya Utara Selatan, Exit Tol Senawang ke Port Dickson..

/hihi
Biasanya memang aku akan gunakan lebuhraya PLUS exit Seremban kalau tak nak cepat sampai rumah. Kalau ada hal, biasanya aku akan direct terus sampai NILAI atau guna LEKAS aje. Tapi tak sangka pula akan berlakunya kemalangan kat PLUS.. Aduhhhh lama sangat. Tak berjalan langsung. Dah la kereta aku ni manual. Naik lenguh kaki main clutch aje..

Aku dah agak dah. Kalau jalan sesak ni kat lebuhraya, mesti ada kemalangan. Pelik betul...PLUS ni selalu juga ada kemalangan. Tak kira la pagi-pagi buta, tengahari. petang atau malam..pasti ada aje dan jalan mesti sesak...


Rasanya kemalangan ni baru berlaku masa aku lalu.. (Dalam waktu 3.40 petang kot. Sebab aku keluar sekolah dah jam 4.10 petang) Ye la, tengah banyak kereta, bas, lori..waktu puncak ni..orang balik kerja.. Macam-macam bunyi ada, siren polis trafik lah..siren bomba la.. Jalan jem teruk sangat..





Kemalangan libatkan kereta MYVII putih tu dengan motorsikal rasanya..Ada yang lain terlibat, tak tahu la.. Tak dan nak nengok.. Polis dah bunyi wisel suh jalan.. Sempat snap gambo cam ni je.. Tapi ada mayat dah terlentang atas jalanraya. Dah siap tutup dengan kain kanvas. Tak silap nampak macam dua.. Menakutkan.. Apa lah puncanya berlaku kemalangan ni tak diketahui. Baca paper je la jap lagi.. 

Masa on the way nak balik tu, kat radio pun siap bagitau ada kemalangan kat kawasan sini, hampir sesak 1.5 km.. Ramai gak yang benti tepi jalan nak tengok.. Tak  nak la aku benti-benti ni.. Teruskan aje perjalanan..


P/S: Orang kata lebuhraya ni bernyawa.. Pasti akan ada aje kemalangan yang meragut nyawa.. Ntah la kan.. yang pasti sikap pemandu yang penting.. Pastikan keselamatan semasa memandu. Pastikan nyawa orang lain tidak terganggu atas kelalaian kita sendiri. Kalau ngantuk, penat..tak yah la drive..

/bye


8 idea dari anda:

madammondoq said...

adoii.. ritu sy jumpa kemalangan lg teruk.. 5 kereta.. 5 motor.. huh.. seram..

hanani said...

madammondoq>itulah kan..banyak sangat xcident skang ni..

KiD said...

KL tadi pun teruk!! huhuhuhuhu

hanani said...

kid>tu la..ada gak nengok kat berita tadi..

belogkiter said...

hati hatilah kita semua di jalan raya ye. baca doa sebelum pandu kereta. mintak dijauhkan dari sebarang malapetaka

leyzajamil said...
This comment has been removed by the author.
leyzajamil said...

salam nani..
sy sokong komen belogkiter..terutama kita yang muslim, amalkan baca doa sebelum menaiki kenderaan. IAllah selamat pegi balik, perjalanan kita pun diberkati-Nya. Minta jauh panggang dari api eksiden2 ni..

Bella Enveeus said...

Saya hari2 drive n hari2 nampak driver yang mementingkan diri sendiri.. Bila eksiden, tau nak marah2 je.. Kalau nak kuar rumah/ofis tu,kena la check Twitter kltrafficupdate dulu coz area PJ,Subang,Federal Highway ni semuanya area accident-prone.

Apa2 pun, sebelum memulakan perjalanan, baca lah doa supaya perjalanan tu mudah dan selamat..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...