Golden Churn Creamy Butter pula menjadi satu lagi isu TIDAK HALAL..
Bila Raya dah nak tiba ni, macam-macam produk makanan macam biskut
raya, kek raya, kek lapis yang akan jadi santapan kita kan.. Mestilah
akan menggunakan Butter.. Dalam banyak-banyak butter yang ada kat
pasaran ni pun, ada juga masalah isu tak halal ni.. Risau je nak beli
kuih kat kedai-kedai. Ntah butter apa yang digunakan..
Gambar dari Google
Macamana aku tau? Tadi masa on facebook, ada member aku yang tokei kek dan biskut ni ada tag bagitau pasal butter ni.. Walaupun berita ni dah ramai orang yang tahu, tak pelah..aku buat gak entri ni nak bagitau lagi pada yang tak tau.. Skang ni kan musim orang tengah sibuk nak mengorder dan membuat biskut dan kek Raya..
Ini INFO yang aku ambil dari facebook tu..kalau salah,maknanya info kat facebook tu salah la..
JAKIM, JAIS sah mentega dari New Zealand tidak halal.
KUCHING: Kekeliruan mengenai status mentega ‘Golden Churn Creamy Butter’ terjawab semalam, apabila Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) turut mengesahkan ia tidak halal kerana mengandungi DNA babi.
Sebelum ini orang ramai keliru apabila JAKIM dalam surat bertarikh 30 Jun lalu kepada pembuat mentega itu mengesahkan mentega jenis itu tidak mengandungi DNA babi, sedangkan Majlis Islam Sarawak dalam kenyataan pada 28 Julai lalu, mengesahkan ia haram kerana mengandungi DNA babi.
Mesyuarat bagi membincangkan status mentega ‘Golden Churn Creamy Butter’ itu berlangsung di sini petang semalam dan disertai beberapa agensi berkaitan mengesahkan ia haram kerana mengandungi DNA babi.
KUCHING: Kekeliruan mengenai status mentega ‘Golden Churn Creamy Butter’ terjawab semalam, apabila Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) turut mengesahkan ia tidak halal kerana mengandungi DNA babi.
Sebelum ini orang ramai keliru apabila JAKIM dalam surat bertarikh 30 Jun lalu kepada pembuat mentega itu mengesahkan mentega jenis itu tidak mengandungi DNA babi, sedangkan Majlis Islam Sarawak dalam kenyataan pada 28 Julai lalu, mengesahkan ia haram kerana mengandungi DNA babi.
Mesyuarat bagi membincangkan status mentega ‘Golden Churn Creamy Butter’ itu berlangsung di sini petang semalam dan disertai beberapa agensi berkaitan mengesahkan ia haram kerana mengandungi DNA babi.
Nasib lah aku kurang sikit bab-bab biskut raya ni.. Sebab mak aku memang rajin kalau buat sendiri..Anak-anak bagi bahan dan bawak bekas je.. hehehehe..dan tak pernah lagi beli butter golden churn ni.. Alhamdulillah, nasib baik tak pernah beli.
Tapi kan, aku dok risau gak..apa taknya..sebab katanya golden churn butter ni biasanya ada digunakan dalam kek lapis sarawak tu.. huhuhu..cam no tu? tak de lah kek lapis tahun ni.. Patut lah kek nya sedap aje dimakan. Lagi satu, kan dulu heboh pasal kopi Kluang Rail Coffe yang tak halal tu..dia gunakan butter ni untuk menggoreng kopi nya. Itu salah satu sebab kopi kluang tak halal.. Ada DNA babi.. Aduhhh macam-macam skang ni..
Dari sumber carian di Google dan bahan bacaan aku dari blog Dapur Tanpa Sempadan, dan dari blog ini..
Jom kita baca artikel dibawah ini..
Merisaukan juga isu ini kan? Yer lah, benda makanan ni, akan jadi darah daging kita. Kita tak tahu isi kandungannya.. Main makan je.. Risau.. Kesimpulannya, buat sendiri lah kalau rasa ragu-ragu dan was-was ni.. Masak sendiri lebih terjamin kebersihan dan kehalalannya.. Betul tak?
Kalau time nak beli barang dapur aje, aku mesti ambil masa yang lama untuk membelek barang yang nak aku beli. Terutamanya bab-bab makanan ni lah.. Masa bulan Ramadhan ni lagi lah.. kalau boleh memang nak masak aje. Tak nak pergi PARAM (pasar ramadhan).. Dah la harga mencekik darah, ada gak yang kureng dengan tekak ni.. ( ada gak dengar yang makanan semalam tak habis jual, dijual balik semula dan ada gak yang dah basi.. ) huhuhu haru jadinya.. Masak sempoi-sempoi campak-campak lagi sedap rasanya.. hehehehe
P/S: Sepatutnya pihak berkuasa harus lebih peka dengan isu-isu sebegini.. Jangan jadikan umat Islam memakan benda yang tidak Halal.. Pihak yang lain, janganlah ambil kesempatan dan dengan sewenang-wenangnya menggunakan logo HALAL JAKIM..
Yang baik, kita kongsi bersama.. kalau tersilap kata dan fakta, harap dimaafkan..
/bye

8 idea dari anda:
kejap halal.. kejap haram.. hmmmmm
isu makanan tak halal sekarang mcm virus.. lepas 1.. satu terdedah kandungan tidak halal dalam bahan makanan. Jadi, apa je makanan yg di ragui status halal sekarang walau blm di sahkan JAKIM saya lebih suka x guna dulu atau x beli sampai betul2 di sahkan status halalnya
dah 40 tahun berada di pasaran..huhu..
kid>ntah yang mana satu betul..tapi sy tak guna butter ni.. :)
saya sokong dengan pendapat lekat lekit..
zuriey>lama nya butter ni kat pasaran.. sy baru tau.. :)
patutlah kek lapis tu sodap sangat.. hehe..
la ni kalu dah sahih haram lebih baik tak yah makan..n yang was-was pun jgn mkn
Post a Comment