Nuffnang Ads

Wednesday, August 17, 2011

Sales Pearl Haya. 3 helai RM100 menjadi ke 5 helai RM100. MAD..

/hihi
Sebelum ni aku ada buat entri berkaitan dengan SALES DI BUTIK PEARL HAYA SENAWANG kan.. Kalau ada sales,memang aku akan pergi kalau tak de apa-apa hal. Mana taknya, susah yer..nak dapatkan harga runtuh yang memang betul-betul runtuh ni..

Pagi Sabtu tu, bila sampai je kat Butik Pearl Haya, ramai dah yang tengah memilih.. Sangat ramai ye. Sebab masa Sales ni jelah masa yang sesuai untuk memborong dengan harga yang berpatutan. Kalau tak, harganya mencecah ratusan ringgit. 

Disebabkan sales ni beli 3 helai dengan harga RM100 sahaja, makin ramailah yang memborong. Yang chiffon dan stok yang baru sales dengan 30% dan 50%. Memang MAD lah.. Sampaikan ada agen-agen yang berebut-rebut untuk mendapatkan tudung yang disukai..


Dalam ramai-ramaitu, sempat juga la aku rembat 9 helai tudung Pearl Haya. Dah namanya murahkan.. apa lagi..ambil aje lah.

Jomlah tengok hasil rembatan aku..hehehehe.gila tudung namanya ni..




P/S: Disebakan sales ni sampai 7 malam.. makanya ada yang bagitahu, ada sales selama 30 minit dengan belian 5 helai dengan harga RM100 sahaja dan semuanya adalah stok baru.. Wahhh ruginya tak dapat rembat tu.. Kena tunggu tahun depan pula la untuk sales yang macam ni..

/bye


2 idea dari anda:

KiD said...

borong aje semua... dan borong lagi.. hehehe

butik pengantin said...

Camner nak tahu bila ada sale atau tak.Kena jadi member ker?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...