Nuffnang Ads

Monday, August 1, 2011

Review : Loreal Revitalift White: 15 Manfaat dalam 1.

/hihi
Sekarang ni banyak prodek kecantikan muka yang berada dipasaran.. Macam-macam brand ada..melambak-lambak pula. Macam cendawan baru tumbuh lepas hujan.. Lepas tu, kebanyakannya mesti ada unsur-unsur warna merah.. oh...merah itu saga.. hehehehe




Apa produknya?Hmm tak lain tak bukan..LOREAL REVITALIFT WHITE..  Harganya murah sahaja.. Masa beli ni dapat diskaun 30% sebab Jusco Member Card.. Harga dalam RM31 aje.. Murah kan.. So apa kata cuba lak Loreal ni..



Yang ini adalah krim siang ye.. Ada SPF 18++. Ok la.. Tak de rasa melekit yang pastinya.. Tak suka kalau pakai cream muka yang lekit-lekit ni.. Aku guna gak yang ni selang seli.. Sebenarnya saje je nak try produk Loreal ni. Sebab aku gunakan SKIN SIGNATURE SK-II. Untuk lembapkan kulit muka aku ni...



Punca aku gatal tangan pergi beli produk LOREAL ni, sebab aku dapat sample produk ni la.. Bila gunakan, rasa macam ok aje.. Sebab tertarik dengan 15 Manfaat Dalam Satu ni..



Apa 15 Manfaat tu? Haa ni la dia..

1.Membaiki tona kulit yang tak sekata.
2.Mengurangkan kedutan Glabella.
3.Menghalang kekusaman.
4.Kecerahan.
5.Mengurangkan Bintik Hitam
6.Antikedut.
7.Keanjalan.
8.Keserian.
9.Mengurangkan Garis Ketawa.
10.Mengurangkan Kedutan Di dahi.
11.Melembutkan Kulit Kasar.
12.Mengatasi Masalah garis Rahang Menggeleber.
13.Mengurangkan Lipatan Leher.
14.Mengurangkan Kedut di tepi Mata.
15.Mengurangkan Garis Halus.


Banyak betul Manfaat yang ada dalam satu Cream Loreal Revitalift ni.. Sape rasa-rasanya nak cuba, ok gak.. Kulit muka aku yang sensitif ni pun ok gunakan cream ni. Tak naik jerawat pun.. Ok gak la..



P/S: Wanita sekarang ni kalau cerita pasal produk kecantikan je,,mesti berminat kan.. Ini contoh paling dekat aku lah..pantang ada iklan menarik..mesti nak cuba.. Aduhhhh.. Lepas dah beli, tak habis guna..biar aje macam tu.. Pembaziran betullah...

/bye


8 idea dari anda:

madammondoq said...

so far u pakai skII tu ok tak?

KiD said...

den pakai bedak sejuk aje.. hehehe

hanani said...

madammondoq>setakat ni ok sangat guna SK-II.. :)

hanani said...

kid>bedak sejuk pun ok apa..jarang org laki nak pakai. hehehehe :)

Bella Enveeus said...

Ahhh tu yang bahaya tu kalau semua nak tapi tak guna.. hehe sekarang kena belajar how to control supaya tak ada pembaziran ya.. :)

kak ina kl said...

biasalah orang pempuan..pantang tgk iklan semua nak beli

hanani said...

bella>hehehehe memang kena blaja kontrol diri pas ni..

hanani said...

kak ina>hahaha betul tu.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...