Nuffnang Ads

Monday, July 4, 2011

Larian Serentak 1 Murid, 1 Sukan, 1 Malaysia..

/hihi

Sabtu yang lepas(2 Julai 2011), sekolah aku menjadi tuan rumah peringkat Negeri Sembilan untuk Majlis Pelancaran 1 Murid, 1 Sukan yang dilancarkan diseluruh negara. Masing-masing sibuk dengan tugas masing-masing. Semua pelajar diminta hadir ke sekolah pada jam 6.30 pagi.. Waaaahhh sangatlah awal.. Termasuklah aku yang kena keluar rumah  jam 5.45 pagi.. Hehehehe gelap lagi sihhh.. Tapi demi tugas, terpaksalah..



Dimulakan dengan agihkan nombor badan pada pelajar-pelajar ku.. Kos juga ni. Sebab bercetak.. Tenaga cikgu dah kurang, duitnya pula mengalir keluar..


Pagi-pagi buta semua dah berkumpul kat padang sekolah. Dimulakan dengan kehadiran YB bahagian sukan kot. Namanya lupa lah. YB Shamsulkahar kot. 

Lepas tu acara senamrobik dimulakan. Wah, seronok sangat. Lagunya rancak-rancak. Ketua senamrobik ni lelaki tau.. Pantas dan ok lah..semua boleh ikut.

Selepas selesai, semua pelajar ditontonkan dengan skrin layar untuk melihat ucapan dari Timbalan Perdana Menteri untuk upacara perasmian. Tepat jam 7.45 pagi, semua pelajar dilepas untuk larian 1 Murid 1 Sukan ni..


Lepas je selesai senamrobik..aku dah angkat kaki nak pergi jaga check point pula.. Jalan-jalan ambil angin.. Jumpa budak KRS 2 orang ni dok jaga pintu depan sekolah. Takut ada budak yang ponteng..Nak minta posing pun malu-malu gitu..


Ish-ish budak dua orang ni.. Orang suh jaga check point lah..bukan makan biskut.. Hehehehe



Start dah lari..budak sekolah rendah ni, bersemangat berlari.. laju je.. Kalo budak sekolah menengah..siap lenggang kangkung je berjalan-jalan..Lain bebenar jaga budak sekolah rendah dengan menengah ni..



Selesai acara larian, jom masuk ke dewan derma darah.. Hehehe aku tak derma pun. Takut nengok darah ni. Ramai gak yang menderma. Siap diberi buah pisang, kek dengan air Milo..Ada gak yang pitam..Sebab lepas menderma darah..kita tak leh terus bangun je.. Kena rehat kejap.


Bila ada pameran..apa lagi. Rembat pamplet la. Ni nak letak dalam kelas nanti.. Nak tampal kat bahagian papan kenyataan..


P/S: Walaupun hari ni dapat cuti.(Tak semua sekolah cuti yer) Tapi seharian aku tak jengok blog aku. Ni baru nak update blog. Hehehehe..Penat bersukan tak abis lagi..

/bye




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...