Nuffnang Ads

Tuesday, August 16, 2011

Persiapan untuk buat Kuih atau Biskut Raya.. Home Made Biskut Raya..

/hihi
Baru-baru ni aku balik kampung..kat mana lagi?Muar lah..Bandar Maharani.. Bila dah kat rumah, mak pun ngajak la aku ke kedai untuk beli bahan buat biskut dan kek nak menyambut Hari Raya ni. Kalau nak mintak ayah aku bawakkan, memang nak cepat aje. Ayah aku akan tunggu dalam kereta aje. Dia kurang sikit kalau nak membeli-belah ni.. Jadinya, mak aku akan tunggu aku balik je lah,kalau nak kemana-mana. Lagi senang..anaknya mendengar kata maknya dan ikut aje.. Memang tak pernah lagi membeli biskut raya kat kedai. Kalau beli pun, hanyalah kerepek-kerepek aje..

Pagi-pagi hari Ahad, aku dah ke kedai beli barang nak buat biskut raya. Kedai ni memang dah lama bertapak kat Muar ni.. Dari kedai kecik..hinggalah besar jadinya..


Tengoklah..macam-macam ada kat kedai ni.. Sebut aje nak bahan apa..memang ada. Siap ada assistant lagi. Kalau carik-carik tak jumpa,tanya je pembantu kedai kat situ.Senang aje dia cari. Kebanyakannya, dah siap packing 500gm dengan 1 kg. Tapi barang dah naik harga lah..


Pagi Ahad, ramai juga yang keluar ke kedai ni. Tengah mood nak buat biskut raya kan.. Sebelum ni, mak aku ada buat bisnes kuih raya. Jadinya, tokei kedai ni dah kenal sangat dengan mak aku. Siap ada harga special sikit lah.


Tengah dok jalan-jalan dalam kedai ni, ternampak pula acuan buat coklat home made. Satu papan ni harganya RM3 aje.. Banyak corak acuannya. Yang dalam gambar ni, acuan corak bunga ros..cantik..


Ini antara gambar yang sempat snap. Lepas dah penuh bakul ni, ada dua bakul yang penuh bahan buat kuih ni..nak ambil gambar pun tak semangat.. Penat mengangkutnya.. Mak aku buat gak lah sikit-sikit Kek Buah Kukus untuk kenalan rapat.. Memang terbaiklah kek kukus buah dengan Biskut Tart mak aku buat .. Sampai yang dari Kuala Lumpur pun order. Tahun ni aku tak bagi mak buat untuk tempahan.. Sian mak aku,penat dah dia..

P/S: Korang selalunya buat biskut raya sendiri atau main tunjuk-tunjuk aje? Hehehe
/bye


2 idea dari anda:

KiD said...

kitorang main tunjuk-tunjuk aje laaa.. hehehe

Anonymous said...

bole bgtau x kedai kek ni kat mana?taman ape?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...